Sunday, September 9, 2018

Kisah AKU n Let's RFID!

Assalamualaikum,

Minggu ni merupakan minggu pertama RFID Fitment Center kami beroperasi. A total of 4 FCs serentak dilancarkan pada hari Isnin, 3 September 2018 with the objective to serve 10,000 customer yang pre-registered as a pilot user untuk Fasa 1 Perlaksanaan Sistem Kutipan Tol RFID. In Sha Allah, more FC will be coming soon month by month to eventually serving 12 million registered vehicles di seluruh Malaysia ini.
Hari Isnin tu aku sendiri terlibat untuk observe the first day of operation di R&R Awan Besar, KESAS. Seawal jam 9 pagi customer dah start memenuhi our humble shop ni. Huu. As for Sept-Dec 2018, kami only cater Fitment by-Appointment sahaja. Maknanya, for those yang belum pre-register kena lah tunggu further announcement from Touch 'n Go.
Bos pun ada datang sekali tengok kelancaran hari pertama ni together with management from KESAS.
The process required those yang dah pre-registered dekat TNG Portal untuk datang ke our FC office untuk tujuan validation. Please provide us with a copy of vehicle grant and IC untuk our office copy in future cases. Ooo,dan juga don't forget to download TNG E-Wallet Application terlebih dahulu.
Once all the information verified, please make your way to our Installation Bay untuk process fitment by our dedicated staff there, Ameer. Of course dalam masa seminggu ni banyak feedback dari social media yang downgrade the uses of Headlamp sticker. To answer this, ada some reason kenapa kita letak dekat situ. First - it's mentioned that you are a Pilot User. As for now, kita cuma allocate the Headlamp Tag for this purpose with exception those yang select CEC Bangsar South. Second - the RFID Tag can be affected by the metal content of the car, thus, if placed wrongly. It will make them quite useless. For that reason, the SOP limit us to stick the Tag in certain area only. In the case of accident or theft, please contact Touch 'n Go Careline for further assistance.
Ameer tengah menguji bacaan efektif RFID Tag.
Bukan main bangga lagi tu. Huu. Credit to FC Implementation Team yang bertungkus lumus bekerja demi menjayakan first batch RFID Fitment Center kami ni walaupun at the same time juggling with our primary duties.
Rabu - coming back to Business Development duty. Ada tender clarification di AZRB. Hopefully can ace this project. I'll be more happier lah. Huu
Clarification habis dalam jam 1.30 petang, aku terus ke Klinik Kesihatan Sungai Besi. Buat HIV Test. Asyik bertangguh je, karang tak kahwin baru tau. Haha
Malam Rabu tu jugak aku dan Ija ke R&R Awan Besar. Buat apa kat sini, tengok Fitment Center ke? Huu, takdelah. Saja datang since 5/9/2017 merupakan our first date dekat R&R ni dulu. Kira sambut anniversary gitu. Tapi takde gambar, since cik tunang bad mood hari tu..:-(
Haa, hari Khamis pulak our first batch of Mobile RFID Fitment Center dah sampai.
Eh, kau dah kenapa Wan? Haha, teringin nak jadi FC staff ke.
Bergambar dulu dengan our first Truck ni. We hope to launch this guy mid-September ni. Semoga dipermudahkan. Amin.
Ni pulak cerita semalam. Ada dua staff tak report duty. Yang sorang tu memang masuk 12 September, si Faisal tu pulak ada kelas part-time. So, siapa lagi nak cover kalau bukan aku. 
Aku datang lewat sikit around 9.45 pagi. Yelah, awal pagi rasanya budak-budak ni boleh handle lagi sebab belum ramai customer. Plus, Bro Izham from TNG pun datang assist. Memang cukup je orang semalam, kalau tau tak payah datang. Haha
Ira memang dah jadi full time staff kat KESAS sejak Isnin lepas. By next week, she will resume her duty dekat TPM semula bila staff baru kami tu masuk. Kak Shikin pun datang jugak untuk membantu registration counter..:-)
Pukul 10 pagi kenderaan customer mula memenuhi kawasan pemasangan. 
Nasib baiklah Nawawi dah ajar cara guna Terminal ni dulu. Boleh lah tolong apa yang patut..:-)
Nampak awan dah start gelap beb! Ni memang tanda nak hujan. So, pasang khemah siap-siap. Nanti takdelah menggelabah ayam. Haha
Seperti yang dijangka, hujan selebat-lebatnya membasahi bumi. 
Pukul 6 tutup kedai. Singgah makan dekat Sate Kajang KESAS dulu. Picture credit to Shikin.
Lepas makan aku teman si Ameer ni buat daily report. Katanya tak suka bawak kerja balik rumah. Bagus bro ni. Highly committed dengan kerja. Kalaulah aku boleh absorb dia ni dalam BD. Kan senang. Huu

