Assalamualaikum,
Salam Maulidur Rasul semua. Malam ni aku berkenan nak update cerita Isnin baru-baru ni time cuti Maulidur Rasul 2022. Unlike tahun lepas kami balik Melaka, tahun ni duduk Rawang je sebab kebetulan ada birthday celebration wife hujung minggu lepas. Plus, aku pulak memang tengah pack dengan kerja sekarang. Okaylah quick update sahaja pagi ni.
Hari Isnin tanggal 10 Oktober 2022, umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul bagi menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Walaupun ada perbezaan pendapat, tapi sambutan ni tak salah kita raikan untuk menyatakan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar kepada Nabi Muhammad SAW..:-)
Haha, berselfie dengan baju TNG Sports Day 2022. Hari Sabtu lepas ada dua event anjuran Touch 'n Go - pagi ada hari sukan, while malam ada Annual Dinner. Tapi keadaan tak mengizinkan, aku tak recover lagi from cirit birit. Event pulak kat Setia Alam, memang aku pun tak berani ambil risiko pergi pun, karang terkincit pulak time main sukaneka tu. Haha
Pagi Isnin tu aku spend masa dengan si Fariq ni dengan aktiviti cuci kereta. Asalnya tengokkan budak ni mandi je. Tapi tengok kereta pun berdebu, tu yang basuh sekali.Yang sorang ni duduk je lah dalam tu, since ibu dia tengah buat breakfast. Nasib baik elok diam. Huhu
Okaylah ada bonding event camni, walaupun sikecik ni tak menyabar nak tembak air even time aku tak habis lap lagi. Haha
Dah settle, kita chill dulu pekena breakfast sambil menikmati udara pagi Maulidur Rasul ni. HuhuLepas tu kami ada buat makeover rumah sikit. Wife decide nak transfer furniture yang ada kat family hall tengah ni dan bawak kat atas. So tinggalkan meja ni je untuk jadi ruang makan untuk anak-anak. TV yang ada kat sini pun bukan ada function sangat.
Mini library yang ada kat family hall tingkat dua ni aku transfer ke my study room, so that ruang ni boleh utilized for perabot kat bawah tadi. Sudahnya jadilah tempat lepak-lepak before masuk tidur..:-)
Aiseh budak-budak ni nak tengok Lion King pulak. Aku baru nak pekena FIFA jap..:-p
Lepas tu semua ketiduran, satu hari buat kerja punya pasal. Huhu. Petang dalam jam 6 kami sekeluarga ke Bukit Sentosa untuk restock barang keperluan anak-anak dan juga tapau makan malam.Baiklah, itu sahaja lah cerita aku nak update pagi ni. Hujung minggu ni takde plan lagi nak kemana, maybe menyinggah rumah ayah kot dah seminggu tak jumpa. Along pun katanya takde plan nak balik Rawang lagi. Alright, sementara nak tunggu Subuh ni eloklah kiranya aku main Warband sekejap. Kalau tidur karang hanyut pulak.
No comments:
Post a Comment