Friday, April 23, 2021

Kisah AKU n Ramadhan 2021 - Wk1

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-12 umat Islam menunaikan ibadah puasa, walaupun masih dalam CMCO. Tahun ni dapat jugaklah keluar buat aktiviti berbanding Ramadhan tahun lepas. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2021 ni.
Last Saturday, kami sekeluarga start berkampung di rumah ayah sebab sekarang ni rumah aku dalam proses minor renovation sikit. 
Seronoklah Fariq duduk lama kat kampung, sekarang ni pun aku masih lagi stay kat sini. Dijangka siap Ahad ni kalau ikut schedule lah.
Fariq pergi taska macam biasa, cuma aku akan pick up awal sikit.
Tahun ni dah boleh Terawih kat surau. Alhamdulillah, setakat ni belum miss lagi solat berjemaah dengan jiran tetangga.
Kekadang kalau tak ngantuk, join lah sekali moreh pekena kopi O. Tapi sekejap je lah, karang tiba-tiba polis datang tak pasal kena kompaun.
Lepas moreh, around jam 10 malam tu aku dan ayah biasanya menyinggah rimah aku jap. Kemas apa yang patut, at least nanti cepat sikit kontraktor tu buat kerja. Renovation apa bro? Aku plan nak cat satu rumah dari atas, bawah, depan, belakang dan juga install toilet bowl dan sinki baru. 
Sebelum balik rumah, layan PS3 dulu seba balik rumah confirm tidur punya. Haha

That's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2021 aku. Let us pray yang wabak Covid-19 ni berkurang dari semasa ke semasa, sebab tengok trend naik balik, almost 2k kes sehari. Memang quite alarming jugak.

P/S: Both Newcastle dan Selangor menang 3-2 against their opponent. Great job guys!

No comments:

Post a Comment