Dalam pukul 9 malam, kami bergerak dari Awan Besar pulang ke rumah. Sebab tau kat Sg. Besi ada construction, aku lalu lah USJ. Konon nak masuk PLUS dari Subang. Sekali jem jugak daa! Haa. Nak dekat pukul 10.30 baru sampai rumah. Lepas mandi, memang ketiduran je. Hampeh punya jem..:-p

P/S: Dari statistik yang diterima, most of user yang pre-registered dan pasang RFID ni ialah Chinese. Yang komen negatif dekat media sosial mostly Melayu. Kalau tak tau, tanya. Jangan nak speculate. Belum lagi cerita pengalaman aku entertain sorang brader ni. Kata useless system lah, pakai macam Singapore lah, tol nak mansuh lah. Pastu boleh dia encourage anak dia cabut headlamp kereta orang. Aku tak tau dia joking atau bersahaja, I hope casual talk je lah. After all, as pioneer. Such resistance kita dah expect. Now, let's focus on work and get it done. 

Sunday, September 2, 2018

Kisah AKU n RFID Fitment Center

Assalamualaikum,

Okay, semua kat sini pun sedia maklum melalui my previous entries yang aku currently terlibat dalam satu government project untuk memperkenalkan konsep RFID tolling di Malaysia ni. So, petang ni aku nak story sikit tentang persediaan Quatriz untuk membuka our first batch of RFID Fitment Center yang bakal membuat penampilan umumnya esok, 3 September 2018. Aku, as an ad-hoc committee pun terlibat sama dalam menyiapkan site-site kami semalam.
Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah ke pejabat TPM. Disitu, ada sesi briefing sikit for our new staffs yang akan dipecahkan ke empat sites kami yang terletak disekitar highway-highway di Lembah Klang. Our Project Head, Matt will oversee the preparation for BESRAYA and NPE, Izuwan pula in charge for MEX dan aku sendiri akan monitor progress di KESAS.
Safe drive guys and good luck. Sebab sesi semalam bukan preparation sahaja tapi ada slot lawatan dari Touch 'n Go untuk mengesahkan readiness site kami.
Aku dan Team KESAS gerak lewat sikit since kena tunggu beberapa barang yang scheduled drop dekat TPM. 

Site 1 - Lay-By Plaza Tol Loke Yew, Sungai Besi Expressway (BESRAYA). Kat sini kami erect temporary khemah before our Mobile Fitment Center ready to launch mid-September.
Site 2 - PKP Plaza Tol Pantai Dalam (Selatan), New Pantai Expressway (NPE).
Site 3 - PKP Plaza Tol Salak Selatan (KL-Bound), Maju Expressway (MEX). Okay cukuplah tunjuk site orang. Now kita pergi site aku pulak. Haha
Site 4 - R&R Awan Besar, Shah Alam Expressway (KESAS). Kenapa site aku pulak? Haa sebab dari awal sampai akhir preparation, aku yang jaga tempat ni. Dari kedai ni berhabuk takde apa-apa sampailah jadi proper macam ni. Plan nak buat lagi gempak, tapi ada some constraint. Macam ni pun jadilah. Asalkan budak-budak yang kerja dalam tu selesa. Huu
Pukul 12 aku ditemani Ameer (sepatutnya ada lagi 2 orang tapi tak dapat join atas family matter) mula setup barang-barang yang diperlukan untuk operasi Fitment Center ni.
A-Board to welcome the customer yang terletak rapi di Installation Bay dibelakang kedai. Haraplah tak kena rembat..:-p
Bukan main senyum lagi semuanya berjalan lancar. Bukan site ni je, site lain pun takde critical problem. Lega beb! Huu
Since KESAS ni R&R, memang site kami semalam ramai jugak pengunjung yang curious bertanya pasal RFID ni. Aku pulak let Ameer yang handle diorang since dia one of the staff yang akan bertugas kat sini. As for me, my job is almost done now. Cuma tunggu Touch 'n Go datang untuk confirmkan yang KESAS ready to go-live.
5PM - delegation dari Touch 'n Go led by Mr. AJ datang untuk buat audit dan pengesahan. Alhamdulillah, kesemua empat sites ready to go-live tomorrow. Memang relieved habis, now we can shift our focus to deliver another 16 sites by the end of this year..:-)
Dia punya letih tu sampai tapau Extra Joss Susu Anggur. Ni favourite aku zaman study kat UiTM dulu. Huu. 
Sekitar jam 7 petang aku bergerak meninggalkan R&R Awan Besar. Apa lah, kata nak implement RFID, tapi satu-satunya lorong RFID ni pulak boleh tutup. Haha
Expected. Haha, bengong jem gila. Nak dekat 8.30 malam baru aku sampai. Kebetulan Dolah dan Afiq ada, diorang ajak aku mengopi kat kedai Siam. Okay lah bros, takde hal. Ada lah bersembang pasal plan bachelor trip kami bulan 10 nanti. Huu

So, masa yang dinanti hampir tiba. Hopefully semuanya berjalan lancar esok untuk hari pertama operasi RFID Fitment Center kami ni. Amin In Sha Allah.

