Tuesday, April 13, 2021

Kisah AKU n Happy Birthday Mak Ayah

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari pertama Ramadhan bagi tahun 2021 ni. Cuma entri ni aku belum nak cerita pasal bulan puasa, tapi more to family event pada minggu terakhir sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa. Event apa? Kalau hari tu celebrate birthday Along dan Adik, kali ni kita sambut birthday mak ayah pulak. Diorang berempat ni semua dekat-dekat, aku je yang tercampak bulan November. Huhu

Sabtu lepas aku dan keluarga berkumpul, tapi kali ni family Along takdelah join sebab tak boleh nak rentas negeri. Kami pergi celebrate di AEON Rawang je hari tu, ingat nak pergi Melawati Mall tapi keluar pun agak lewat, karang belum sampai lagi si Fariq tu dah tidur. 

Before makan, kami split dulu. Mak ayah bershopping kat Daiso, adik rasanya pergi tengok game PS4 baru, aku dan family pulak pergi Molly Fantasy. Saja nak bawak Fariq main game arked before puasa ni..:-)

Yang ni bukan produk anti-bakteria ye. Haha
Selfie seround, fokus Fariq driving tu.
Sekarang takpe lagi senyum time Fariq drive, nanti besar time ajar bawak kereta betul-betul cubalah tanya ibu macam mana rasanya belajar drive dengan ayah. Haha
Naik bot pulak.
Kat rumah suka sangat bergendang, haa ketuk la puas-puas..:-)
Mengenal bunyi-bunyi haiwan.
Okay, turn ayah pulak nak enjoy satu dua game. Hihi
Menunggu masuk waktu Maghrib, elok solat dulu before makan.
Belanja brader ni FIFA21 sempena birthday dia last week. 
Makan malam di Mee Tarik Warisan Asli. Ingat nak dinner kat JM Bariani, dah tutup rupanya. Mungkin sebab Covid-19 ni kot. Sewa besar, customer pulak tak seramai time normal day. Tu yang lingkup, or berpindah ke tempat lain kot.
Mee Tarik pun on je, ni pun favourite lunch aku time kerja AlloyMTD kat Batu Caves dulu.
Sebelum balik singgah Popular, nak cari a few books untuk Fariq.
Haha, jumpa jugak buku ni - Fire & Blood karangan George R.R Martin, if korang peminat Game of Thrones macam aku, memang korang akan familiar dengan buku ni. Tahun depan ada prequel GoT - House of Dragon yang berkisar cerita 300 tahun sebelum event GoT. So, inilah buku dia. 719 pages yang menceritakan latar belakang the famous Targaryen dynasty and event seperti Aegon's Conquest of Westeros, Dance of the Dragon dan banyak lagi. A totally must read book for me!
Sampai rumah, layan bola Selangor lawan Perak. Menang 3-1, okaylah tu. Lagi manis, esoknya game Newcastle vs Burnley, pun menang jugak. What a good weekend, huu.
Semalam mak ayah dapat kejutan dari Along yang hire surprise planner untuk hari jadi diorang. Rider datang bawak jambangan bunga, berserta kek dan coklat. Memang suasana penuh emosi lah, cuma aku takde semalam sebab kena pergi office ada UAT. 

So, itu sahaja cerita petang ni. In Sha Allah, aku akan update dan buka diari Ramadhan 2021 aku dan keluarga by this week. Till then, take care semua.

No comments:

Post a Comment