Sunday, October 31, 2021

Kisah AKU n Mini Reunion @ MTD

Assalamualaikum,

Selamat malam semua, hari ni aku ingat nak update cerita minggu lepas dimana aku sempat berjumpa dengan ex-colleague di MTD dan melawat ofis lama.
Minggu lepas turn aku bekerja di office. Nak dijadikan cerita, last Thursday aku ada meeting di area Gombak. Since meeting agak petang, aku dan bos decided gerak asing so that boleh terus balik. Buat pulak Ija masuk office hari tu memang elok sangatlah. Pukul 12.30 aku dah gerak kesana, ingat nak menyinggah office lama di Menara MTD jumpa member-member yang ada lagi. Boleh lah lunch sekali.
Sampai MTD jam 1 petang, lepak dulu kat waiting area level 6 ni. Macam rasa menunggu nak interview kerja pulak. Haha. Untuk pengetahuan, before masuk Touch 'n Go, aku sempat berkhidmat di MTD/Quatriz selama empat tahun. Sepanjang 4 tahun tu, seingatnya dua tahun jugak aku based kat Batu Caves
Ingat dulu before balik rumah mesti tengok trafik MRR2 dari atas ni. Huhu
Greeted by my ex-colleagues yang bekerja di Human Capital - Badri dan Ijam.
Kami lunch dekat favorite spot budak-budak MTD, Restoran Amral. Apa yang boek sampai jadi hotspot ni?
Of course lah Briyani Ayam yang super delicious ni. Alang-alang dah datang apa salahnya lepak sini.
Lepas makan aku hantar diorang balik, time tu baru teringat nak pick up semula lawn bowls set yang terperuk dalam stor sukan. Rasanya last kami main boling padang lima tahun lepas time Sukan KKR 2016.
Dah lama tak selfie kat dalam lif ni. Huhu.
Bye-bye old friend. Ada masa kita ketemu lagi.
Around 2.30pm, I left Menara MTD dan bergerak ke venue meeting. Pukul 4.30 habis terus ke Rawang nak pickup wife.
Pastu ambil Fariq pulak kat taska.
Had our early dinner at Biri-Biri Cafe before balik rumah.
Jumaat di Bangsar South. Minggu ni nyaris-nyaris je tak dapat tempat nak solat Jumaat, dapat duduk kat koridor ni pun okay dah.
Cerita hujung minggu takde apa sangat. Malam Sabtu layan EPL dan Piala Malaysia yang berkesudahan Newcastle suffered another heavy defeat against rank 1, Chelsea. Nasib baiklah Selangor menang besar lawan Kuching FC. Terubat lah sedih sikit. Huhu
Pagi Ahad plannya nak bawak family breakfast di Ganu Cafe again dan keluar untuk tuang minyak Myvi tu. Sampai sana boleh tutup pulak, then wife tanya nak pergi mana aku pun berseloroh kata nak breakfast kat Kuala Selangor.
Which is aku memang bawak sampai kesana. Ingat lepas breakfast bolehlah bersiar-siar kat Bukit Melawati. Sekali tutup pulak laluan kereta, kira kena park kat bawah then berjalan sampai keatas sana. Haha. Memang taklah chor, kalau ada sport shoes mau jugaklah. 
Last-last kami had our breakfast je di Restoran Pantimor yang terletak di kaki Bukit Melawati ni. Nasib baiklah makanan kat sini A+. So takdelah kecewa sangat. Huhu
Dah tempat nak pergi pun tutup, sudahnya balik rumah je lah. Haha. Tapi Fariq tu pun dah mengantuk, tambah pulak hujan memang belum masuk LATAR dah tidur sikecik tu..:-p

Itu je lah cerita reunion aku bersama rakan seperjuangan di MTD dulu, kalau tanya memang rindu beb dengan diorang. But hidup mesti diteruskan. Yang cerita lama tu biarlah jadi ingatan, kita mestilah sentiasa pandang kehadapan. Of courselah, dalam hidup kita mesti sentiasa bersedia untuk buat keputusan. Leaving MTD merupakan keputusan yang aku buat. It's not easy but ianya perlu untuk my career progression.

