Tuesday, June 27, 2023

Kisah AKU n Bask Bear Coffee @ Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Hari Ahad lepas, aku dan family sempat berkunjung ke Bask Bear Coffee yang baru sahaja membuka cawangan mereka di Bukit Sentosa kira-kira a few months back. Aku pun tak sure bila diorang bukak, pelik juga sebab aku memang every month datang area ni sebab nak beli susu Iman kat farmasi berdekatan dan juga lunch dekat restoran Gerak21 tu.
Asalnya aku nak ke farmasi je, tetiba terasa nak try coffee house baru ni. Tak silap aku dulu ni kedai bateri.
Sudah tentunya Iman yang paling excited sekali. Tapi tak boleh minum banyak tau, awak tu baru je discharged. Huhu
Ishh Fariq ni, dia boleh pulak makan camtu. Beruang pun makan pakai tangan tau. Haha
Kecik besar kecik besar je aku dengan budak ni...:-p
Untuk our first experience disini, kami try their signature Chicken Sausage Stacker, berserta chocolate + banana muffin yang marvelous. For beverages aku lagi senang memilih my favourite flavor Vanilla Latte, while wife pulak Choc Latte.
Huhu, Iman kata A+. Boleh datang lagi..:-)
Tapau muffin lagi bawak balik rumah.

Untuk warga Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya dan juga yang berdekatan, boleh visit branch Bask Bear Coffee yang terletak di No. 13, Jalan Orkid 1G/1, Pusat Perniagaan Jalan Orkid, Bukit Sentosa, 48300, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Dekat area Tesco tu je..:-)

No comments:

Post a Comment