Tuesday, August 6, 2019

Kisah AKU n Double Anniversary 2019

Assalamualaikum,

Okay, since pintu office pun tak bukak lagi. Eloklah aku update sikit entri. Walaupun dah jadi bapak orang, blog ni pun still kena jaga jugak. Karang kecik hati dia. Huhu. Okay, tak nak banyak cakap. Jom lah baca sikit double anniversaries yang penting dalam insan yang bernama Farid Gani ni..:-) 
1 Ogos 2019 merupakan ulang tahun ketiga aku menabur bakti kepada Quatriz dan MTD Group. Memang banyak kenangan sepanjang bekerja kat sini. Cuma sekarang ni aku banyak berfikir untuk keluar dari kepompong makan gaji ke menggaji pulak. Anak muda sekarang kenalah ada inisiatif berbisnes sikit..:-)
Untuk tahun ketiga aku dipindahkan ke RFID Fitment Center Operation & Tag Production Unit sejak 1 Oktober 2018. New unit, new workstation. Berada dalam unit ni sebenarnya meletakkan diri aku dalam a great challenge since this is one new business. Bukan sahaja untuk company, tapi bagi industri tol itu sendiri.
Prior to the appointment of Quatriz as Touch 'n Go RFID Fitment Center operator back then in September 2018, no company yang berani untuk take up this initiative. We are honored actually to be the first among the many. Seperti yang dijangka, dah setahun business ni berjalan punyalah banyak operator appointed by Touch 'n Go. But then again, to maintain our status as the largest operator for about 10 months was actually more than enough.
Since we are sharing the pie now, tak dinafikan lately our operation pun terkena tempiasnya jugak. However, aku disini still vowed untuk terus stick dengan unit ni regardless the situation. Sometime, kena turun padang jugak membantu field operation yang dah mengecil, untuk memberi laluan resources kepada projek-projek mega company yang lain..:-)
Haa, ni satu lagi tarikh yang aku memang akan ingat sampai bila-bila. 4 Ogos 2018 merupakan hari pertama aku memberanikan diri untuk mengorat wanita yang dah pun selamat menjadi isteri dan ibu kepada anakku. Huhu. Pas komen, ajak dating kat R&R Awan Besar, bertunang pada 21 Oktober 2017 dan selamat menjadi suami isteri pada 10 November 2018. 
Fast forward - 14 Julai 2019, Fariq Ilham pun lahir kedunia ni hasil dari hubungan cinta yang dibina oleh ibu dan ayah dia. Huhu

Okay lah, rasanya itu je lah kot yang aku nak update pagi ni. Office pun dah bukak, so aku nak masuk kerja dulu ye.

P/S: Allan Saint Maximin dan Jetro Willems dahpun sign kontrak dengan Newcastle  

No comments:

Post a Comment