Okay, ingat tengahari ni nak update cerita minggu lepas. Tak basi lagi kan? Entri hari ni berkenaan aku dan Afiq jadi bidan terjun untuk cover operation FC dibawah Sub-Agent kami di Melaka. Dah kata nak bank in. Aku on je. Nak hantar budak sendiri costly pulak.
Nak dijadikan cerita, malam hari Jumaat aku dapat message dari owner from Sub-Agent baru Quatriz RFID. Ada hal keluarga yang penting, so dia kena balik kampung malam tu jugak dan tak dapat join untuk fitment julung kali mereka di ETCM @ Melaka. Owner tu mintak tolong untuk cover sorang budak dia kat sana. Aku mula-mula agak reluctant jugak nak cover, tapi bila fikirkan dah ada good relationship dengan Nissan. Terpaksalah turun jugak. Nasib baik Afiq ada kat office malam tu. Memang aku terus offer kot lah dia nak join. Yelah, hari Sabtu je. Pastu baliklah KL.
Kebetulan setiap minggu aku balik Melaka sekarang, since anak bini dok sana. Memang dah siap bawak baju, cuma minggu lepas aku dapat tengok sekejap je lah sebab kena kerja. Aku dan Afiq gerak dari TPM sekitar jam 5.30 pagi, singgah breakfast Nasi Lemak Manjo R&R Nilai. Dah lama beb tak makan kat sini..:-)
Sampai Melaka dalam jam 8 pagi, power nap untuk regain energy. Since event start jam 10 pagi, memang ketiduran jugak kitorang dalam kereta. Huhu
Inilah venue event hari tu. Edaran Tan Chong Motors @ Nissan - Melaka dekat Bachang. Dekat je, tak sampai 15 minit pun dari Exit Ayer Keroh.Sampai-sampai je barang semua dah siap setup. Nasib lah si Azhan tu tau nak buat. Basically role aku hari tu monitor Sub-Agent baru kami ni. Tapi ada satu lagi role, buat sales. Haha. Mana taknya, mana ada RFID kat Melaka ni, challenging beb nak convince orang sini pasang. Pfft
Bro ni pulak cam biasa lah cover fitment. Tapi quite slow. Ada lah dapat buat 20 je pemasangan stiker. Tapi takpelah, at least si Azhan tu dah rasa pengalaman buat fitment yang real. We wish you guys the best ye..:-)
Pukul 5.30 petang, aku dan Afiq tolong packing then terus menuju ke Serkam. Rindunya dekat dua orang cinta hati ni. Tapi si Fariq ni asal aku datang mesti tidur. Bila nak balik, terjaga nak main pulak..:-p
Haha, met Uncle Afiq. Ni bff ayah tau dari tahun 2001 tau. 18 tahun kawan dah..:-)
Singgah makan dekat Roti Terbang Mezan @ Bachang. Memang marvelous roti kat sini, tiga keping jugak aku makan malam tu. Huhu
Dah kenyang memang taklah nak balik wei! Cari hotel murah, dapatlah Hotel Dragon ni. 30 hinggit je satu malam. Hahaha. Aircond ada, WiFi laju, plug point pun banyak.
Pagi Ahad gerak dari Melaka balik ke KL. Nasib baik tak jem, 2 jam je dah sampai rumah. Singgah R&R Sungai Buloh pekena Nasi Lemak OBR pulak. Memang syok betul makan nasi lemak kat highway ni. Huhu
Itu je cerita minggu lepas. Okay lah, nak solat Jumaat ni. In Sha Allah, pasni ada satu lagi entri. Stay tuned boskur semua!
No comments:
Post a Comment