Tuesday, July 11, 2023

Kisah AKU n Fariq's 4th Birthday 1.0

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share satu annual celebration yang disambut setiap tahun oleh family besar kami, birthday cucu nombor dua keluarga Tn Gani iaitu Fariq Ilham.
Seperti biasa event ni organized by Along dimana malam Sabtu lepas kami buat early celebration birthday Fariq yang sepatutnya berlangsung minggu ni. Along arranged sebab dia tak dapat balik weekend ni, maklumlah baru pindah rumah. Huhu
Event bermula agak lewat sikit, dalam jam 9 malam. Food counter malam tu ada home-made macaroni dan juga currypuff yang dimasak oleh mak, aku ada beli jugak bucket KFC untuk menambah makanan malam tu.
Tema malam tu ialah bomba, since Fariq ni suka sangat dengan bomba maybe sebab pernah ada lawatan ke balai bomba kot. Ni mak tengah pakaikan uniform bomba yang Along beli..:-)
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Faris.
Birthday boy ready nak tiup lilin.
Fariq bersama atuk opah kesayangan..:-)
Mak ayah bersama the cucus.
Ni dah kenapa, haha
Fariq bersama Mikail dan adik Iman.
Amik gambar my small family dulu before potong kek.
Suapan kek oleh ayahanda kepada birthday boy yang diraikan malam tu.
Eh adik Iman pun nak jugak.
Sesi gambar beramai-ramai untuk kenangan malam tu.
Okay tunggu apa lagi ni?
Marilah makan, lapar weyh hari tu breakfast je..:-p
Dalam jam 11.30 malam, event concluded. Balik rumah jugak malam tu, ingat nak tidur rumah ayah. Tapi ada plan esok paginya.
Plan pagi Ahad tak jadi sebab hujan, nak pergi playground kat Taman Rampaisari sebenarnya. Takpelah, minggu ni kita g Tropicana Gardens ye. So petang tu kami sekeluarga except mak dan Mikail having our dinner at Zuhdi Arabic Restaurant @ Bukit Sentosa. Sempat merasa naik kereta baru Faris. Huhu
Ni dah kenapa bertenggek tepi jalan. Saja tunjuk kat Fariq abah zaman-zaman sekolah dulu pakai beg silang tu tunggu bas nak pergi tuisyen kat Rawang. Hehe
Sini pekena nasi Arab lah. Adik nak belanja katanya. Huhu. Rezeki jangan ditolak..:-p
Untunglah Fariq, Acu Faris belikan mainan untuk birthday gift..:-)
Nak makan tak ni, haa pergi makan Spiderman tu. Haa
Ni dah kat mana pulak?
Along kata nak try Bask Bear Coffee ni, tu yang bawak jugak kesini. Ayah tak join, so dia bawak Ija dan anak-anak balik dulu.

Alright guys, itu sahaja cerita malam ni. Nak tidur dulu, karang terlajak pulak dah lambat wife aku masuk office nanti. Semoga berjumpa lagi dilain entri, till then take care semua.

P/S: Tonali dah announced. Bila lagi nak announce Barnes pulak.

No comments:

Post a Comment