Assalamualaikum,
Malam ni suka aku nak share our modest birthday celebration untuk my firstborn iaitu Fariq Ilham yang sekarang dahpun berumur lima tahun!
Haa, jangan buat sepah. Mak abah dah kemas rumah..:-p
Sekitar jam 8.30 malam, tetamu kami pun tiba. Mak pun ada masakkan pasta untuk menambah makanan pada malam itu. Tengok si Iman tu, belon pun dah nak sama besar dengan dia. Haha
Birthday cake bertemakan Dragon Ball, diapit koleksi action-figure Dragon Ball milik anak lelaki aku yang sorang ni. Tah macam mana boleh suka tengok cerita ni. Huhu
Birthday boy bergambar kenangan bersama mak abah berserta adik Iman. Tak sangka dah lima tahun umur bro ni.
Sesi memotong kek. Yang laki tema oren, sebab aku tak suka baju kaler cerah memang grabbed je lah uniform UiTM tahun 2011 ni. Haa, muat lagi tu. Huhu
Okay silakan menjamu selera ye. Family Along pulak takde, kalau ada mesti bertambah meriah..:-)
Tuan rumah pun nak makan jugak. Last makan time breakfast pagi tu.
Tahun ni takde physical birthday gift ye Fariq, minggu ni kita lepak kat iCity ye. Kita pergi SnoWalk and taman tema kat sana..:-)
Diorang tak terus balik, sambung lepak tengok bola Selangor lawan KL which ended dengan kekalahan the Red Giants. Sobs. Pastu sambung tengok cerita Tamil pulak. Haha
Game berakhir dengan kemenangan dramatik 2-1 Spain keatas England. Aku tak kisah sangat kalah since Spain memang dalam kelas tersendiri. Tapi yang aku geram dengan si Southgate tu time tengah 1-1, asal hang tak all-out attack je masukkan attacking minded player macam Gordon belah left wing untuk support Toney dan Watkins. Palmer at least dah cover belah kanan. Satu lagi yang buat aku panas, Trippier pun tak main. So sudahnya dua-dua player Newcastle tak main, tu yang kalah tu. Haha
Haa, itu sahajalah cerita kami menyambut birthday Fariq yang kelima ni, apa-apapun selamat hari lahir buat Muhammad Fariq Ilham, semoga membesar dengan jayanya dan menjadi anak yang soleh dan juga berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.
P/S: Tak sabar tunggu first game Newcastle hujung bulan ni. Friendly pun friendly lah, aku dahrindu nak tengok baju hitam putih ni..:-p
No comments:
Post a Comment