Assalamualaikum,
Fuhh letih betul hari ni. Baru balik dari Sepang sebenarnya after menghadiri sebuah majlis pertunangan iaitu diantara Shafiq (adik husband kakak aku) dan pasangannya Amira. Yang buat letihnya, lepas majlis tu aku kena melencong ke Bangi pulak ada urusan lain dan of course terpaksa menghadap traffic jem yang menggila. Maklumlah minggu terakhir cuti sekolah, dan juga minggu terakhir before kita memasuki bulan Ramadhan.Jom start dengan cerita hari minggu dulu. Isnin lepas Fariq dah start bersekolah dan masih lagi berada di Little Caliph Bandar Sungai Buaya.
Minggu meeting dipejabat. Maklumlah most of us ada yang baru masuk office from cuti panjang.
Minggu meeting dipejabat. Maklumlah most of us ada yang baru masuk office from cuti panjang.
Jumaat tu aku dan wife half-day since kami plan nak bergerak ke venue majlis di Sepang after solat Jumaat. Dalam jam 3 petang, kami disertai anak-anak dan mak ayah memulakan perjalanan. Adik pulak drive kesana from office di Ampang, juga pada hari yang sama.
Hujan lebat sepanjang jalan, so macam biasalah jem. Kami sampai Plaza Tol Bandar Serenia kira-kira jam 5 petang. Ni pun berhenti sebab Fariq muntah dalam kereta, tak sedap badan katanya.
Time nak resume, hujan lebat balik. So tersadai lah nak dekat setengah jam dalam kereta depan hotel ni.
Apa benda lobi hotel ni ada seat kapal terbang? Ya, untuk pengetahuan kali ni kami sekeluarga menginap di Sri Langit Hotel yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira 5 minit sahaja dari rumah orang nak bertunang tu. Hotel ni merupakan hotel pertama yang direka berkonsepkan in-flight di Malaysia ni, so memang design dalam hotel ni macam rasa duduk dalam kapal terbang lah..:-p
Selfie dulu. Huhu
Haa, macam tidur dalam flight kan?
Lega betul dapat baring after almost 2 jam setengah drive.
Jom Iman, kita tidur dulu.
Dalam jam 8 malam, kami keluar ke restoran berdekatan. Mak tak join, mintak tapaukan je.
Lovely wife. Asalnya tak plan nak ikut sebab ada kelas online hari Sabtu, tapi follow kami kesini jugak cuma tak join majlis tu je.
Had our dinner di CheMeq Kitchen, juga terletak di area Sri Langit Hotel ni jugak. Jalan kaki pun boleh, tapi sebab hujan drive jugak lah. Apa benda semua kat sini semua konsep kapal terbang? Huhu
Restoran ni terkenal dengan aneka Nasi Lemak diorang, macam-macam jenis nasi lemak ada tapi yang paling famous adalah...
Nasi Lemak Lamb Shank yang brader ni try. Berbaloi-baloi katanya..:-)
Lepas dinner, Fariq muntah lagi. So malam tu aku bawak dia pergi panel clinic di Kota Warisan, around 5km from the hotel. Alhamdulillah takde yang serious pun, cuma mungkin salah makan.
On the way balik tu dia boleh muntah lagi dalam kereta. Doc kata normal sebab that's one of the way untuk keluarkan apa-apa yang tak elok dalam perut dia. Sudahnya aku hantar diorang naik hotel dulu and turun buat cleaning sikit. Lepas tu ngeteh sorang-sorang kat restoran Al-Zain depan hotel ni..:-)
Pagi Sabtu breakfast provided by hotel. Tapi tak banyak sangat pilihan yang ada, takpelah nanti majlis pun makan lagi.
Dalam jam 11 pagi kami bergerak ke rumah tunang Shafiq yang terletak di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. As expected Fariq tak join pun walaupun dah start recover, takpelah bagi rest kat hotel je teman ibu dia join kelas online. Sekitar jam 11.30 pagi, majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan doa oleh pihak keluarga perempuan disusuli dengan perbincangan oleh wakil pasangan.12pm - Alhamdulillah, perbincangan selesai dengan jayanya. Kami dihidangkan dengan juadah lauk pauk yang disediakan oleh pihak keluarga perempuan. Bila fikir balik dah macam majlis nikah pulak tadi. Meriahnya lain macam. Bukan apa, sebab aku dulu simple je penuh kesederhanaan. Mana Iman? Tidur kat dalam rumah, nasib baik ada makcik offer tolong tengokkan sambil kami menjamu selera.
Dalam jam 1 petang, kami sekeluarga pulang ke hotel semula untuk pickup Ija dan Fariq. Mak dan adik terus balik Rawang, while aku ada satu lagi urusan yang perlu dihadiri di Bangi.
Yup, itulah urusannya. Sign SPA dengan lawyer untuk urusan jual beli rumah. Settle sekitar jam 5 petang before mengharung perjalanan sesak untuk balik ke Rawang.
Alang-alang lalu jalan dalam, aku menyinggah restoran jiran Mi Tarik Muslim Xinjiang @ Rawang. Saja nak bagi wife try makan mee tarik kat sini, mana lah tau jadi favourite ke. Anak-anak dah pernah makan kat sini, tu yang si Iman dok jelir lidah tu. Haha. After makan kami terus balik takde menyinggah dah, semua pakat lemau dan akhirnya jam 8 selamat tiba dirumah..:-)
Jadi itu sahajalah cerita entri malam ni. Tahniah kepada Shafiq atas majlis pertunangan. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin In Sha Allah.
P/S: Takde match EPL Newcastle hujung minggu ni, game pukul 4 pagi Selasa. Elok lah tu, boleh buat tahajud dulu, tengok bola dan terus sahur. Huhu
No comments:
Post a Comment