P/S: Bila lah Newcastle nak dapat Manager baru ni. Owner baru dah ada. Huhu

Wednesday, October 27, 2021

Kisah AKU n Breakfast @ Ganu Cafe Sungai Buloh

Assalamualaikum,

Awal sikit update minggu ni, tengahkan on PC ni kita taip je lah entri untuk last week event. Of course nama topik pasal breakfast, tapi main contentnya benda lain. Tak tau nak fikir title apa nak taruk. Haha
Minggu lepas aku bekerja dari rumah. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. So far, belum missed lagi sekarang.
Pagi Sabtu seperti yang dirancang, aku dan family bersama ayah menyinggah breakfast di sebuah restoran yang menjadi favourite wife time dia bekerja di Sungai Buloh dulu. Ganu Cafe namanya, of course aku pun rindu jugak nak makan kat restoran ni. Maklumlah, dulu hantar ambil wife Ija memang lepak kat sini je. Teringat dulu lepas breakfast lepak dulu sambil buat report RFID yang nak kena hantar awal pagi sampai owner kedai pun dah tahu rutin aku. Huhu
So apa yang menarik kat sini? Of course lah Nasi Lemak Ayam Goreng diorang yang berlemak dan rangup. Menu breakfast tak banyak kat sini, selain Nasi Lemak ada jugak Nasi Dagang, Bihun dan Nasi Goreng. Tapi dibuat dalam kuantiti yang banyak to cater pengunjung yang datang, rata-ratanya dari kawasan Sungai Buloh tu.
Bila sampai sini jangan lupa try Cekodok yang marvelous ni. Memang A+, confirm korang tapau punya sebab memang sedap.
Selain datang time hantar pick up wife, kami sekeluarga jugak selalu singgah time nak balik kampung Melaka. Nak breakfast kat R&R Sungai Buloh dah tak syok, nak breakfast kat R&R Nilai pulak selalu penuh. So, memang Ganu Cafe ni perfect location untuk mengisi perut before long journey. Tapi tu cerita sebelum MCO dulu lah.
Big boss pun ada jugak join hari Sabtu. Ayah pun selalu ikut makan sini jugak. Sekali-sekala orang Sungai Buaya cari breakfast kat Sungai Buloh apalah salahnya. Haha
Untuk siapa-siapa yang nak try datang, boleh GMap je Ganu Cafe yang terletak berdekatan The Lightbox Sungai Buloh. 
Lepas makan, kami ke Rawang. Nak bawak si kecik ni ke klinik nak ambil ubat gatal. Tak tahu sebab apa nyamuk suka sangat kat budak ni. Haha
Lama tak drive masuk Bandar Rawang ni. 
Then menyinggah Parkson Rawang @ Wisma Etonic. Ni tempat lepak zaman sekolah menengah dulu. Before masuk tuisyen, datang sini cari PC game. Huhu. Saja bawak Ija mai sini sebab aku cakap mall ni simple gila. Kira kalau nak shopping tu tak payah risau melencong..:-p
Memang kat sini ada Parkson Ria, D.I.Y dan Guardian je. Banyak flagstore dah berpindah, even restoran, bakery, kedai phone, game & CD store pun dah tak wujud. Dulu ada jugak Station Kopitiam untuk lepak after shopping, sekarang ni dah closed operation. Sedih jugak, kenangan dulu ni. Sobs
Haha, saja tayang baru custom aku ni. The real Lord Fredrik Reyne - the Red Lion of Castamere..:-p
Kami sampai Sungai Buaya around jam 2 petang, rehat kat rumah dulu before datang melawat rumah ayah sekitar pukul 6. Kakak aku baru sampai dari Port Dickson katanya. Surprise lah konon sis ni, dulu kata acah tak nak balik dulu. Pfft
Malam tu kami tidur sana. Boleh lah dua orang ni main sama-sama.
Layan marathon Senario bersama family. Fariq pun join jugak. Hihi
Tidur time, tapi aku belum mau tidur lagi since ada game Newcastle malam tu yang berkesudahan seri 1-1 menentang Crystal Palace. Okaylah dapat satu mata away.
Sunday morning bebudak ni dimulai dengan mandi kolam yang aku bawak. Yang ni sedap sikit nak berendam, quite spacious untuk bapak-bapak budak. Haha
Air pun boleh tuang banyak so that pelampung tu boleh float macam gambar si Mikhail ni.
Dulu kat Melaka tak boleh nak join mandi since ipar semua perempuan. Huhu. Kat sini apa ada hal, join sekaki jugaklah.
Nampak tu, memang luas kan sampai aku dengan Syazwan boleh muat sekali.
Lepas tu ada sesi discussion untuk family holiday pertengahan November depan. Sebenarnya dah lama plan dulu cuma tak dapat nak execute since MCO. Laa ni dah boleh rentas negeri, memang kita on je lah tuan-tuan..:-)
Tengahari mendobi since kehujanan. Bawak sekali bro Syazwan ngeteh kat Mamak dengan ayah. Tu yang aku cakap kat Dolah, time mendobi lah chance nak lepak paling tinggi untuk husband yang belum tahap mahaguru lagi. Hihi
Malam tu after solat Isyak, Along dan keluarga pulang ke Port Dickson. Ingat nak balik esok katanya tapi tak jadi since ada hal.

Alright, that's all je lah cerita malam ni. Untuk korang yang datang semata-mata untuk gather info pasal Ganu Cafe maaflah ye, takde perincian sangat pasal waktu operasi, menu dan sebagainya. Tapi boleh klik link Facebook diorang ni untuk dapatkan info yang terkini. 

