Saturday, February 8, 2020

Kisah AKU n Sepetang Di Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Malam ni nak berkongsi cerita hujung minggu aku bersama anak dan isteri. Tak keluar jauh mana pun, maklumlah, sekarang ni kan tengah hangat dengan serangan virus nCov tu. Risau jugak nak bawak budak kecik ni keluar. Tapi, nak buat camna. Nak kena jugak beli barang rumah, karang tak berasap dapur nanti. Huu
Dekat office minggu ni cam biasalah, ada satu tender submission Rabu lepas. Hari yang sama jugak aku ada training RFID di Touch 'n Go. Memang habis training je terus balik rumah. 
Pagi tadi sekitar jam 12.30 tengahari, kami bertiga keluar bersama ke Bukit Sentosa. Ingat nak shopping sikitlah, lagipun lama tak keluar anak beranak camni.
Pergi TESCO je tadi..:-)
Pelik jugak, time virus pun ramai jugak orang keluar. Cari parking pun round dua kali tadi. Huh
Lama tak selfie dalam kereta. Dulu time bujang sebelum masuk office, mesti selfie seround dua dulu. Zaman-zaman hantar gambar kat awek. Haha
Fariq: Ayah? Yang ayah selfie macam orang muda tu buat apa? Ni mana ibu?
Aku: Alaa, lepas gian lah Fariq. Ibu pergi Eco Shop jap. Duduk diam-diamlah dalam carseat tu..:-)
Sebelum balik, kami singgah lunch dulu di GH Corner Adenium. Syok makan kat sini, sejuk. Elok pun sebab cuaca tengah panas lit lit sekarang..:-p
Aku kalau datang sini memang order Maqlubah Kambing yang marvelous ni. Tapi ingat lain kali datang nak try makan benda lain pulak.
 
Fariq pun suka datang sini, boleh tengok ikan-ikan katanya..:-)
Selfie bersama keluarga kecil aku. Bersyukur sangat dikurniakan wife yang cun melecun dan juga anak yang comel. Semoga family yang kami bina ini sentiasa berada didalam payung lindungan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sampai rumah dalam jam 3 petang. Ketiduran je tadi, nak tengok TV pun takde cite best. Lagipun petang esok aku kena pergi kerja since Isnin ada submission tender PLUS. Takpelah yang penting, Isnin tu lepas settle aku balik rumah terus. Okaylah guys, itu je cerita yang aku nak kongsi malam ni. Semoga bertemu lagi dilain entri. Kbai.

P/S: Ingatkan malam ni bola, esok rupanya. Siot je, nasib baik tak beli channel lagi.

No comments:

Post a Comment