Tuesday, January 28, 2020

Kisah AKU n CNY 2020

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak berkongsi cerita hujung minggu aku dan keluarga sambut Raya Cina 2020 ni. Sebenarnya takdelah menyambut sangat, dah diorang cuti. Aku pun cuti lah. Haha
Isnin lepas satu hari aku kat Menara MTD, assist Group Corporate Communication untuk event Ministerial Visit di Layby Bentong. Aku terlibat dalam kerja-kerja video editing dan compliation atas instruction dari bos.
Habis tugas dalam jam 4.30 petang, memang taklah nak balik TPM. Sudahnya ke Utara terus. Nak balik rumah pun tak berbaloi, singgah berehat di Plaza Tol Sungai Buaya before pick up my wife.
Petang Khamis ada final inspection dari KESAS, sekali dengan serah kunci menandakan berakhirnya kerja-kerja kami di R&R Awan Besar.
Malam Khamis tu aku dan Ridzuan bermalam di office, tak nak kerja hujung minggu punya pasal kami push untuk tender submission DUKE TCSS. Apa benda lah pergi tanya CNY nak cuti ke tak? Mestilah nak. Apa punya soalan lah. Pfft.
Tapi tak sempat siapkan pun, sebab cost tak final lagi time tu. Aku bawak segala barang tender prep balik rumah , standby siapkan kat rumah je. Ni time vet thru pending item before kami berdua balik rumah sekitar jam 10 pagi Jumaat.
Hari Sabtu, seawal jam 7 pagi lagi kami sekeluarga dah bergerak dari rumah menuju ke Selatan.
Singgah Bandar Ainsdale, pick up family ipar aku. Zed outstation di US sampai bulan Mac, since kereta pun muat apa salahnya tumpangkan diorang sekali.
Elok tidur si Maryam tu, yang si Hassan pulak tak tidur sepanjang perjalanan. Maybe first time naik kereta Acik Farid yang laju ni. Haha
Si Fariq ni pun ada lah tidur sekejap, pastu mengomel sorang-sorang sampailah ke kampung. Excited nak jumpa tok nenek lah tu..:-)
Sampai Serkam sekitar jam 11 pagi, cuaca panas betul kat sini.
Cinta hati hamba..:-)
Kan dah kata, bukan main seronok lagi sampai kampung. Huu
Kebetulan pakai baju merah. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Lunar kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua, especially kepada jaringan business partner, vendor/supplier dan juga yang paling penting, my superb RFID agents. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua. Xin Nian Kuai Le!
Jarang dapat main dengan si kecik ni. Aku keluar pergi kerja dia tidur lagi, aku sampai rumah dah tidur. Maaf ye Fariq. Salahkan bos ayah tu tamak sangat kejar projek, sampai 2-3 tender nak submit every week. Kalau ada rezeki tempat lain, In Sha Allah ayah resign. Amin.
Fariq dan sepupu..:-)
Pagi Isnin kami berenam pulang ke Utara, drop family Aminah kat Bandar Ainsdale, sebelum bergerak menuju ke Bandar Sungai Buaya. Alhamdulillah, selamat sampai sekitar jam 1.30 petang.
Malam tu aku bersengkang mata menyiapkan tender dari rumah. Pukul 3 pagi jugak siap wrap. Pastu tidur, pagi tadi hantar wife then terus ke Wisma Ekovest untuk submission. Lepas tu buat apa? Cabut lah apa lagi. Tapi tu lah, nak kena standby 30 dan 31 Januari ni ada lagi dua submission, respectively.

So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. 

No comments:

Post a Comment