Saturday, September 28, 2024

Kisah AKU n Ashraff's Wedding @ The MZH2

Assalamualaikum,

Cerita minggu lepas sebenarnya, tapi macam biasalah asal nak update je mesti ada gangguan teknikal. Haha. Okaylah, simple sahaja cerita petang ni, pergi kenduri kahwin..:-p
Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri sebuah majlis resepsi di Dewan Perdana Suria @ The MZH2, Ampang. Senang je nak cari venue ni, betul-betul sebelah MRR2 after Zoo Negara.
Aku kerja dekat area ni dalam 5 tahun tapi tak tahu pun kewujudan bangunan ni. Maybe fokus sangat driving Batu Caves - TPM sampai tak sedar kawasan sekeliling..::-)
Of course lah Tn Gani kita ada since anak member Petronas beliau yang kahwin hari tu. Member aku mostly dah off-market cuma nak menunggu si Dolah je yang baru melangsungkan pertunangan awal September hari tu.
Wife tak ikut since dah start semester baru, so cam biasalah kenalah angkut sekali budak dua ketul ni.
Haha, boring member nak menunggu atuk bermini-reunion dengan ex-colleague time berkhidmat di Petronas dulu.
Acah-acah model pulak si Iman Troye ni. Haha
Abah pun pishang jugak menunggu atuk korang ni..:-p
Kebetulan terserempak dengan ex-bos TNG, Mr Fikry yang juga merupakan kenalan rapat hos majlis, Tn Shariff. Sekarang dia kerja kat Setel sebagai HOD New Business. Dah lama tak jumpa, tak silap aku time open house Metro Parking, Raya tahun lepas.
Dalam jam 1.30 petang, kami bergerak meninggalkan majlis. Tak boleh lewat sangat, MRR2 ni bukan boleh percaya pun hujung-hujung minggu camni.
Singgah Ali Maju Rawang since budak-budak ni tuntut aiskrim pulak. Haha. Mana lah abah nak tau kenduri tu ada aiskrim ke tak..:-p
Dalam jam 3.30 petang sampai rumah, tapi lepak rumah ayah je. Budak-budak ni pun elok tidur, bolehlah abah dia pun join. Hihi.
Ada lah cerita selingan sikit, petang Isnin tu berkesempatan represent TNG untuk meeting bersama MOT. Nak menyelesaikan traffic issue di airport-airport yang ada kat Malaysia ni terutamanya yang status international lah. 
Lama tak datang sini, rasanya last aku meeting dengan MOT time dengan Quatriz dulu awal tahun 2020 before Covid.
Meeting start jam 4, habis dalam 5.15 camtu then ada stand-up meeting with other TNG reps. Jam 6 petang jugak gerak dari Putrajaya, sampai rumah 8.20 malam. Pheww.

Okaylah, nak tidur jap. To conclude the entry, sekali lagi tahniah kepada Ashraff dan pasangannya Fatimah. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment