Sunday, November 1, 2020

Kisah AKU n CMCO @ Lembah Klang - Wk3

 Assalamualaikum.

Ya, minggu dah masuk minggu ketiga kita berPKPP kat Selangor ni. Nombor pun tak konsisten, sekejap naik, sekejap turun. Aku pun dah dapat perintah baru dari HR untuk sambung bekerja dari rumah sampai 9 November ni. 

Berita baiknya, wife aku pun start kerja dari rumah Isnin lepas. So inilah setup baru "pejabat" kami dirumah. Meja makan convert jadi workstation. Bila ada conference call or meeting je aku naik atas, takut nanti dengar suara Fariq menjerit pulak. Karang tak pasal orang ingat kes dera baby. Haha

Time PKP ni memang tak bergerak kereta, kalau nak pergi kedai pun pakai motor je. Kenalah panaskan enjin sekali sekala. 

Khamis, aku dan brothers pergi melawat kedai rakan kami di Bukit Sentosa. Dia nak jadi ejen RFID. So, aku pun recommend je dia buat dengan Quatriz terus since Afiq kerja kat sana. Kira senang sikitlah nak arrange.

Dolah pun join jugak, nak melepak sebenarnya. Kira minum air sambil menyelam lah ni. 

Aku tolong setup apa yang patut kat PC. Bookmark website yang penting, installkan Winscp server dan sebagainya

Aktiviti hujung minggu Fariq. Baru lepas hujan pun nak siram pokok bunga kat courtyard rumah kami..:-p

Ni design perabot senget-senget ni dah tau idea siapa. Haha. Mestilah aku. Saja nak rearrange sikit ruang tamu, at least sofa tu bolehlah limit sikit pergerakan Fariq. Suka betul dia dok memanjat tangga. Huu

Haa, senang sikit nak monitor si kecik ni..:-)

Area ruang makan pun redesign sikit. Maklumlah, ni kan jadi tempat Fariq main sambil ibu ayah dia ni bekerja. 

Okaylah guys, aku nak tengok bola ni. Newcastle lawan Everton pukul 10. Jarang game awal camni, biasanya dah dua minggu ni asyik pukul 3 pagi je. Hopefully, bolehlah menang. Draw pun takpelah.

P/S: Terima perkhabaran yang menyedihkan semalam dari Johor Bahru. Separate entry nanti ye..:-(

No comments:

Post a Comment