Sunday, October 2, 2022

Kisah AKU n Majlis Akikah Afira Sofea @ Sungai Buaya

Assalamualaikum,

Okay quick update sebelum aku nak ke satu lagi majlis hari ni. Saja update separate tak nak penuh sangat gambar satu entri. As the title suggested, pagi ni suka aku nak share event majlis akikah anak kepada my bestie, Afiq yang berlangsung di rumah family dia di Kiambangsari, Bandar Sungai Buaya. 
Sebelum kita go to main entry, nak berkongsi jugak sebuah majlis doa selamat yang dianjurkan ipar aku, Syazwan di Port Dickson hari Jumaat lepas. Dia baru saja transferred to other estates, which of course, masuk rumah baru lah. 
Majlis dihadiri staf-staf plantation dari estate Sime Darby Sua Betong, PD.
Syok ke tu duduk rumah baru Mikail?
Baiklah, ni cerita hari Sabtu pulak. Kira-kira jam 12.30 tengahari, aku dan family bergerak ke Taman Kiambangsari, just 2km from our home. Mula-mula ingat nak datang sorang je, tapi wife kata nak join. Tu yang bawak kereta jugak, kalau tak memang naik motor je.
Takde ambil gambar time makan pun. Sembang dengan member punya pasal, maklumlah lama jugak tak jumpa diorang ni. Kalau ada pun time kami buat Zoom meeting hari tu. Huhu. Ni lah kami bertiga - dua orang dah jadi laki orang. Dolah ni memilih sangat, hari tu dengar mak dia dah ada calon..:-p
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis sekitar jam 2 petang. Takpelah guys, nanti free kita lepaks. Banyak benda nak sembang ni..
Malam takde kemana pun, just keluar makan je kat Adenium. Apa kena si Fariq buat muka camtu? Kena rasuk ke? Haha
My handsome boy..:-)
My cute daughter ni pun dah masuk enam bulan minggu lepas, so dah boleh makan baby food. Okaylah kan, takdelah mulut berbuih tengok abang dia makan kat restoran. Huhu
Lepas hantar diorang balik rumah, aku ke kedai gunting rambut. Trim sikit lah jambang tu, tengok serabut je. Baru nampak macho sikit.
Sambil menunggu turn gunting rambut tu sempatlah COD seround dua game. Masih berbisa walaupun dah berbulan tak main.
32 kills in one match! Not bad untuk orang yang baru restart, tak silap my personal record 41 kills. Time tu ingat lagi main 3 vs 5. Yang 2 orang tu left match awal-awal, menang pun nyaris je 50-47.

Okaylah nak bersiap ni, ada satu lagi event aku nak attend hari ni. Nak kena gerak awal, takut jem. Event apa tu? Nantilah aku update ya. Till then, take care.

No comments:

Post a Comment