Sunday, February 7, 2016

Kisah AKU n Game Plan!

Assalamualaikum,

Cuti CNY dapat 4 hari but surprisingly, aku dan Brotherhood takde plan pergi mana-mana pun. Bukan apa, rasa macam baru je lagi bercuti kat Thailand hari tu. Sekarang ni pun dalam proses nak cover balik expenses yang digunakan time travel tu. So, memang duduk rumah je lah sekarang..:-)
Minggu lepas pun hampeh jugak. Haha. Payah beb kerja dalam bidang ni sebenarnya. Langit tak selalunya cerah. Dapat additional task from the CEO to assist him in his property development project. Buat proposal, paper works segala bagai. Dah lama tak buat benda-benda macam ni..huu
Semalam melepak dengan Afiq je sampai pukul 2 pagi. Pisang beb kat rumah, Cik Ida tak sihat sangat, bagi dia rest je semalam while cik abang ni pergi ngeteh..:-)
Newcastle menang semalam against WBA, scored by our bad boy Mitrovic. Pelik betul, bila takde live kat Astro and aku tak dapat tengok. Boleh pulak menang..haha
Main The Sims 3. Dah jadi Division Head sim aku ni..huu. Bayangkan, umur dah nak masuk 24 tahun, still main game ni lagi since 2010. Tak boring pun, dia jadi boring bila korang main pakai cheat.

Cuti ada 2 setengah hari lagi ni. Apa plan? 

Last Friday I met Abg Lan kat Teh Tarik Place Wangsa Walk. He said don't be to complacent dengan apa yang ada sekarang. Memang lah seronok office baru ada PC sendiri. Itu boleh jadi major distraction untuk daily work rate yang boleh bagi negatif impact kat sales aku. So he advised me, buat seperti apa yang dilatih oleh John dulu dan jangan sesekali forget to buat market research kat rumah. Yup, that's what lacking I guess. Dengan PC yang ada depan mata, memang kadang-kadang buat aku terleka sampai call rate jadi less than 50 sehari as compare to almost 150 times kat Trueventus. 

Research? Yes, jujur cakap kalau dulu aku boleh spend 3 jam pada hari minggu, and additional 1 jam after balik office in daily basis untuk cari leads baru kat LinkedIn. But now, things changed. Nak spend satu jam hari minggu pun tak dapat. Sudahnya, pakai leads lama yang ada je. That's quite worrying sebenarnya bila bekerja dalam industri ni. We need to be on top of our game with a fresh new leads every single week, every single day if necessary. So, aku nak gunakan cuti yang ada ni untuk refine market research and come Wednesday, I've a ton of HR peoples and ready to hit their ass!

A simple game plan but need commitment and determination. Mungkin cuti ni akan jadi turning point untuk work practices aku balik kepada yang asal. Hardworking and workaholic's Ferdi. Apa-apapun, selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada Wayne, Mac, Claryn, Jenny dan juga teman-teman lain berbangsa Tionghua. Gong Xi Fat Chai!

Monday, February 1, 2016

Kisah AKU n Family Time!

Assalamualaikum,

Entri pertama bulan Februari 2016. Welcome-welcome. Pagi ni saja nak story sikit sambungan aktiviti hujung minggu aku. This time entry dengan my beloved family pulak..:-)
Pagi semalam tengok-tengokkan adik aku pergi belajar kereta kat Institut Memandu KAMI kat Sungai Choh. 
Malam pulak kami sekeluarga ke TESCO Rawang. Dah lama tak berjalan-jalan malam macam ni dengan diorang. Since gaji pun dah masuk, tak salah rasanya share sikit dengan family.
Had our dinner at Santai. Last makan kat sini 2010, time aku nak masuk Foundation Law dulu..huhu
Kakak aku tu lagi 2 minggu In Sha Allah akan jadi tunangan orang dah..:-)
Mak ayah tersayang..:-)
Bersembang mengenai pelan jangka masa panjang...huhu
Singgah Sports Direct kat Level 2. Cari lah kot-kot ada jersi Newcastle yang baru. Hampeh betul, takde langsung. Bengong punya owner..:-p
Done mencari shawl, inner dan sebagainya..
Rembat kasut murah je kat Sports Direct, tak sampai RM 30. Tapi yang penting beli from the owner of Newcastle United FC. Ni Mike Ashley punya company tau..huu

Pukul 10 malam kami pulang ke rumah. Lalu highway naik LATAR, pastu tembus PLUS. Senang, tak payah nak redah jalan dalam yang berlubang-lubang tu. So, cuti Hari Wilayah Persekutuan hari ni, mana nak pergi? Sama-sama kita tunggu next entry!

Kisah AKU n The 5th Wave

Assalamualaikum,

Hujung minggu ni dipenuhi dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan juga keluarga. Kalau asyik lepak dengan Brotherhood, tapi dengan family kurang pun tak boleh jugak, betul tak? Malam Sabtu aku bersama my trusted friends had our good time di Space U8. Malam tadi pulak dengan family ke TESCO Rawang.
Amik dua orang ni after Maghrib dan terus memecut ke Bukit Jelutong. Arrived di Space U8 around 8.30PM. Tunggu diorang ni habiskan sebatang uda rokok dulu. Maklumlah, dalam kereta aku ni zon larangan merokok..huu
Plan simple je. Karaoke + Movie Time + Dinner. Package bulanan kitorang..lol
Mesti ada yang pelik kan. Ko ni Farid, asyik dengan dua orang ni je. Tak boring ke? Haha
Nak boring apanya, diorang ni je lah kawan yang aku ada kat Sungai Buaya ni.
Happy boy. Takde kerusi pilih lagu pulak kat sini. Tak pasal-pasal kena cangkung cam orang nak buang air..haha
Ingatkan Deadpool dah keluar, rupa-rupanya 2 minggu lagi. Nampak sangat tak amik port langsung, haha. Sudahnya tengok cerita The 5th Wave ni. Another cliche American's movie. Dunia kena attack, and semua cerita berpusat kat USA..haha. Ada lah group fighter yang tinggal untuk melawan makhluk tu dan juga restore the order. Nasib baik Chloe Moretz cute, haha!
Cerita tu habis pukul 12AM, since semua dah kebulur. Kami pun had our late dinner di Barra, Shah Alam. Tempat makan biasa time muda-muda dulu..huu. Call Joe, dia angkat tapi dah memang suara mamai habis tu. Takpelah bro, pergi lah sambung tidur..haha

Another routine activity and nothing special happened. Cuma terfikir, camna lah kehidupan kami bertiga bila masing-masing dah ada family sendiri..huu