Assalamualaikum,
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2022 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni.Before that, jom cerita sikit apa lagi yang jadi minggu ni. Selasa bawak Iman follow up dengan Dr Yew di Thomson. Alhamdulillah, nothing serious cuma kena maintain makan ubat to ensure kahak tak berkumpul.
Rabu aku amik cuti untuk clearkan carry forward leave yang berbaki 1.5 hari. Elok lah cuti boleh chillax kat rumah sebelum nak menempuh kesesakan. Sempat jugak pergi klinik after hantar Ija, untuk dapatkan ubat, mata aku kena eye infection pulak. Tu yang merah sebelah.
Lepas Asar, aku pickup the kids dan later, wife di Rawang.
Bagi tahun ni, aku menyambut Hari Raya di Melaka. Kami bergerak dari Rawang sekitar jam 5.40 petang. Trafik sesak dari Seremban menuju ke Senawang, dan bersambung from Pedas Linggi ke Smpang Ampat. Memang expected, sebab orang balik raya kan. Sampai Merlimau dalam jam 10 malam, then drive-thru McD untuk properly berbuka puasa Arafah.
Pagi Khamis bersamaan dengan 29 Jun 2023, takbir Raya berkumandang di surau-surau sekitar Serkam. Aku menunaikan solat Hari Raya di Masjid ar-Rahman dalam jam 8 pagi. Zed pulak tak join sebab diorang beraya di Tampin tahun ni.
Tapi kali ni aku ditemani wife dan anak-anak, serta adik-adik ipar.
Apa Fariq tu, muka nak mengamuk je. Hari raya pun nak marah-marah ke?
Adik Iman jugak yang sempoi. Senyum je.
Sempatlah menziarah lembu yang akan dikorbankan anjuran Masjid. Tahun ni ada 11 ekor dengarnya.
Tapi kali ni kami tak tengok pun, sebab abah korban lembu kat Surau Umri.
Ingat nak ke Pantai Siring untuk bergambar cam tahun lepas tapi hujan lebat pulak. So balik je rumah makan ketupat berserta dua jenis rendang yang disediakan. Huhu.
Lepak kat rumah je lah dik..:-p
Yang ni pulak kepenatan. Haha
Malam tu aku berkesempatan menghadiri majlis bacaan Yasin di Surau Haji Hasan Alim yang terletak didepan rumah. Alhamdulillah, setelah hampir dua tahun, siap jugak surau ni. Pasni dah tak perlu susah-susah drive kereta nak solat, jalan kaki je..:-)
Cantik surau ni. Makeover kaw-kaw tu, luar dah ala-ala masjid kat Tanah Arab. Kenalah dengar kos pembinaan hampir RM1.5juta. Huhu
Dalam pun memang cunz. Pendek kata memang selesa lah solat kat sini.
Before tidur layan anak-anak je, nak ngeteh si Zed pulak tak balik lagi.
Hari Jumaat aku WFH, nak dekat jam 7 petang jugak baru clear kerja.
Sabtu meluangkan masa bersama anak-anak di Mydin Jasin. Saja bawak diorang keluar main kat playground ni.
Wife dah makan, so tolong tengokkan sekejap ye. Nak makan Nasi Kandar Padang Kota dulu.
Okay tukar shift sat, wife nak bershopping pulak.
Budak ni banyak main boxing je. Risau aku. Huhu
Dok dalam tu diam-diam tau, nak melayan abang sorang ni..:-P
Malam rutin biasa mendobi, then minum dengan bro Zed. Anak-anak rancak main dengan sepupu..:-)
Hari Ahad seperti yang dirancang, kami gerak balik dalam jam 10 pagi. Melekat mat! From Ayer Keroh sampai Simpang Ampat, clear sikit then sambung jem from Pedas Linggi sampai Nilai. WTH!
Kebetulan ayah ada message ajak singgah datang rumah Along di Rantau, terus aku swing masuk tol PD dan sampai rumah diorang sekitar jam 12 tengahari.
Syazwan baru pindah estet minggu lepas, tapi tak jauh pun from estet lama dekat Sua Betong tu. Besar rumah kali ni, macam colonial house. Huhu
Asalnya nak chill for a while after lunch, sekali tengok live traffic masih merah. Tu yang discuss dengan Ija and decided untuk bermalam kat sini, sebab kami berdua pun still cuti hari Isnin.
Riadah petang. Malam tak kemana pun since esoknya Mikail nak sekolah, while Syazwan masuk kerja.
Pukul 8.30 pagi Isnin aku gerak from Rantau, sampai Sungai Buaya around 10.35 pagi. Terus ke klinik kesihatan untuk check-up Iman.
Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment