Saturday, August 24, 2024

Kisah AKU n TNG B&G Fun Wednesday

Assalamualaikum,

Barulah sempat nak update. Super busy minggu ni. A ton of analysis, fire-fighting and of course, meeting. Actually malam hari Rabu tu jugak aku nak update, tapi tak dan nak bukak laptop. Sudahnya delay lah sampai ke hari ni. Baiklah, saja nak cerita satu event company yang aku attend baru-baru ni dan ianya dinamakan TNG B&G Fun Wednesday. Nak tau apa yang kitorang buat, sambunglah baca. Huhu
Pagi Rabu tu seawal jam 6.30 lagi aku dah bergerak dari Rawang ke TTDI. Park kereta kat Rasta TTDI sambil menunggu Irfan dan Razif. Plannya carpool sekali untuk ke venue event yang bertempat di Berjaya Times Square. Event pulak start jam 9.30, memang eloklah gerak sekali. Aku ni dah lah buta jalan KL. Haha
Sampai ngam-ngam 9.30, tapi ramai je lagi yang tak sampai. Event apa yang kitorang nak buat ni? Masuk theme park ke? Semestinya tidak. Haha. 
Main event kami hari tu ialah Laser-Tag Battle! FYI, ada kira-kira 40 staf TNG dari Business & Growth Division yang terlibat bagi event ni dan of course aku yang berada dalam CET Dept pun dapatlah join sekali..:-)
Beratur ikut group yang telah disusun untuk mendengar briefing dari pihak Laser Battle. Ada empat squad (Alpha, Bravo, Charlie, Delta) dengan 10 players each.
Team Alpha with our Product Director, Mr Kunil as captain.
Leading Team Bravo is our TNG Director Expressway, Mr James Bond, eh silap James Wong. Haha
Our CCO, Mr Ming Luk captained team Charlie for this event
Last but not least, Team Delta led by Mr Mugilan, TNG Director, Parking & Transit
First match Alpha vs Bravo, so dapatlah tengok diorang berlawan from TV kat depan tu. Live stream tu. Huhu
Before masuk korang akan dapat laser gun + vest yang ada lampu dekat area shoulder, back dan ribs. Dari segi pemarkahan aku tak berapa ingat, tapi seingat aku kalau dapat tagged area ribs dapat high mark (200), shoulder (100) dan back (50). If dapat tembak enemy's gun pun dapat point 50 jugak rasanya. Okay, now our turn pulak. Let's spray and pray! Haha. 
Some screenshot dari video yang aku sempat record. Memang laju game ni, dua team akan dilepaskan dalam satu maze yang sederhana besar. Terpulanglah korang nak main jadi Rambo ke, Tom Clancy ke yang penting aim dia kutip mata lagi tinggi from other team. Macam aku sebab dah terbiasa main COD Mobile, so agak taktikal sikit lah. Guna cover yang ada untuk avoid curi tembak from belakang. Haha.
Ni scoreboard. Ada dua color je - red dan green. Kat sini boleh tengok individual score, accuracy dan juga xp. Okaylah nombor 7. Yang penting accuracy Top 3, macam main COD. Huhu
Satu round 10 minit, and kami dapat main 3 kali lawan different squad. Team Delta dapat no 3, cuma 10 mata je beza dengan Charlie yang berada ditangga kedua. Dalam jam 12pm, our laser battle ended dengan jayanya.
Okay jom balik office. Eh belum lagi, ada makan-makan pulak. Cuma lunch bukan kat Times Square ni, tapi dekat another shopping mall berdekatan.
Ya betul, kat The Exchange TRX. Tak tahu apa reason organizer split camni. Maybe nak tambah revenue parking kot since ticket size kat sini mahal sikit from Times Square tu..:-p
Venue lunch kami ialah di Chica Bonita - Elegante @ The Exchange. Sebuah restoran yang menyediakan authentic Mexican cuisine such as fajitas, burritos, tacos etc.
Ni apahal pulak? Maybe tengok portion banyak tu je kot. Haha
Hat ni senyum lebar walaupun makan La Bombas Nachos je, tapi portion bapak banyak. 
Around 1.30pm we have completed our first ever TNG B&G Fun Wednesday. Before balik sempat menyembang dengan our CCO yang pakai baju kaler hitam tu. Thanks boss for the treat, we will definitely give higher rating in survey later..:-)
Pukul 2.30 sampai TTDI. Terus masuk back to back meeting from 2.30 - 3.30, and later 4 to 5. Pheww. Malam pulak lepas Maghrib drive ke KLIA2 pickup bro Faris yang baru balik from Sabah atas urusan kerja. Mula-mula memang ingat nak suruh dia amik Grab or naik public je, tapi bila memikirkan kes bunuh, samun yang berleluasa kat Malaysia sekarang ni jadi risau pulak. Tu yang gagahkan diri jugak drive, nasib ayah ada ikut sekali teman. Ada lah member buat menyembang dalam kereta. Huhu

Okaylah itu sahaja cerita malam ni. To summarize, a very good event organized by the management yang terbukti dapat mengeratkan hubungan sesama staf dalam division kami ni, disamping dapat belajar teamwork, communication dan juga taktikal di lapangan. Perghh, macam army pulak. Hihi

P/S: Malam ni Selangor vs JDT untuk Piala FA 2024. Good luck and do us proud, let's bring the cup back to Selangor boys. Forza Selangor! Merah Kuning Lambang Kebanggaan!

No comments:

Post a Comment