Sunday, October 6, 2024

Kisah AKU n Happy 27th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Last time aku ada buat pledge kat my family yang in the event of celebration such as birthday, anniversary etc., aku promised untuk bawak diorang staycation. So kali ni turn birthday my wife pulak.

Jumaat tu after office hour, aku ambil anak-anak dan wife dulu before bergerak terus dari Rawang ke Shah Alam. Jem siakk, sejam setengah jugak baru sampai Bukit Raja. Solat Maghrib di Petronas sebelum menyambung perjalanan ke i-City Shah Alam. Dalam jam 8.15pm, we had our dinner dekat Restoran Tok Janggut. Huhu

Lepas makan kami tak terus check in pun, terus ke City of Digital Light. Alang-alang tak ramai orang.
Macam biasalah tak sah tak amik gambar dengan aneka lampu yang dideko kat sini. 
Fariq yang snapkan gambar ni..:-)
Since akaun i-City App aku pun ada dalam RM100 lagi, tak perlu topup pun. Just search and ride je mana-mana attraction yang ada. Peter Pann is one of ride yang kami boleh enjoy malam tu.
Tembak target guna water gun sambil kapal ni berpusing. Rasanya dalam 5min jugak.
Kali ni kami berkesempatan naik Ferris Wheel. Memang tak ramai orang.
Menikmati pemandangan Shah Alam. Nampak tak jem Federal Highway tu. Huh
Muka panik je Fariq tu. Haha
Dalam jam 10 malam baru lah kami check-in hotel. Just like our earlier staycation, kami sekeluarga sekali lagi memilih Best Western Hotel @ i-City. Memang prefer stay kat sini sebab lokasi yang agak strategik iaitu berhampiran dengan tempat tarikan, restoran dan kedai serbaneka
Ni dah kenapa? Haha
Pagi Sabtu wife ada kelas from 8-10am, settle je kami terus ke main event untuk staycation kali ni iaitu berjimba di i-City Water World. Hari tu dah layan SnoWalk, kali ni kita main air pulak.
For the start, main kat Kids Play Pool. Panaskan enjin dulu. Huhu
Cik isteri bersama our firstborn, Fariq.
Since aku stay kat Best Western i-City, dapat dua complimentary tickets. Kids bawah 90sm FOC so Iman tak perlu bayar, cuma beli satu ticket untuk Fariq je yang berharga RM35. Memang banyak slide yang ada kat sini such as Ultimate Tornado, Rainbow Racer, Family Raft dan juga Spiral Slide. Tapi aku tak pergi pun since ada people limit iaitu 4pax excl kids.
Okay jom bergerak ke zon seterusnya.
Masuk Wave Pool pulak. Sini best sikit since luas, plus air dia agak warm sikit. Ada jugak part yang dalam sesuai untuk adult macam aku ni. 
Dua beradik ni syok naik pelampung kereta kebal. Kami banyak spent our time kat sini lah.
Selfie laki bini..:-)
12pm - Lepak kat Jacuzzi Pool before take a break.
Berehat sebentar untuk lunch, beli kat kafe sini je since once dah keluar tak boleh masuk balik.
Sambung main lagi, tapi dekat area budak-budak ni je.
Yes, saya dah boleh main slide sorang-sorang. Huhu
Yang sorang ni asyik berlari je, suruh main slide tak nak. Takut katanya. Haha
Bergambar kenangan before ready untuk balik. Tengok awan pun macam dah mendung je, baik gerak sekarang nanti penuh pulak changing room tu.
Balik hotel dalam jam 2 petang, memang semua tidur kepenatan. 
Malam pulak around 8pm, kami dinner di Restoran Nasi Kandar Stadium before ke Wow Street.
Ingat nak pergi Itsy-Bitsy tapi bapak ramai orang queue. Anak-anak pun macam tak berminat je tengok game dalam tu.
Lepak kat Wow Street, meluangkan masa main funfair dan arked.
Aku yang banyak main sebenarnya, tapi cam biasalah game-game camni memang aku tak pernah bernasib baik pun. Huhu
Sudahnya beli je lah toys kat budak dua orang ni. Haha
Wife beli stok supper kot lah lapar tengah malam.
Dalam jam 10pm, we made our way to hotel to conclude our second day of staycation di i-City ni,
Ingatkan dah lemau, sekali sambung main dalam bilik..:-p
Pagi Ahad memang takde plan apa pun. Rest je before menunggu nak check out. Prepare mental since minggu ni akan jadi minggu kedua team kami shorthanded, so kena cover dua staff sekali us. 
Budak-budak ni pun bangun lambat, pastu tengok TV
Tepat pukul 12pm kami sekeluarga check out. Esok kerja beb, tak dan nak lama-lama sangat kat Shah Alam ni. 
Singgah lunch di Restoran Minang Raya di Bandar Rawang. Kalau korang lapar betul, aku memang recommend makan kat sini. Portion banyak dengan harga berpatutan.
Sekitar jam 2.30 petang kami selamat sampai di Sungai Buaya to conclude our short staycation. In Sha Allah, kita akan kekalkan event camni as acara tahunan untuk celebrate anniversary, birthday in our small family. Next, awal bulan 11 our wedding anniversary pulak. Kali ni kita ke Kelantan pulak, actually ada wedding bestie wife, alang-alang kita merge sekali lah.

Okaylah guys, ngantuk sebenarnya ni. Bola pun takde malam ni, tidur je lah. Newcastle draw semalam. 

No comments:

Post a Comment