Assalamualaikum 2020,
Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2020. Tahun 2019 seperti yang dijangka telah memberi banyak cerita suka dan duka kepada aku. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.
Blog: Mei 2020 ni genap tahun kesepuluh aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah 10tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat.
Kerjaya: Ogos 2020 bakal menjadi tahun keempat aku di Quatriz dan MTD Group. Tahun lepas kerjaya aku kat sini bercampur baur. Sedih sebab been denied promotion dan increment, happy pulak sebab dapat explore duty baru and then returned to the old nest. Diharap tahun ni aku dapat lah a deserved recognition dan reward yang setimpal dengan usaha yang aku curahkan kepada syarikat.
Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan juga suami yang awesome untuk family yang baru sahaja aku bina bersama Ija..:-)
Haa, itulah azam aku untuk tahun 2019 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab baru yang akanku tanggung dalam mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.
No comments:
Post a Comment