Friday, August 31, 2018

Kisah AKU n Hectic Week!

Assalamualaikum, 

Okay, malam ni nak share sikit cerita minggu ni di office. Memang busy, aku langsung tak pergi MTD pun, masa banyak dihabiskan dekat site je. Sampai cashier Ayam Kampung Hassan kat Awan Besar tu dah kenal aku lah kiranya. Huu
Selit sikit cerita minggu lepas, sempatlah meluangkan masa jumpa my brothers ni. Kebetulan hari tu Sukan Asia - Malaysia lawan Jepun, memang penuh semua kedai Mamak yang ada dekat Bukit Sentosa tu. Sudahnya mengopi kat Salam Bistro yang nak ke KKB tu. Haha
Jumaat lepas ke Bank Islam bayar lump sum wang belanja ke family cik tunang. Belanja settle, hantaran settle, kenduri pun settle. Sekarang ni tinggal nak beli cincin nikah je. Then, ready to kahwin lah. Tengok calendar lagi 2 bulan je beb! Huu
Okay, now kita ke cerita minggu ni. Nampak tak budak-budak yang ramai ni. Ni lah staff baru Quatriz yang akan terlibat dalam operasi RFID Fitment Center kami yang akan dilancarkan 3 September ni. A total of 12 staff distributed in four Fitment Center sekitar Lembah Klang ni akan beroperasi pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Isnin tu aku observe training diorang kat Touch 'n Go Bangsar South.
Ni pulak cerita hari Selasa. Kena troll dengan bos beb! Haha. Kata dah dapat approval from SILK untuk setup FC kat sana. Aku dah warning diorang malam tu cakap OM SILK tak tahu menahu pasal approval ni from top. Pagi Selasa tu, seawal jam 6.30 lagi aku dah keluar rumah nak ke site yang terletak di Plaza Tol Sungai Ramal (Barat) ni. Elok je sampai sana dengan Izuwan, diorang kata tak dapat approval. Cb sungguh. 
Berkejar pulak ke R&R Awan Besar untuk setup FC kat sana bersama Syah. Kesian brader ni tak pasal kena heret sekali. Since site tengah under reno, kami setup kaunter luar kedai je untuk memenuhi permintaan TNG untuk conduct dry run kat sini.
Tangan kanan join dry run, tangan kiri monitor kerja-kerja renovation. Haha
Hari Rabu tu aku ada tender clarification di AZRB sampai jam 1 petang. Lepas tu terus berkejar ke Awan Besar since ada visit dari LLM, TNG dan juga FETC Taiwan. Diorang nak tengok our FC readiness. Berkali-kali aku cakap kat TNG, site KESAS belum ready untuk trial since under renovation. Tapi nak buat kat sini jugak, amik lah korang. Haha
Akhirnya semalam, tepat jam 4 petang. Renovation FC kami siap. In fact, 2 days ahead from the schedule. Cuma tinggal minor touch up je iaitu letak shop signage, then logo sandblast dekat glass wall tu. Hopefully this will silence anyone yang only know to criticize my judgement untuk pick contractor ni.
Petang Jumaat meluangkan masa keluar dengan family. Pergi AEON Rawang je tadi, tapi memang sesak gila beb! 3-4 kali tawaf cari parking. Maklumlah cuti Merdeka. Buat pulak orang baru gaji, memang semua berjalan lah. Haha
Saja bawak si Debot ni keluar berjalan. Stress duduk rumah katanya. Ni pun muka tak puas hati je sebab tak boleh nak main mini car tu. Awak tu kecik lagi. Huu
Tak buat apa sangat kat sini. Ikut mak shopping kat DAISO. Nak tengok wayang punyalah ramai orang. Lagipun si kecik ni ada, dah la kuat menjerit. Haha
Then we had our early dinner dekat Mee Tarik Warisan Asli. Serius aku tak tau ada satu kat dalam ni, biasa makan kat Prima Gombak je.

Okaylah nak tidur dulu, esok gua kena kerja pulak. Potong stim betul..:-(