Tuesday, September 3, 2024

Kisah AKU n Hello September!

 Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan buat negara kita yang ke 67. Semoga nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni berkekalan hingga keakhir hayat. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan politik semasa dinegara kita ni. Jangan sampai bangsa dan agama kita dipijak oleh anasir-anasir luar. Ingat, walaupun kita bergaul dengan harmonis dengan kaum-kaum lain, seeloknya kita mestilah sentiasa siap siaga untuk sebarang kemungkinan. Okaylah, enough politic mumbling sebenarnya main entry bukan pasal merdeka pun. Huhu
Tapi alang-alang je, aku nak share jugak a bit story berkenaan Hari Merdeka ni. Jumaat lepas ada sambutan hari kemerdekaan kat both taska anak aku. Cuba cari kat mana si Fariq tu? 
Ni pulak taska Iman. Macam biasalah si amoi ni nak pakai cheongsam. Huhu
Hari Sabtu pulak meluangkan masa buat refresher training kat wife aku. Katanya nak start drive kereta balik after hampir tiga tahun tak drive. Buat pulak since sekarang ni Axia dah pun pulang ketangan aku semula. Aku yang recommend dia untuk pakai Persona ni, ada parking camera, dashcam etc. Huhu. Sebenarnya aku nak drive Axia tu, jimat sikit pergi balik KL-Rawang, macam wife ofis kat Rawang je..:-)
Bukan selalu dapat chill kat passenger seat ni. Mula-mula resah jugak, tapi after few rounds dia pun macam dah dapat rhythm tu. Hujung minggu ni kita try test drive ke office pulak tengok camna.
Okay, now kita go to the main entry malam ni. Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu posting oleh TNG Group Communication di Yammer (kira macam FB untuk Microsoft Suite lah) yang aku dan tiga lagi colleagues from Business & Growth Division, particularly from Parking Dept dapat award X-Miler untuk bulan Ogos. Ni kira equivalent to Employee of the Month lah. Huhu.
Selang sehari pastu dapat appreciation e-mail from HR which basically to recognized our outstanding achievement untuk tahun ni. Tu yang member cakap, pelik jugak sebab baru dapat sedangkan team kitorang every month perform kot. Haha. Just kidding. Ada lah tu beberapa criteria yang kena achieved, bukan setakat personal or team achievement je, tapi other factors macam hubungan dengan bosses, colleagure from other Division pun main peranan jugak untuk melayakkan diri untuk award ni.
Wehh, ni kena frame beb! Haha. Selain dapat cash award, ada jugak dapat certificate of excellence ni. Akhirnya, setelah hampir lima tahun kerja kat sini dapat jugak recognition from HR. Tahniah untuk myself dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain. 

So itu je lah nak cerita. Next aku target untuk dapatkan bulan Disember pulak. Sebab tak silap one of metric award ni evaluation kena at least 3-months. So dalam masa tiga bulan tu pulun je lah apa KPI yang boleh rembat. Sekejap je dah masuk September which means another four months to go to secure whatever we could. Let's go for T5!

P/S: Minggu ni takde EPL, but ada a few international games. Ohh tahniah juga untuk trio Newcastle iaitu Gordon, Livramento dan Pope dapat called up for England's national team. Ni yang lagi semangat nak tengok our mother country ni. Haha

No comments:

Post a Comment