Assalamualaikum,
Malam ni barulah berkesempatan nak menaip entri. Ni pun curi masa sambil kepochi tengok match Aston Villa lawan Brentford. Baiklah, seperti title entri ni yang tertera diatas, Pagi tadi, aku dan keluarga sempat memenuhi undangan jemputan majlis kahwin di Rawang. Before start jom kita selak sikit apa cerita yang berlaku during weekdays.
Pagi Jumaat aku sempat breakfast dengan Afiq, kebetulan dia tengah monitor launching preparation untuk stor IMIKA yang terbaru di Rawang. Ada la nak dekat 2 jam lepak from pukul 8.30 sampai pukul 10. Itupun sebab aku ada Teams meeting jam 10.30, and vendor CCTV dia pun sampai time-time tu jugak.Ahad - Haa, ni lah venue wedding tadi. Simpol - The Garden of Love merupakan sebuah taman yang dibina khas untuk majlis social outdoor seperti wedding, family day, reunion, teambuilding dan sebagainya. Terletak di Batu 16, Rawang. Tempat ni agak kedalam sikit dimana korang kena melalui Taman Tun Teja terlebih dahulu before taking a narrow junction yang membawa anda directly ke tempat ni. Cuma nak ingatkan, keadaan jalan kat sini memang banyak lubang. Pandulah dengan perlahan.
As it name suggested, konsep wedding kat sini ialah perkahwinan dalam taman. Ada satu dewan terbuka yang boleh memuatkan hampir 200 orang pada satu masa. Ada jugak gazebo dan pondok yang dibina untuk mengiyakan lagi suasana taman tu. Huu
Saja teman ayah, dah ada anak bujang yang tak nak join.
Cam biasalah, amik turn makan.
Memang layan makanan semalam. Banyak juadah sampingan yang enak such as apam balik, cendol, ais-krim dan kuih muih. Tapi sayangnya teh tarik pulak takde. Huu. Tak lama pun lepak sini, before 1 petang tu kami dah bergerak to our next destination.
The kids.
Bergambar dengan ayah bersama goodies bag yang dikumpul. Ni je lah anak dia yang rajin ikut wedding pun. Dari zaman bujang sampailah anak dua orang ni.
Ambil gambar berempat before beredar meninggalkan majlis.
Sempat lagi Fariq bergambar dengan his favourite animal, Tiger
Jom-jom, panas dah ni.
Before balik kami menyinggah Lotus Rawang. Ayah kata nak minum teh tarik, maklumlah attend majlis kahwin tak pekena teh memang tak lengkap. So lepak lagi sejam kat Hailam Kopitiam sambil menyembang pasal business proposal aku..:-p
Okaylah, sebenarnya aku bukan nak tengok pun match ni tapi sebab result boleh effect standing Newcastle, layankan je lah. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada pengantin. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment