Minggu lepas merupakan minggu kelapan Malaysia berada didalam MCO, tak sangka dah dua bulan kita hidup dengan norma baru macam ni. Pergerakan terhad, nak keluar must always pakai mask dan sanitize your hand. Lagi tak boleh nak brain, bila Ramadhan kita tahun ni pun terpaksa dilakukan dengan norma baru juga. No bazaar, no Terawih, no Iftar with family and friends diluar, no shopping Raya. Pendek kata memang serba serbi tak kenalah. Tapi nak buat macam mana demi keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan negara, terpaksalah kita menjalaninya dengan penuh sabar.
Minggu lepas aku dah start bekerja di pejabat. Dalam MCO ni, seminggu dua kali je masuk office. Seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah untuk ke office yang terletak di Bangsar. Adalah dalam 40 minit perjalanan. Memang awkward rasanya drive pergi kerja pagi-pagi ni. Bayangkanlah, last aku drive ke office hampir sepuluh minggu yang lepas!
Dekat company baru aku masuk jam 8.30, so normally memang kalau sampai kat Kerinchi dalam pukul 7.10 tu aku tidur dulu dalam kereta. Depends kat mata jugak, kalau tak ngantuk aku terus je ke Bangsar South ni sambil menikmati pemandangan hijau ni.
Untuk minggu lepas, seperti yang dirancang aku assist team Production untuk menyediakan our RFID Starter Pack untuk launching e-store kami di Lazada dan Shoppee. Puasa tahun lepas tolong production Tag kat Quatriz, puasa tahun ni dekat Touch 'n Go pulak. Adakah ini nasib Ramadhan tahunan aku? HahaLama tak bernarsis kat toilet ni. Dulu time aku attach kat sini tahun 2016, selalu jugak curi-curi selfie. Cuma sekarang ni pakai lanyard Touch 'n Go lah pulak. Huhu
Hari Khamis aku dikejutkan dengan call dari Azhar. Katanya dia dan Aiman ada kat lobi. Rupa-rupanya bebudak ni datang nak hantar RFID tag. Adalah dalam sejam bersembang life di Quatriz tanpa Farid. Haha. Be strong guys, you guys can make it. As always..:-)
Kalau takde meeting, biasanya jam 2.30 petang aku dah gerak balik rumah. Kalau bersambung meeting, ada je jam 4.30 petang baru balik cam Khamis lepas. Jalan memang clear sebab rata-rata orang bekerja dari rumah lagi. Kalau tahun lepas, memang kalau keluar time 4.30 tu menempah jem lah gamaknya.
Haa, minggu lepas main Three Kingdoms. Minggu ni kita try Total War: Attila pulak. Mula-mula ingat nak pakai Western Roman Empire atau Roman Expedition, tapi ternampak pulak Emirates of Cordoba ni. If korang nak tau, ni lah serpihan Kerajaan Bani Umaiyah yang survive selepas kerajaan itu digulingkan Abu Abbas al-Saffah yang kemudiannya mengasaskan Kerajaan Bani Abassiyah. Muslim faction dalam Total War? Yes, please.
Itu sahaja cerita untuk minggu kelapan MCO. Minggu ni minggu terakhir Ramadhan dan kita akan menyambut bulan Syawal pulak. Tapi, Covid-19 ni punya pasal kemeriahan nak menyambut Raya tu pun kureng sikit. Cuma nak inform awal-awal, rumah aku closed for segala urusan ziarah menziarah tau kecuali bagi family terdekat sahaja. TQ.
No comments:
Post a Comment