Monday, July 22, 2024

Kisah AKU n Staycation @ i-City Shah Alam

Assalamualaikum,

Dalam my entry last week, aku ada mentioned yang sepatutnya kami nak ke i-City untuk  birthday Fariq yang kelima. Tapi tertangguh since semuanya tak sihat termasuklah aku yang jarang-jarang demam ni. So, janji mestilah ditepati dan semalam kami sekeluarga berpeluang melawat taman tema digital yang terletak di Shah Alam ni.

Pagi semalam seawal jam 8 pagi lagi kami dah ke KPJ Rawang untuk doctor's appointment. Siapa pulak yang sakit tu?
Ni haa budak kecik sorang ni. Ada ear infection pulak start Khamis lepas..:-p
Dalam jam 11.30 pagi kami balik ke Sungai Buaya, ada sesi parents-teacher meet dekat Little Caliph. 
Muka puas hati tu. Huhu. Of courselah satisfy, aku bagi kredit kat wife yang banyak ajar anak-anak kat rumah. Nak harapkan aku ni, maklumlah budak kelas hujung..:-p
Balik rumah dulu rest before bergerak ke Shah Alam dalam jam 2 petang. For this time around, kami sekeluarga menginap di Best Western Hotel @ i-City. Memang prefer stay kat sini sebab lokasi yang agak strategik iaitu berhampiran dengan tempat tarikan, restoran dan kedai serbaneka.
Wife actually ada kelas hari tu sampai jam 5 petang. Dengar pakai earbud je sepanjang perjalanan kami.
Takde orang amik gambar, selfie je lah. Huhu
Pemandangan hotel yang menghadap Seksyen 7 Shah Alam. Aku macam familiar pulak menara kelabu tu.
Laa, Menara SAAS UiTM Shah Alam rupanya. Wujudmu disini ditanah anak merdeka.... Huu. Fakulti aku pun nampak jugak dari sini.
Dalam jam 6.30 petang, kami melawat SnoWalk just 5 minute walking from our hotel. Tiket berharga RM55 untuk both adult dan children. Kanak-kanak dibawah 90sm FOC. All payment kat i-City ni menggunakan their i-City SuperApp. 
Untuk SnoWalk ni jacket dan boot diorang bagi pakai, while other accessories such as earmuff, gloves boleh dibeli. 
Selfie dulu before masuk kedalam.
Ni zon pertama, kat sini sejuk dia acceptable lagi.
Sempat lagi budak-budak ni tengok orang bumper car. Tapi tu lah, budak-budak kecik tak boleh main evnthough ada adult supervision..:-(
Bergambar atas Santa's deer chariot.
Abah tolong ada rusa kat luar ni! 
Ni Fariq yang snap tau. Huhu. A bit off tapi bolehlah..:-p
Ibu dan Iman bergambar bersama snowman.
Amik gambar kat ice castle pulak..:-)
Untunglah Fariq ada glove, boleh main snowball. Semakin dalam kita masuk, semakin sejuk suhu kat sini. Tak silap aku ada zon tu -8 darjah selsius! Time ni menyesal tak beli glove. Huhu
Oi berak ke?
Bergambar kenangan bersama keluarga tercinta.
Selfie lagi
Time ni semua dah kesejukan. Bayangkan Fariq dan Iman yang pakai complete glove pun menggigil, apatah lagi aku yang bare hands ni. Haha
Takpelah demi anak-anak kita tahan je lah, yang penting diorang enjoy.
Final zon, kat sini tak yah cakap dia punya sejuk camna. Haha
Abah pun nak berjimba jugak..:-p
Last selfie before menamatkan our SnoWalk tour pada malam tu. Sejam setengah jugak kitorang dalam tu rupanya, ingatkan sekejap je. 
Dalam jam 8.15, kami singgah solat dulu before had our dinner dekat area Wow Street.
Lepas makan kami ke City of Digital Light. Bukan Stadium of Light tau, tu SMB punya shithole. Haha~
Macam biasalah tak sah tak amik gambar dengan aneka lampu yang dideko kat sini. Ni dah macam cover album pulak. Huhu
Aku tak beli package tiket (RM35 each) pun sebab banyak ride yang Iman tak dapat masuk. So, kami search and play je. Cari ride mana yang eligible then bayar pakai SuperApp tu. Aku dah topup RM400 kot sebelum ni. Rugi lah tak pakai..:-p 
Peter Pann is one of ride yang kami boleh enjoy malam tu.
Tembak target guna water gun sambil kapal ni berpusing. Rasanya dalam 10min jugak.
Okay nak pergi mana pulak ye?
Ingat nak naik Ferris Wheel, tapi punyalah ramai orang queue. 
Kat area ni dapat main lagi dua ride iaitu Spinning Cups and Rocking Wheel. Nanti wife share gambar aku tambah-tambah lah sikit gambar dalam entri ni. Update pakai gambar yang aku snap je..:-)
Eh macam kenal je, ya betul, LITS ni one TNG business partner dalam parking sector. Company ni buat system integration untuk TNG on-street parking. Alah yang bayar parking tepi jalan tu.
Ingat nak pergi one last attraction iaitu Itsy-Bitsy tapi tutup pulak. Sudahnya lepak kat Wow Street ni sambil tengok anak-anak main mainan lampu tu. Dalam jam 11pm, we made our way to hotel to conclude our first day of staycation di i-City ni,
Ingatkan dah lemau, sekali sambung main dalam bilik..:-p
Pagi Ahad memang takde plan apa pun since wife ada kelas online.
Budak-budak ni memang tidur betul, kepenatan kot malam tu.
Saja order room service. Malas nak keluar. Haha
Tepat pukul 12pm kami sekeluarga check out. Esok kerja beb, tak dan nak lama-lama sangat kat Shah Alam ni. 
Before balik saja bawak anak-anak round Seksyen 7 tu, tunjuk rumah sewa aku time belajar kat UiTM dulu. Tunjuk port lepak, port main badminton etc. Ingat nak masuk dalam UiTM tapi takut kena tahan dengan guard pulak, takkan nak tunjuk ID aku tahun 2011 tu. Huhu
Singgah lunch di Murni Discovery Shah Alam. Haa, ni pun port lepak abah jugak dulu dengan member-member.
Sekitar jam 2.30 petang kami selamat sampai di Sungai Buaya to conclude our short staycation. In Sha Allah, kita akan kekalkan event camni as acara tahunan untuk celebrate anniversary, birthday in our small family. 

Okaylah guys, ngantuk sebenarnya ni. Nasib lah EURO pun dah habis, bolehlah tidur awal sikit. EPL lagi dua bulan jugak nak start, so lapan minggu ni boleh lah rehat dulu from tengok bola. Huhu

No comments:

Post a Comment