Assalamualaikum,
Sementara nak menunggu final episode House of the Dragon ni, eloklah aku menaip dulu entri berkenaan cuti Deepavali tahun ni. Seperti tahun lepas, aku dan family spend our holiday di kampung halaman isteri.
Biasanya kami akan balik malam, tapi kali ni banyak pulak benda nak buat. Mendobi pun habis pukul 11, so seawal 7 pagi hari Sabtu kami dah bergerak. Memang jem jalan pagi tu, nak dekat pukul 11 jugak sampai Serkam. Sampai-sampai memang cuaca panas betul. Maklumlah jarang balik pagi, biasa sampai je gelap..:-p
Bila nak siap ni? Senang sikit nanti pergi surau jalan kaki je. Sekarang ni nak kena start kereta segala bagai. Huhu
Petang hujan bukan main lebat lagi sampailah kemalam. Solat pun berjemaah kat rumah je.
Hari Ahad kami sekeluarga ke Pulau Besar, ada majlis anjuran masjid kat sana. Naik bot from Jeti Anjung Batu dalam pukul 10 pagi.
Macam takut naik not je Fariq ni. Huhu
Sorry terinterframe, asal abah nak ambil gambar berdua dengan pakcik tu..:-p
Selamat mendarat. Sempatlah tengok qasidah dalam setengah jam before turun semula ke pantai untuk sesi piknik.
Aku tak join mandi pun, tak bawak baju spare.
Fewitt, tongek tu. Haha
A few light food sebagai bekalan piknik.
Main korek pasir je..:-P
Iman tak boleh main pasir ke abah? Hii
Since tak boleh main, tido je lah. Huhu
Main air sampai surut.
Settle piknik around jam 12.30, dah bersih semuanya.
Then bersiap untuk menunaikan solat Zohor dan makan tengahari. Makan apa? Dah semestinya the famous Kari Kambing Pulau Besar
Dalam jam 2 petang, kami sekeluarga dah ready tunggu bot yang akan membawa kami pulang ke Jeti Anjung Batu.
Ada delay sikit, sempatlah lepak dekat playground berhampiran jeti.
Excited Iman dapat main kuda ni..:-)
Okay, bot dah sampai. Moh le kita, hari pun semacam nak hujan je.
Agak bumpy jugak bot time nak balik hari tu. Jangan terbalik sudah, dah la sorang pun tak pakai life jacket. Haha. Sampai rumah dalam jam 3 petang, sempatlah tidur sejam dua.
Petang tu pergi rumah ipar yang baru siap hari tu. Ni lah first time aku bawak motor letrik. Kekok beb!
Main badminton plus sesi minum petang. Elok buat satu outdoor badminton court depan rumah diorang ni, ipar pun handal-handal jugak main badminton. Huhu
Malam tu seperti biasa aku ke masjid, had some Mee Bandung di Serkam Darat sambil layan EPL match diantara Newcastle menentang Spurs. Game yang seimbang tapi ternyata anak buah Eddie Howe lebih handal. Spurs 1, Newcastle 2. HWTL!
Pagi Isnin seperti yang dirancang kami pun bergerak pulang. Awal jugak dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Jalan pun clear, aku memang duduk lane kiri je dari Ayer Keroh sampailah Sungai Besi. Huhu
Sampai rumah jam 11.30 pagi after menyinggah isi minyak dan tapau lunch kat R&R Rawang.
So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada rakan-rakan beragama Hindu, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua.
P/S: Newcastle sekarang nombor 4 liga. Itupun without our key player such as ASM dan Isak, hopefully dua orang ni boleh recover dan strengthen our attacking forces.
No comments:
Post a Comment