Tuesday, June 27, 2023

Kisah AKU n Iman's Warded @ Thomson Kota Damansara

Assalamualaikum,

As the title suggested, malam ni aku nak share satu unfortunate event yang berlaku minggu lepas kat my daughter, Iman. Hari Rabu after office hour, aku bawak Iman untuk follow up dekat Klinik Wong & Singh. Isnin tu memang kami ada datang since dia tak berapa sihat. Sekali doktor cakap yang Iman diagnosed with Bronchopneumonia dan kena refer to hospital. Cumanya dia cakap untuk malam tu boleh monitor di rumah, but esok kena pergi hospital jugak. 
Esoknya aku ambil EL, terus ke KPJ Rawang. Doktor situ pun concur benda yang sama, but sebab kat situ takde bilik kosong, so tak suggest proceed untuk consultation dengan doktor pakar.
Nak dekat sejam aku call hospital-hospital yang berdekatan tapi semuanya penuh. Kalau ada kosong pun 4-bedded. So nombor terakhir yang aku call is Thomson Hospital Kota Damansara. Why paling last? Since room rate tinggi sikit compare to others. Huhu. Kalau boleh malaslah kan nak topup. Tapi since dah takde option lain, aku pun berjaya call dan dapat confirmation bilik.
So, kami terus ke Kota Damansara dan proceed untuk admission. Alhamdulillah, proses insurans memang cepat, maybe sebab kali ni aku pakai AIA kot. Rasanya tak sampai sejam GL settled. Seronok ya, ni sakit ke tak ni?
Cuma nak menunggu bilik single-bed ready memang lama sikit, nak dekat jam 8 malam baru dapat. Iman dengan wife menunggu di emergency ward, sekali dengan masukkan ubat dalam badan.
While aku dan Fariq merayau lah kat hospital ini, tengok apa fasiliti yang ada.
Beli stok makanan sikit untuk wife malam tu.
Selepas kena cucuk..:-)
Yang abang dia ni kemain excited
Dalam jam 10 malam, aku dan Fariq bergerak pulang kerumah. Kalau ikutkan memang nak lepak sini je, tapi sebab ada budak kecik risau pulak berjangkit. 
Ada budak tak nak balik, dia ingat tidur sekali kat sana kot. Huhu
Malam tu aku pun dah tak larat nak dine-in, Fariq pun dah tidur. So aku drive thru McD je.
Belum sampai rumah dah tertidur..:-p
Hari Jumaat, aku WFH. So pagi tu meeting dulu, nasib baik Fariq pun tidur lama. Penat sangat tu. 
Seronok budak ni ponteng sekolah dua hari..:-)
Dalam jam 12.30, kami pun bergerak ke hospital untuk melawat Iman. Hantar Fariq keatas, then sambung kerja sikit dalam kereta.
Hello baby..
Malam pukul 10 kami gerak balik.
Hari Sabtu, aku dan Fariq sempat makan di restoran mamak dulu. Ada budak ni nak makan roti telur
Sampai dalam jam 1.30 petang. 
Abah pun nak bergambar jugak. Hihi
Alhamdulillah dapat discharged hari tu.
Macam biasalah selfie anak beranak sebelum meninggalkan wad sekitar jam 6 petang.
Sampai Rawang dalam jam 7 petang, kami singgah makan di D'Perahu. Tiga hari aku tak makan nasi bhai! 
Maaflah kalau makanan tu macam banyak, sebab memang aku rindu nak makan nasik. Huhu

So itu sahajalah cerita minggu lepas. Macam-macam hal. Nasib baiklah bos dan colleague sekarang ni jenis yang memahami jugak. So most of kerja pun well-covered, cuma ada beberapa area yang perlukan expertise aku je yang pending tapi tak sebanyak time aku paternity leave dululah. Itulah dia pengalaman kami di Thomson Hospital Kota Damansara. Nice hospital with an excellent facilities, friendly staffs dan juga good service. Thank you!

P/S: Esok datang lagi untuk follow up.

No comments:

Post a Comment