Entri ni didedikasikan kepada sahabatku, Mohd Helmy Bin Sulaiman yang baru sahaja pergi meninggalkan kami semalam atas komplikasi organ dalaman. Entri ni untuk mengenang memori hidup seorang insan yang rapat dan banyak berjasa kepada aku.
Pagi semalam, sekitar jam 9.30 pagi aku dikejutkan dengan message bertalu-talu di group WhatsApp 'Bersatu Kita Warga UiTM'. Dapat message dari most probably ahli keluarga dia yang mengatakan Helmy berada di ICU. Kurang sejam lepas tu, kami terima khabar duka iaitu telah perginya Helmy meninggalkan dunia ini. Hancur hati kami bila mendengarnya, maklumlah Helmy merupakan rakan rapat kami ketika di UiTM dulu. Mari kita throwback sedikit kenangan bersama Almarhum.
May 2010 - merupakan tahun pertama aku kenal Helmy ketika kami menuntut di Fakulti Undang-Undang. Tapi time tu kenal camtu je.
Sept 2011 - bermulalah perkenalan dengan lebih rapat lagi time kami di FSPPP. Satu fakulti, satu kelas pulak tu bersama tiga orang rakan rapat kami, Joe, Yat dan Pok Jad.
Belajar sama-sama. Tak boleh dinafikan yang kami berempat memang rapat sampai kelas dari sem pertama sampailah yang terakhir. Cuma kadang aku tercampak ke group lain sebab selalu jadi rebutan jugak dulu. Haha
Kem Kesatria, kenangan hitam aku. Pfft
Join modul. Selalu jugak kitorang yang SMF ni bagi special privilege kat brother dulu.
Fast forward to 2014 - Of course, ni presentation yang akan aku ingat sampai bila-bila. Present dah baik, sekali lecturer cakap content kelaut tak kena dengan format. Nasib baiklah aku cakap kat Prof yang kitorang tak dapat format, ingatkan kena draft sendiri. Kira cam syok sendiri lah present dulu. Huhu
Main badminton sama-sama. Dari semester satu sampailah enam, memang ada je minggu yang kami akan beriadah sekali.
Makan pun sama-sama. Lepas kelas, mesti lunch sekali dekat the famous restoran Barra. Kenangan yang aku paling ingat, bila order Maggi Barra mesti dia akan sebut Maggi..senyap jap pastu nyanyi lagu Bara - Awie. Haha
Berhibur pun sama-sama. Untuk pengetahuan, Helmy ni merupakan lead bagi kumpulan nasyid Kolej Perindu yang dinamakan Sekilas. Memang sedap suara dia, mengaji dan bertaranum apatah lagi. Aku taldelah tau sangat aktiviti dia di kolej sebab aku budak NR. Tapi dari apa yang orang cakap, dia memang seorang yang banyak berjasa bagi pembangunan sahsiah dan dakwah di kolej Perindu.
Konvoi motor ke Morib. Helmy nilah yang paksa aku join, tapi memang antara kenangan terindah time belajar dulu. Ingat lagi before balik singgah makan kat rumah Ishak. Time solat Maghrib aku yang jadi Imam, elok bangun dari sujud nak tahiyat akhir ada kucing kat depan. Allah! Walaupun terkejut tapi tetap cool habiskan solat, lepastu semua berdekah gelak. Haha
Minggu exam setiap semester nilah aktivitinya. Study sama-sama, tapi bila sampai part susah. Stop jap, pekena PES2012. Pastu sampai ke sahur lah main game. Belajarnya adalah sejam dua.
Julai 2014 - Hari terakhir kami bergelar siswa UiTM sebelum membawa hala tuju masing-masing.
Mac 2015 - reunion kali pertama di Plaza Alam Sentral, kebetulan sebab Helmy datang Shah Alam. So, kami pun pakat mai sana lah.
Mac 2017 - Aku dan brothers lain menghadiri majlis perkahwinan Helmy bersama pasangannya di Johor Bahru. Hari tu jugak aku clash dengan ex dulu, seingat aku clash dekat R&R Ayer Keroh lepas makan. Bayangkan dengan celarunya jiwa time tu, tapi masih gagah lagi drive semata-mata nak tengok brother kami yang pertama melangsungkan perkahwinan. Dapat jugak nasihat dari Helmy hari tu supaya untuk next relationship tak payah bercinta, kahwin je terus.
Sept 2019 - reunion bertiga di Restoran Hakim @ Shah Alam. Ini juga merupakan kali terakhir aku dan Joe meluangkan masa bersama Helmy. Banyak benda yang kami sembang hari tu, rasanya ada tiga jam jugak menyembang malam tu. Balik pun sebab memikirkan esok nak kerja je.
Dan semalam tanggal 30 Oktober 2020, kami diberitahu yang Helmy telahpun pergi menghadap Ilahi. Biarlah aku mengarang entri ni bagi mengenang seorang sahabat yang banyak kenangannya kepada kami dan juga jasa kepada agamanya. Aku tutup entri malam ni dengan sepotong lagu Nasyid dendangan UNIC yang selalu menjadi siulan Helmy satu ketika dahulu.
"Sahabat, pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Semoga kita terus berada dibawah naunganNya"
Sahabat Sejati, UNIC.
Selamat Jalan Sahabat. Rest Well. Semoga rohmu sentiasa berada dibawah payung rahmatNya. Amin. Al-Fatihah (dibaca)
No comments:
Post a Comment