Dah nak masuk minggu ketiga Ramadhan nampaknya, kes Covid semakin bertambah dengan jayanya sekarang. 3,000 kes sehari dan konsisten dalam masa 2-3 hari ni bukanlah satu statistik yang baik bagi kita rakyat Malaysia. Terus ikut SOP dan elakkan keluar rumah jika tak perlu.
Seperti biasa, ni cerita minggu lepas. Aku masih berkampung di rumah Ayah. Buat kerja pun dekat ruang bawah. Sejuk sikit.
Fariq pun dah tak kekok dok sini..:-)
Main kat luar sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa bagi kawasan sekitar Hulu Selangor.
Alhamdulillah, masih berpeluang menunaikan solat Terawih di surau bersama jemaah yang lain.
Malam Jumaat lepas join geng Otai pekena Sup Pak Bodin kat Sg Choh. Memang terbaik Sup Kambing dia, minggu ni diorang plan nak pergi lagi. Ingat nak try Sup Rusa pulak.
Tidur time. Huhu
Dah menumpang kat sini kenalah rajinkan diri tolong memasak. Hari tu aku tambah satu lauk.
Haha, the famous Farid's Daging Masak Merah ala Thai. Tapi tak nerah pun sebab tak letak pewarna, tapi rasa memang macam makan kat kedai Siam. Huu
Sambil tu melawat progress kerja dirumah kami. Bahagian bawah dah hampir siap.
Atas pun sama jugak dah nak settle.
Bilik air yang sekarang tunggu untuk cat epoxy. Aku ingat esok In Sha Allah boleh siap, hujung minggu ni memang siap sedia untuk cuci dan kemas rumah la.
Itu lah cerita minggu kedua Ramadhan aku tahun ni. Tak berani pulak nak keluar bila tengok kes 3k, bayangkan lah wei tahun lepas kes 300 pun semua dah panik. Ni pulak tengok dah four figure tapi rakyat rilek je pergi mall, bazaar, Jalan TAR, etc. Habis-habis pun maybe beli KFC tapau makan dengan family je lah. Haha
P/S: Nasib baik lah before puasa hari tu dah beli baju raya Fariq.
No comments:
Post a Comment