Sunday, January 12, 2020

Kisah AKU n Hectic January!

Assalamualaikum,

Okaylah, entri nombor dua bagi blog Diarimcbride bagi tahun 2020 ni. Nak kata entri tangkap muat tak jugak, sebab rasanya ada je content. Nevermind, baca je lah..:-p
Sekarang ni hari-hari dok mengharung jem kat MRR2, sebab ofis adik dah berpindah kat Ulu Klang. So, kami keluar rumah sekitar jam 6.30 pagi, sampai ofis dia di Petronas Geosample Center around 7.20am. Hantar je aku terus bergerak ke TPM, normally sangkut di Flamingo dan BTS. Tapi memang dalam jam 8.15 tu selamat sampai ofis. Okaylah, ada masa nak sambung tidur.
Buat pulak sekarang dah ada petak parking sendiri, berbumbung pulak tu. Memang lena lah tidur. Haha
Clan RAMBO55KU! Haha. Terjebak main COD Mobile ni. Si Aiman tu lah yang dok mengajak, yang tak boleh blahnya aku yang paling lewat join tapi level aku yang paling tinggi. Dikepalai oleh Clan Master - KingBlaze (Ridzuan), clan kami disertai oleh empat orang staf Quatriz iaitu IzzBlaze (Aiman), foxtrot_golf92 (aku), Danialfikry (Danial) dan juga Levai (Hazim). Nanti aku buat separate entri untuk review game awesome ni. 
Minggu ni sahaja dua kali aku datang meeting kat LLM ni. Lama jugak rasanya tak datang sini, ada setahun jugak rasanya. Ada apa kat sana bro?
Aku represent Quatriz untuk jadi event committee Smart Nation 2020 event di Kuala Lumpur, kami join booth under Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam exhibition ni. Tengah busy ni lah kena jadi committee segala bagai. Pfft
Dekat office tak kurang busynya jugak. Aku in charge untuk tender TCSS DUKE3, si brader ni pulak RMPNet PDRM. Menambah staf dalam BD, kami ada sorang Project XO baru, Yasmin namanya. Tapi tak boleh nak reveal gambar dulu. Haha
Malam hari Jumaat melepak dengan rakan-rakan sepejabat. Asalnya nak keluar makan dengan Ridzuan je sebab kitorang kerja malam hari tu. Tapi ramai pulak yang nak join, sudahnya si Aiman, Afiq, Azhar, Amirul dan Zaaba pun join the table jugak. Hii
Malam Sabtu tengok Newcastle lawan Wolverhampton, ingatkan kalah buat kali keempat berturut. Nasib baik draw. Haha. Miggy is in the score sheet again. Congrats and please keep scoring for us..:-)
Bergambar dengan rambut New Year 2020. Haha. Boek tak?
Pagi Ahad bawak si Fariq ni keluar berjalan kat Bandar Rawang. Nak cari barang untuk buat makanan si kecik ni minggu depan. Maklumlah, dah nak masuk enam bulan anak teruna aku ni. Dah boleh makan wet food lepas ni..:-)
Model bayi freelance. Pm for more details. Haha. Banyaknyalah barang nak oii, kalau tak nak makan ni tak tau lah. Huhu

Itu sahaja cerita entri kedua bagi tahun 2020 diblog ni. Macam permulaan yang slow, tapi don't worry lah. KPI tahun ni 50 entri sahaja, roughly dalam empat entri sebulan. In Sha Allah boleh tu..:-)

No comments:

Post a Comment