Dah masuk minggu ketujuh nampaknya MCO dekat Malaysia ni, tapi bukan minggu ni yang aku nak cerita. Cam biasalah, entri lewat seminggu, so cerita minggu keenam MCO lah.
Minggu lepas bermula dengan langkah kiri. Laptop personal diserang virus, sampai memaksa aku membuat force reset dan format. Nasib baiklah, most of the files ada backup. Dua hari jugak aku menyettlekan masalah ni, download dan reinstall software yang penting dan juga game-game pilihan. Ni pun nasib baik jugak buat cloud save, kalau tak habislah Roman Republic aku. Huu
Macam biasa every weekend dibulan Ramadhan ni aku meluangkan masa kat kampung.
Kat kampung banyak mainan teddy ni, mostly abang Mikhail punya. Korang tengok tu bukan main bersusun lagi.
Muka kena paksa ambil gambar. Huu
Malam Terawih bersama, tahun ni nampak gayanya kontrak Imam aku yang pegang. Haha
Kat sini ada moreh lepas solat Terawih..Roti jala, my favourite..:-)
Ahad keluar ke Bukit Sentosa jap. Ni lah kali kedua aku keluar drive kesini sepanjang enam minggu MCO. Keluar pun sebab nak keluarkan duit sebab ada rumours kata sektor ekonomi dah reopen. Ceritanya takut kena kerja, karang tak pasal mengelabah pulak.Isi minyak, pam tayar, topup kad TnG. Elok je balik rumah dapat email dari HCD. Eventhough most of companies kat luar tu dah resume operation, luckily for us yang memang dah embrace digital workforce initiative ni belum dapat arahan untuk masuk pejabat lagi. Kiranya masih WFH lah sampailah tamat MCO Fasa 4 iaitu 12 May 2020. Okaylah, ada seminggu lagi cuti. Huu
That's the wrap untuk cerita MCO minggu keenam aku. Let us pray yang wabak Covid-19 ni berkurang dari semasa ke semasa. Kesian tengok fellow Malaysian yang kena potong gaji, retrenched, dismissal without or with notice semua. Memang betul ada 2 jenis puak when it comes to MCO ni, ada yang menuntut untuk reopen semula sektor ekonomi sebab bimbang ekonomi negara akan collapse. Ada jugak kem yang memohon untuk MCO ni dilanjutkan dengan idea bahawa kepentingan kesihatan rakyat mengatasi ekonomi. Aku pulak kalau ditanya memang payah jugak nak bagi ulasan. Ada betulnya ekonomi kena digerakkan semula bagi mengelak krisis in future, at the same time kesihatan ralyat pun mesti diutamakan melalui lanjutan MCO yang terbukti berjaya flatten the curve. Tapi tu lah, kasut orang lain-lain. Macam aku bersyukur sebab company takde potong gaji, or buang orang. Tapi how about orang lain yang tak senasib. Kesian juga, nak pulak time bulan Ramadhan dengan nak Raya lagi. Fuhh, tak boleh imagine lah wei. Diharapnya kita terus kuat dalam menongkah ombak Covid-19 ni. Amin In Sha Allah.
P/S: Dapat email, kena assist team production buat packaging tag next week. 3 hari je katanya, okaylah. No problem..:-)
No comments:
Post a Comment