Thursday, October 21, 2021

Kisah AKU n Cuti Maulidur Rasul 2021

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul semua. Malam ni aku berkenan nak update cerita hujung minggu aku dan family di kampung halaman wife. Akhirnya setelah hampir setahun, dapat jugak kami pulang ke Melaka, berjumpa dengan keluarga tercinta.
Seperti biasa, cerita minggu lepas pun nak menyelit jugak. FYI, aku dah start masuk office in a rotation basis setakat ni. Rutin harian biasanya hantar Fariq ke taska dulu around jam 8 pagi.
Jalan pun dah start penuh sekarang. Tak jem tapi trafik quite tinggi.
Sampai Bangsar South sekitar jam 8.45.
Snap selfie dulu. First day pakai smart-smart sikit. Masuk hari kedua t-shirt je. Haha
Eh tak, hari kedua pun smart jugak. Ni pun sebab ada meeting dengan client, biasalah bos dah resigned. So ni masanya dia nak introduce aku dekat clienteles.
Wife yang ambil Fariq from taska since aku memang tak sempat. Masuk office ni memang lupakanlah hasrat nak balik awal. 
If degil jugak nak balik jam 6 petang, ni lah jadinya. Haha. Terpaksa balik awal sebab dah janji dengan wife nak pergi farmasi.
Berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid ar-Rahah.
Sabtu pagi seperti yang dirancang, aku dan family memulakan perjalanan pulang ke Melaka. Alhamdulillah, jalan memang clear hari tu. Maybe orang tak ramai nak balik kot minggu ni, tapi pelik jugak, cuti panjang kot. Takkan tak nak balik?
Haha, budak ni. Ada je buat muka tak boleh blah time ambil gambar. Kami selamat sampai jam 10.30 pagi, cuaca panas kat sini. Habislah berkicap aku. Huhu
Petang tu open pool Fariq, sepupu dia pun ada sekali. Boleh lah mandi sama-sama.
Sabar menunggu nak ngepam pool ni. Ambil masa jugak, tu baru pam. Belum campur nak penuhkan air lagi. 
Mandilah korang puas-puas. Haha
Ibu ayah selfie jelah. Nak join berendam, segan pulak. Huhu
Since surau depan rumah under renovation, aku dan Zedd solat Maghrib di Masjid ar-Rahman Pulai. Lepastu macam biasalah ngeteh, menyembang pasal kerja. Bila dah bawak kereta ni memang jauh sikit lah kami melepak sampai ke depan Poli Merlimau tu. Tapi don't worry lah, bukan nak cuci mata ye. Dah kat situ je ada restoran mamak. Haha
Ahad satu hari hujan, dari jam 10 pagi nak ke 2 petang.
Memang main dalam rumah je lah hari tu bebudak tiga orang ni.
Haha, macam-macam..:-p
Hari Isnin aku memang dah ambil cuti. Bawak Fariq dan sepupu, serta makcik-makcik diorang ke Pantai Siring. Just a few KM from rumah.
Kat sini berendam air laut Selat Melaka. Bergambar kenangan bersama wife berlatarbelakangkan Pulau Besar.
Haha, ada budak takut air.
Main pasir je hari tu.
Last-last paksa jugak, buat pulak tengok sepupu yang lain semua happy berendam.
Berselfie satu family before bergerak pulang.
Before balik, singgah mengopi dulu. Kesian budak-budak dah menggigil sejuk..:-p
Malam tu, kami ke Masjid ar-Rahman Pulai untuk sambutan malam Maulidur Rasul. Event yang dipenuhi dengan ceramah dan berzanji ni tamat around jam 9.30 malam jugak.
Hari Selasa sekitar pukul 11, kami bergerak pulang ke Rawang. Selfie dulu sebelum memulakan perjalanan sejauh 230km.
Kali ni follow Zed, dia kata nak tunjuk jalan lain. FYI, bila balik Merlimau ni aku akan masuk from Tol Jasin. Diorang kata buat habis minyak sebab pusing agak jauh jugak which aku setujulah. Ada reason kenapa aku lalu jalan tu, walaupun jauh sikit tapi agak straight forward dan tak banyak traffic light. Jalan yang bro ni tunjuk boleh tahan banyak simpang dan lampu jalan jugak. Huhu
Sampai rumah jam 3 petang after menyinggah isi minyak dan tapau lunch kat R&R Rawang. Balik rumah semua ketiduran. 

Baiklah, itu sahaja lah cerita aku nak update malam ni setelah hampir seminggu tak on my personal laptop ni. Minggu ni takde plan lagi nak kemana, maybe menyinggah rumah ayah kot. Along pun katanya takde plan nak balik Rawang lagi. Alright, since malam pun masih muda. Jom lah seround dua Bannerlord, minggu ni untuk info aku tak masuk office. Huhu

P/S: Steve Bruce sah telah meninggalkan Newcastle United by mutual consent. Sekarang Graeme Jones jadi caretaker until new manager/head coach datang. Next game versus Crystal Palace. Let's play some good football and grab our first win. Amin