Friday, March 22, 2024

Kisah AKU n Ramadhan 2024 - Wk1

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-11 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2024 ni.
Kat KL kalau belah petang, pukul 3.30 memang just nice balik. Pukul 3.45 pun masih okay. Tapi kalau jam 4 , ni makan diaa!
Macam puasa tahun lepas, tahun ni pun aku tak terlepas dari sakit di awal Ramadhan. Bezanya tahun lepas minggu kedua, tahun ni first week lagi dah demam. Khamis lepas aku rasa tak sedap badan, so pas Terawih tu pergi lah klinik ambil antibiotik dan ubatan lain. Tapi tak dapat pulak MC jumaat tu. Haha
Sabo je lah. Ni semua ujian, sakit kan penghapus dosa. Tiga malam jugak buat Terawih kat rumah je, okaylah yang penting jangan tinggal.
Selasa minggu ni bersamaan 19 Mac merupakan ulang tahun kedua kelahiran my daughter, Iman. Kami buat modest celebration sahaja dirumah, nanti hujung minggu baru plan nak celebrate diluar pulak. 
 
Iman dan Fariq. Walaupun simple tapi ada tema jugak. Huhu. Anak dara aku ni suka Hello Kitty, okaylah tu nasib baik dia tak mintak Spiderman ke, Superman ke. Haha
Shortly after azan berkumandang, kami proceed dengan sesi memotong kek.
Selfie dulu untuk kenangan bersama..:-)
Disusuli dengan berbuka puasa.
Bergambar bersama hadiah hari lahir, yang si Fariq pun dapat hadiah jugak.
Bukan main leka main toys baru..:-)
Selamat Hari Lahir to Iman Nur Syahadah, semoga membesar dengan jayanya, menjadi anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah

That's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2024 aku. 

P/S: Minggu ni international break, so takde EPL..:-(

No comments:

Post a Comment