Tuesday, May 12, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia - Wk7

Assalamualaikum,

Cerita MCO minggu ketujuh nampaknya malam ni. Tak sangka masih bekerja dirumah lagi. Korang bayangkanlah aku punya duduk rumah awal dua minggu dari MCO time nak habiskan cuti Quatriz dulu. Tapi duduk rumah pun okay je, mula kekok jugak tapi sekarang dah fully adapt dengan digital workforce culture ni.
Bergambar bersama workstation aoku sepanjang bekerja time MCO ni. Time petang okay, kalau tengahari tu memang terasa bahang bilik ni. Hangit beb!
Hai semua.. Huu. Saya tak masuk taska lagi ni.
Malam hari Jumaat aku ke Tesco dengan Ija. Gerak time buka puasa semata-mata tak nak queue panjang. Ternyata tepat decision aku, kitorang sampai je lengang habis kat sini.
Minggu lepas kami tak balik kampung pun. Ingat nak spend hujung minggu dengan family kecil aku ni di rumah.
Ayah, nak pergi mana ni? Lepas Terawih mestilah moreh anakku. Huu
Pekena Tauhu Bergedil homemade yang dibuat oleh Ija. Nyum-nyum.
Sabtu lepas aku redesigned sikit ruang makan, tambah TV lama kat sini. Ija kata senang sikit nak pantau Fariq time memasak. Maklumlah, aku ni kerja dari rumah anytime je bos panggil concall. Sebab kalau letak kat bawah takut tak terjaga nanti.
Aku transfer PS3 aku dari TV ruang tamu ke TV sini. Sebab takde aerial lagi, at least bila ada PS3 ni boleh play video baby untuk Fariq tengok. Tapi asal dalam gambar ni bapak dia yang main game. Haha
Game terbaru yang aku main time MCO ni, introducing Total War: Three Kingdoms. Memang syok game ni, In Sha Allah next entry aku update sikit gameplay dan info pasal game yang berlatarbelakangkan China Warring Period ni, diadaptasi oleh Romance of the Three Kingdoms.

Okaylah, itu je cerita malam ni. Nak kena tidur awal dah sebab minggu ni aku kena masuk office sampai Khamis untuk assist production team. Berjumpa lagi dilain entri guys, till then take care semua.

No comments:

Post a Comment