Monday, September 12, 2022

Kisah AKU n Sepetang @ IOI Putrajaya

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, aku dan family spend our weekend di Putrajaya. Walaupun aku tak berada didalam keadaan fit a.k.a cirit birit, tapi gagahkan jugaklah sebab dah janji dengan Fariq nak bawak dia ke Fun Escapade event anjuran Astro yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya.

Kami gerak dalam jam 12 tengahari, seperti yang dijangka jalan memang jem hujung minggu di Kuala Lumpur, buat pulak perut memulas. Singgah membuang sekejap di Petron Sungai Besi sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Haha. Si Iman ni sampai-sampai dah menguap.

Pukul 1.15 sampai jugak kami kesini. Banyak dah berubah mall ni, last aku pergi dulu tahun 2016. Seingat aku time tu ada meeting kat LLM, then keluar dengan si Faiz JMB tu.  Bukan selalu pergi mall besar-besar ni. Bukan apa, kekadang besar sangat pun tak tau apa nak cari. 

Fariq sebelum dia running tantrum. Haha. Phew, pening nak menghandlenya

Destinasi pertama ialah Kidzoona & Molly Fantasy, ingat nak bawak budak-budak ni main playground. Tapi mak ai punyalah ramai umat kat sini. Aku rasa padat jugak playground tu. Sudahnya main arked je, takpelah Fariq next time kita pergi AEON je lah, situ pun ada jugak.

Huhu. Adik Iman pun nak join jugak abang Fariq. Karang adik tarik rambut baru tau.

Fokus muka tu...:-p

Ni lah game yang berilmiah pun. Ala-ala melawat zoo, nanti adalah educational video pasal haiwan

Game tembak itik, melatih fokus dan kecekapan minda anak-anak.

Haa, yang ni abah dia je yang main lebih.

Selfie sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Memang besar betul mall ni, nak cari tempat duduk pun susah. Ni lah masalah mall yang ada kat Malaysia, adalah secoet bangku yang ada. Confirm-confirmlah penuh.

Next stop kami di Brand's Outlet. Wife baru dapat bonus hari tu, katanya nak belanja suami dan anak-anak beli baju baru.

Tewas jugak budak seketul ni. Huhu

Yang si abang ni dari awal dok usung mainan Spiderman. 

Okay shopping pun dah, then kami pun pergilah ke main event semalam.

Fun Escapade Astro 2022 yang menampilkan watak-watak kartun kegemaran ramai seperti Didi & Friends, Omar Hana, Pinkfong, Upin-Ipin dan banyak lagi.

Kat sini ada jualan merchandise kartun-kartun yang aku mentioned tadi, tayangan video, sesi bergambar dan aktiviti beramah mesra.

Beli barang sikit buat kenangan.

Bukan main seronok lagi Iman tengok Pinkfong..:-)

Fariq bergambar bersama Didi & Friends. Ingat nak ambil gambar Fariq naik belon panas tu, tapi ada budak pulak tak mau keluar. Mak bapak pun mainlah peranan sikit, orang lain pun nak bergambar jugak. Pfft

Our next and final stop sudah tentunya makan. Walaupun kat sini punya banyak restoran yang ada ranging from Korean, Japanese, Malay, Western foods, wife suggest makan kat Kenny Rogers Roasters. Play safe katanya, takut makan kat restoran lain Fariq tak nak pulak since kat KRR ni confirm favourite place anak aku tu..:-)

Sambung tidur, dah dapat susu.

Alhamdulillah, banyak dah Fariq makan sekarang. Dulu punyalah payah nak makan.

Ni apa kes pulak sampai terduduk dalam stroller. Okaylah nak dijadikan cerita, lepas makan dalam jam 6 petang tu kami pun ready nak bergerak pulang. Tetiba aku boleh terlupa park kereta kat mana (maybe contributed by keadaan aku yang tak berapa fit semalam). Korang yang pernah datang IOI Putrajaya ni tahulah kan parking area dia punyalah luas. Aku pulak memang totally hilang ingatan, memang tak ingat kat zon mana aku park kereta, much worst langsung tak ingat landmark or kedai mana time mula-mula sampai. 1 jam setengah bhai dok mencari macam orang gila, siap mintak wife dan anak-anak naik minum dulu. Last-last wife ajak ke surau, solat Maghrib dulu. Time tu barulah satu-satu ingatan aku ni datang balik - rupa-rupanya, time sampai aku naik escalator yang ada banyak mesin ATM (West-zone), bukannya Lotus (East-zone). Maknanya yang 1 jam aku dok melilau tu cari di zon yang salah. Huhu

Masuk kereta dengan penuh syukur. Tu Allah nak bagitau, bila sesat carilah Dia. Saja buat thumbs down. Haha. Sebenarnya mall ni okay, cuma peringatan untuk aku bila datang mall besar camni time parking kereta tu snap je lah gambar the nearest tiang dan juga earliest shop yang kita jumpa. Kan mudah. Huhu

Ikut plan asal, nak ke melawat Putrajaya. Dah semuanya letih, sudahnya balik rumah je. Fariq pulak tak masuk SKVE lagi dah terbungkang tidur. Sampai rumah semuanya tidur jugak.

Pagi Ahad tu hujan renyai, tapi ada budak kecik sorang ni nak mandi kolam jugak. Layankan je lah.

Petang seperti biasa kami ke Lotus @ Bukit Beruntung, restock barang dapur dan juga keperluan anak-anak. Saja pakai baju baru, wife kata macam Oppa lah pakai baju camni, nampak muda. Huhu

Malam minggu ni takde bola. So dihabiskan dengan sesi membaca buku-buku yang dibeli kat Fun Escapade tu. Okaylah, mau jugak diorang dengar abah diorang bercerita. Biasa dengar sembang kari je. Huhu

Alright, itu sahaja cerita. Adakah aku bertaubat dah tak nak pergi mall besar-besar camni? Well, aku personally lagi gemar pergi mid-size mall yang lengkap such as our AEON Anggun City yang ada cinema, pusat karaoke, restoran dan a generous number of shops untuk bershopping. Of course, parking pun tak susah. Kalau tak dapat park dalam, park dekat area Anggun City tu pun boleh since just a walking distance. Tapi tu lah, experience-wise kena jugaklah datang mall yang mega camni takdelah katak bawah tempurung sangat. Haha. Okaylah, aku nak tengok HOTD episode 4 ni. Semoga berjumpa dilain entri. Ciao.

P/S: Postponed pulak match EPL. Lama pulak tu

No comments:

Post a Comment