Assalamualaikum,
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2019 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni.
Bagi tahun ni, aku menyambut Hari Raya di kampung Ija. Selain menyambut hari raya, aku juga nak menghantar isteri dan anak kesini. Yelah, dah sebulan dia duduk kat rumah mertua sejak lepas bersalin bulan lepas. Wife kata nak duduk kat rumah parent dia pula. Okay, fair and square. Sebulan sini, sebulan sana..:-)
Kami pergi dua kereta, mak ayah pun join jugak nak menghantar sikecik ni. Maklumlah, nanti rindu pulak sebulan tak berjumpa.
Gerak dari Rawang sekitar jam 10 pagi. Trafik sesak dari Seremban menuju ke Pedas Linggi. Memang expected, sebab orang balik raya kan. Tapi kesesakan ni tak seteruk orang yang nak menghala ke Utara dan Pantai Timur lah. Huhu
Sampai Serkam dalam jam 2 petang jugak. Memang panas cuaca kat Melaka ni. Asal aku balik je panas. Haha
Malam raya tu main dengan si Fariq ni. Besar dah anak teruna aku sorang ni, dah pandai berzapin tu. Hee
Pagi Ahad bersamaan dengan 11 Ogos 2019, takbir Raya berkumandang di surau-surau sekitar Serkam. Aku dan abang ipar, Ibrahim menunaikan solat Hari Raya di Masjid Jamek Serkam dalam jam 8.30 pagi. Abah dan Ilyas awal pagi lagi dah ke Pulau. Zed pulak tak dapat join since Aminah dah start kontraksi awal katanya.
Lepas solat Hari Raya, kami ke Umbai sekejap nak tuang minyak dan TnG. Ada insiden kerbau mengamuk. Kawan-kawan kat atas lori tu dah redha nak kena sembelih, yang sekor ni tak pasrah lagi kot. Sedih pulak tengok.
Sempatlah tengok upacara korban anjuran Surau Haji Hasan Alim. Lima ekor jugak ditumbangkan semalam. Ada lah tolong sikit menjatuhkan lembu pertama. Pastu tolong tengok je lah. Haha
Surprisingly balik je rumah ada lemang atas meja. Memang tak pandang lah benda lain. Rasanya setengah batang jugak aku makan semalam. Hii
Kat sini takde sesi amik gambar. Tapi aku nak jugak. My stunning wife (walaupun masih dalam pantang) bersama handsome boy Fariq.
Our first proper picture bersama, walaupun bergelut jugak nak tenangkan si kecik ni. Apa ni Fariq, kena ikut ayah suka bergambar..:-p
Selfie seround! Pun tak nak jugak. Alahai anak. Hii
Tumbuk nak? Haha. Tapi memang kuat pun budak ni. Kalau nak tukar pampers memang semua orang dia nak kick. Dalam perut dulu pun sama..:-)
Malam tu tak buat apa sangat. Tengok EPL je kat henset since diorang conquer tv. Huhu. Newcastle memulakan kempen EPL 2019-2020 dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 menentang Arsenal semalam. Takpelah, no luck. Serang banyak, gol tarak. Ada 37 games lagi, hopefully we will bounce back. HTL!
Ni pulak pagi tadi. Seawal jam 9 pagi aku dah bergerak meninggalkan Serkam untuk mengelakkan jem. Singgah breakfast di R&R Sungai Buloh sekitar pukul 10.45 pagi dan tiba dirumah tepat jam 11.30. Nasib baik gerak awal, kawan-kawan yang beraya kat Selatan nak balik ke Lembah Klang mostly sangkut since gerak lambat. Planning, my dear friend. Planning. Huhu
Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment