Fuhh, busy betul aku minggu ni. Dah lah melambak kerja, pastu banyak hal pulak jadi minggu ni. Takpelah, saja nak share pengalaman aku menjamu selera di DarSA Fried Chicken. Restoran ni tak jauh pun dengan rumah aku, ada lah dalam 15min. Tapi asal datang je penuh, so hari tu mungkin rezeki aku, lalu tengok takde orang tu yang terus singgah. Huhu
Okay jom mula dengan cerita Sabtu lepas. Hari tu aku bawak Iman follow up dengan Dr Nazli kat KPJ Rawang. Pergi berdua je since wife ada online quiz, Fariq pulak aku memang dah dropped kat rumah ayah. Appointment pukul 10 pagi, tapi kena sidai nak dekat sejam jugak. Tu yang dapat coloring set from staf KPJ sementara menunggu tu.
Huhu, boleh lah..:-p
Dalam jam 12pm settled. Jom balik rumah.
Since wife pun masih dalam kuiz, kami terus singgah rumah ayah hari tu. .:-)
Okay jom mula dengan cerita Sabtu lepas. Hari tu aku bawak Iman follow up dengan Dr Nazli kat KPJ Rawang. Pergi berdua je since wife ada online quiz, Fariq pulak aku memang dah dropped kat rumah ayah. Appointment pukul 10 pagi, tapi kena sidai nak dekat sejam jugak. Tu yang dapat coloring set from staf KPJ sementara menunggu tu.
Huhu, boleh lah..:-p
Dalam jam 12pm settled. Jom balik rumah.
Since wife pun masih dalam kuiz, kami terus singgah rumah ayah hari tu. .:-)
Apa kes dengan bro Afiq ni? Ni cerita Selasa lepas ada kemalangan maut near exit Rawang, jalan sesak dan tak bergerak sepanjang 6km. Tu yang tengah jem terserempak dengan bro ni. Jem sampai member keluar kereta and menyembang. 2 jam bhai sangkut. Haha
Rabu singgah Proton, kereta ada timing belt issue pulak. Setengah hari jugak kat sini.Okay, barulah kita ke main entry malam ni. Nak dijadikan cerita, malam semalam aku dan family ke Bukit Sentosa nak restock barang rumah. Then Fariq kata nak makan ayam goreng, kebetulan kami dekat area Adenium. Tu yang decided nak visit DarSA Fried Chicken ni untuk kali pertama. DarSA Fried Chicken merupakan jenama fastfood yang dikendalikan 100% milik Bumiputera Muslim. Agak viral jugak gara-gara isu Type-C hari tu. Huu
Tapi hari tu aku takeaway je, ada budak kecik dah mengantuk. First time masuk, agak lengang mungkin sebab time tu baru lepas azan Maghrib. Yelah biasa lalu memanjang penuh je, so bila nampak kosong ni macam rare pulak..:-p
Aku tapau dua set Nikma Plate, equivalent to KFC's Dinner Plate. Dalam set yang berharga RM22 ni korang akan dapat tiga ketul ayam bersama mashed potato, coleslaw dan juga satu cup DarSA Cola.
Besar jugak ayam DFC, kira betul lah apa orang cakap pasal kebesaran saiz ayam ni. Next visit aku nak try diorang punya burger and Shawarma pulak. Bukan main layan si Fariq tu makan ayam. Huhu
Untuk kepuasan maksimum, aku recommend korang makan ayam tu dengan special garlic sauce DFC. Memang marvelous!
Overall, aku bagi 4 over 5. Markah tinggi kat service speed dimana aku menunggu less than 10minutes sahaja, dan juga kualiti makanan yang memang sedap sehingga menjilat jari. A bit lacking dekat packaging, kotak tu cepat kemek and nak terbarai. Takpe later boleh improve okay. Untuk sesiapa yang nak try and support business orang Muslim kita ni, bolehlah datang ke outlet DarSA Fried Chicken yang beralamat di No 1G Jalan Adenium 1A Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.
P/S: Sebulan lagi nak start EPL beb! Apa-apapun tahniah kepada team Selangor FC atas kejayaan menempah tiket ke final Piala FA 2024!
No comments:
Post a Comment