Assalamualaikum,
Sementara layan Newcastle lawan Wolves ni elok aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our TNG Team Building 2024 yang berlangsung di Subang pada 29 Februari -1 March 2024.
Hari Khamis tu seawal jam 6.40 pagi aku dah bergerak from Rawang ke R&R Sungai Buloh. Pick up Irfan dulu before driving another 20 min to our event's venue iaitu The Saujana KL @ Subang.
Light breakfast sementara nak tunggu event start.
Event bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan pendaftaran, followed by opening remarks by our CEO, Mr Praba Sangarajoo. Btw, kalau nampak gambar takde trademark tu maknanya aku cedok from photo yang ada dalam shared folder. So, credit in advance to the owner lah ye
Untuk sesi pagi, macam biasalah ada sesi pekenalan. Ni gambar time beramah mesra, biasa berhubung kat emel dan Teams chat je, kali ni baru lah dapat peluang jumpa face to face. Eh mana kau Farid? Yang pakai jaket putih tu..:-p
In total, ada 60 staf yang join sesi teambuilding ni coming from various department dan unit di TNG dan ianya melibatkan staf-staf yang berada didalam mid-management level iaitu dari position Lead sampailah ke Director level. Difahamkan hierarki TNG ada 15 people at senior-management level, 100 di mid-management dan juga around 300 at associate level. So why yang tengah-tengah ni kena pergi teambuilding dulu? Since group ni merupakan perantara diantara policy maker dan juga executor, and of course aspek seperti leadership, communication, coordination, trust, collaboration dan banyak lagi perlu kita improve dan enhance to achieve "1TNG" yang menjadi slogan kami.
Ambil group photo bersama CEO before beliau berangkat pulang ke ofis..:-)
Tea break dulu.
10.30pm - our day bersambung dengan module berkenaan collaboration. After lunch, event continued with module yang menyentuh kepentingan trust dan effective communication.
Modul hari pertama ended around jam 5.30 petang dan boleh check-in ke bilik masing-masing.
Bilik tak share kali ni. Huhu.
Akhirnya, dapat jugak rest. Phew~
Around 7.40pm, we had our dinner at the hotel's restaurant - The Charcoal and sekitar jam 9, most of us gathered at RP Entertainment, a bar establishment managed by the hotel. Of course lah diorang enjoy their night with liquors and live bands, aku tak pergi pun sebab ada plan lain dengan bro Irfan.
Yahuu! The KTV Firezone. Pulun tu pergi Citta Mall. Tak jauh pun, just 5-minute drive from hotel.
Karok berdua je malam tu since brother Razif dan Nuh tak dapat join sesi teambuilding ni atas urusan keluarga. Asalnya booked satu jam, tapi tak puas pulak. Tambah sejam lagi, and as part of package diorang bagi additional half an hour.
Masuk second half member dah tak larat dah. Haha
Yang ni je still energetic lagi, maklumlah bukan selalu dapat karok ni.
Jam 1 pagi jugak kami sampai hotel. Bersihkan diri and alang-alang tak mengantuk tu bukak laptop jap dan flag email kerja yang pending my action. Flag dulu, minggu depan baru reply. Haha
Aktiviti hari terakhir teambuilding kami bermula sekitar jam 8.30 pagi, so sempatlah breakfast dulu.
Event pagi fokus on teamwork dan juga coordination.
Around jam 12.30pm, we had our lunch at Ti Chen Restaurant, juga managed by the hotel. Unlike sebelum ni berkonsepkan buffet, kali ni we were served with 8 oriental dishes.
Dalam jam 1.30pm, aku bergerak ke Masjid Ara Damansara untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, khutbah yang short dan juga concise, so dalam jam 2.10 petang tu dah settle solat semua. Cuma barai kat traffic light je. Dah la banyak, pastu lama pulak. Sampai hotel ngam-ngam 2.30. Jarak 5km je kot. Huhu
Modul petang pulak called "The Endgame" mostly focused on our application of all modules yang kami belajar dalam training ni and as what the trainer concluded; we have passed the test and indeed work as one unit. Well done guys!
Dalam jam 5 petang, we concluded our event dengan closing remarks from our CEO, Mr Praba and CHRO, Mrs Ernly.
One last picture before pulang ke rumah masing-masing.
Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry pagi ni. A very good event yang patut company buat untuk instil togetherness among staff dan eliminate mindset "kerja korang, korang punya pasal" dan tukarkannya ke "WE ARE 1 TOUCH N GO"
No comments:
Post a Comment