Assalamualaikum,
Hari ini tanggal 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadhan 1442 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2021!Untuk Ramadhan kali ni, aku berada didalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, masih lagi didalam workforce dan memasuki tahun keenam aku berpuasa sebagai seorang yang berkerjaya. Seperti tahun sebelumnya aku kerja dari rumah, cuma ada kekadang tu kena datang office untuk meeting penting, internal testing etc.
Tahun 2021 merupakan Ramadhan kedua aku yang disambut bersama anak dan isteri.
Eh pergi mana malam-malam ni?
Unlike tahun lepas, Ramadhan kali ni aku berpeluang menunaikan Terawih di Surau Mawarsari ni. Alhamdulillah. Dah tak payah jadi Imam macam tahun lepas. Haha. Lepas solat memang terus balik rumah je, malas lah nak bermoreh tahun ni. Tiba-tiba polis datang ke, dah melayang 10k..:-p
Wife kata si Fariq ni nangis tak dapat ikut ayah dia pergi surau. Bukan tak nak bawak, tapi Sultan Selangor dah bagi amanat, karang Sultan murka habislah kita kena buang negeri. Huu
Hari pertama Ramadhan tadi disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga datang balik kampung..:-)
Menutup entri pertama Ramadhan 2021 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.
No comments:
Post a Comment