Assalamualaikum,
Sementara nak tunggu si Fariq ni tidur, rasanya eloklah aku update blog sekarang. Tengah ada masa ni baik menaip, karang tau-tau dah masuk hujung minggu baru pulak. Haha. Okaylah, seperti yang korang rakyat Malaysia pun tahu Jumaat lepas kita menyambut hari pembentukan negara Malaysia yang tercinta ini. Aku macam biasalah, takde kemana sangat balik kampung je. Tapi adalah a few cerita untuk mengisi content update malam ini.
Minggu lepas Fariq tak pergi taska, hari Khamis je dia pergi. Hari lain cuti sebab tak berapa sihat. Ada mild tonsil kat tekak. Of course lah dah kena tonsil, sudahnya demam.
Iman pun tak berapa sihat sangat, tapi sempatlah recover dapatlah datang taska Rabu dan Khamis. Untuk dua hari tu, memang akulah yang mengambil anak dara ni since wife WFH.
Hari Rabu ada majlis kecil sikit di office untuk meraikan site parking TNG yang ke-1000. Majlis dihadiri rakan-rakan from B&G Division, dan juga a members from Operation and Strategy Divisions. Acara dimulakan dengan ucapan aluan dan penghargaan from HOD, Mr CP
Ni apa benda pulak? Haha. Dapat jersi original Newcastle ni. Bos belikan sebagai tanda penghargaan atas achievement kami. Elok beli yang takde sponsor, sebab katanya takut aku tak pakai since sponsor tu syarikat gambling, Fun88.
Hari Khamis aku dan wife WFH. Lepas office hour, kami bersiap dan terus ke taska untuk ambil anak-anak. Seperti yang dirancang kami balik Melaka petang tu jugak. Tapi telahan aku meleset, memang jem gila hari tu. Aku gerak dari Sungai Buaya pukul 6.30 petang, sampai Serkam jam 11.30 malam!
Hari Jumaat tu aku takde buat apa sangat, maklumlah cuti. Cuma petang tu kami kerumah ipar aku yang baru siap. Kira-kira 100 meter dari rumah mertua. Diorang buat rumah ni tak silap aku dari awal tahun, laa ni barulah siap masuk perabot segala bagai. Kira macam rumah singgah lah ni bila balik hujung minggu.
Datang sini pun naik motor letrik je, lalu ikut jalan dalam. Tahu-tahu dah sampai.
Amboi budak ni, sampai je tidur. Maybe lena time naik motor kot.
Haa yang ni tak payah cerita lah. Bukan main excited jumpa sepupu.
Kira cam ada housewarming lah petang tu. Ada minum petang yang disediakan hos, makan sambil berpiknik dia pondok depan rumah diorang ni.Syok la main basikal, kawasan punya luas. Cuma berbatu sikit, payah budak nak mengayuh. Huhu
Malam seperti biasa, menunaikan solat Maghrib dan Isyak disini sementara nak menunggu surau depan rumah tu siap akhir tahun ni.
Malam hari Jumaat tu aku tak dinner kat luar pun, banyak kedai tutup. Tengok bebudak ni main. Memang nak kena monitor takut bergaduh rebut mainan je.,:-p
Pagi Sabtu sekitar jam 9 pagi, kami sekeluarga ditemani adik wife pergi beriadah di Pantai Siring. Fariq nak main istana pasir, so kita layankan je lah.
Maryam je yang join hari tu sebab kebetulan semalam dia tidur dengan kami, Hasan pulak ikut parents dia balik rumah baru. Huhu. Tu yang tak dan nak join.
Ni nak nangis ke nak gelak?
Okay since ada makcik-makcik diorang tengok, so aku breakfast dulu lah ye.
Sambung main lagi walaupun matahari dah naik tinggi. Cepatlah anak-anak, pukul 11 dah ni.
Selfie dulu. Abang Fariq tak join, leka sangat main pasir..:-)
Petang lepas Zohor, aku dan Zed sempat menghadiri sebuah majlis akikah. After settle, kami ke Alai cari port basuh kereta. Punyalah banyak pasir, semak mata aku tengok. Haha
Petang cam biasalah. Tak payah explain lagi kot.
Malam tu lepas solat, sempat menyinggah warung makcik depan rumah nak pekena Mee Bandung Muar dia yang marvelous tu. Tengah sedap menyembang dengan si Zed tu, tiba-tiba budak-budak semua datang pulak. Haha, terpaksalah sembang in English while order extra roti canai dan milo untuk deme.
Ni pun join jugak malam tu. Makan suku je, selebihnya abah yang habiskan..:-p
Pagi Ahad sekitar jam 11.30 pagi, kami sekeluarga bergerak pulak ke Rawang. Trafik sesak bhai, aku sampai rumah pukul 3.30 petang jugak. Minggu ni memang betul-betul orang berjalan, maklumlah cuti tiga hari. Buat pulak event Hari Malaysia tu berlangsung di Melaka. Memang A+ lah jem dia. Hahaa~
Okaylah, Fariq pun dah nak tidur. Ngam-ngam je. Aku pun kena tidur awal ni, esok ada meeting kat Bank Negara. Semoga berjumpa dilain entri, till then take care guys.
P/S: Draw pulak Newcastle dengan Bournemouth semalam. Possession 73%, shot attempted 23 pun tak boleh menang. Tu lah namanya takde luck. It's okay, panjang lagi liga. Ada 30 games lagi to play. Kayuh pelan-pelan, bersyukur lah sikit ada improvement. Tak ingat ke tahun lepas it took us 14 games untuk dapat our first win.
No comments:
Post a Comment