Okay, entri pertama bulan Februari. Cerita apa nak update malam ni? Cerita kahwin lah chor. Sekarang kan tengah musim mengawan. Merata majlis kahwin, on the way nak ke majlis tadi pun bersepah kenduri lain. Huu
Hari Ahad, sekitar jam 12 noon lagi kami dah bergerak dari rumah ke venue majlis yang terletak di Kepong. Nasib baik tak jem mana pun. Aku lalu highway je. Macam tak excited je Fariq nak pergi kenduri kawan ibu..;-)
Sampai around 1pm, kami selamat tiba di venue majlis yang terletak di Taman FRIM, Kepong. Kalau ikut jalan dalam, tak jauh pun area ni dengan rumah kami. Tapi tu lah, Templer tu bukan leh caya pun. Hujung minggu ni dia punya padat mengalahkan Jalan Duta. Haha
Venue majlis bertemakan perkahwinan dalam taman. Ija kata mak pengantin perempuan ni ex staf FRIM, tu yang dapat buat kat dalam ni. Rasanya aku pernah update entri time kami berdua datang melawat kafe owned by her family kat sini.
Atas tu ada air terjun tiga cascades, yang ni paling bawah rasanya. Untuk orang nak bermandi manda tanpa perlu hiking keatas.
Kami sampai je terserempak dengan Kak Mazlin, ni kawan wife time kerja kat company lama dulu. Ooo, lupa pulak nak inform. Ni wedding ex-colleague wife time kerja Greencon dulu. Alah, company mula-mula aku kenal si Ija ni dulu..:-)
Awat muka moody je budak bulat ni. Kening tak boleh tajam lagi ke tu?
Tapi tu lah bila event gabung ni, memang berkicap lah wei nak tunggu seat kosong. Kalau datang sorang takde masalah der, ada satu kerusi kosong pun on je. Laa ni nak kena fikir anak bini sekali.
Seronok betul tengok orang mandi. Huhu
Nak dekat sejam baru dapat tempat makan. Aku pantang betul jenis orang datang kenduri, dah makan pastu melepak kat meja macam kat kedai mamak. Cb betul!
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. Selamat Pengantin Baru kepada Amirul dan Shikin. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.
Pengantin perempuan, Shikin tu lah kawan Ija dan juga rakan serumah kat Bukit Jalil dulu. Yang laki tu pun kawan ofis dia jugak. Kira cinta pejabat lah ni. Haha
Biasa kalau dah reunion ni memang lama lah kan. Takpe Fariq, jom cuci mata sikit. Huhu
Balik rumah okay pulak jalan. Dalam pukul 3 petang sampai dah rumah. Tenang je lalu dalam FRIM ni..:-)
Itu sahaja cerita untuk membuka entri pertama Februari tahun 2020 ni. Okaylah tu, minggu pertama dah ada entri. Tapi biasanya update awal ni, tersungkur jugak akhir bulan nanti. Wait and see je lah. Haha
P/S: Newcastle draw against Norwich semalam. Siot betul buang karan je bermalam tengok. Pfft
No comments:
Post a Comment