Saturday, July 27, 2019

Kisah AKU n My Beloved MFI

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak berkongsi sikitlah entri berkenaan anak teruna aku yang sorang ni, Seperti dijanjikan, dalam entri ni aku sebagai bapa proudly want to announce his name lah..:-)
Sabtu lepas, Ustaz Rahim ada datang rumah untuk menjalankan upacara tahnik dan mencukur rambut untuk si kecik ni.
Bukan main bingit lagi menjerit tak nak botak cam Atuk dia. Haha
Sapu minyak Zaitun bagi lega sikit,
Haa, nampak tu bukan main rileks lagi tidur cam orang besar..:-p
Pagi Ahad aku ke UTC Keramat, untuk urusan pendaftaran nama anak aku ni sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah. Sekejap je queue sebab yang panjangnya dekat Imigresen. Kaunter JPN tak ramai orang pun.
Tak sampai sejam dah siap surat beranak dan juga MyKid. Eh apa benda hang merahkan surat tu, kata nak announce nama? Huu
Ini lah dia nama anak lelaki aku. Nama diberi Muhammad Fariq Ilham Bin Muhammad Farid. Ada kombinasi dua bahasa yang dipilih. Muhammad dari Bahasa Arab maksudnya Yang Terpuji, Ilham juga didalam bahasa yang sama membawa maksud Wahyu / Isyarat Yang Baik. Manakala, Fariq diambil dari bahasa Parsi yang membawa maksud Jeneral @ Panglima Tentera. Jadi, maksud nama keseluruhan ialah Jeneral terpuji yang membawa isyarat baik.
Semoga anak ini diberkati namanya dan menjadi insan yang berguna seiring dengan namanya yang memberi erti kekuatan dan kecerdasan minda.
Belum sampai rumah, aku dikejutkan berita oleh ayah. FYI, mak ayah bawak Fariq pergi checkup kat Hospital Kuala Kubu Bharu pada pagi yang sama. Katanya, kena tahan wad sebab kuning naik balik. Aku pun bergegas balik kerumah, pick up Ija dan terus ke KKB. Kesian tengok anak kena tahan lagi kat hospital. Buat pulak cuti dah utilize untuk bulan Julai ni. Nasib baiklah Izuwan, kasi greenlight cabut awal sikit. Sempatlah jugak melawat anak dan isteri.
Alhamdulillah, pagi Selasa discharged. Hopefully pasni Fariq terus sihat lah ye. Boleh ayah hantar ke Melaka pulak. As for now, Ija berpantang di Rawang dulu sementara baby okay. Lepas keadaan beransur baik, baru aku decide untuk hantar Ija sambung berpantang dengan family dia di Melaka.

So guys, itu sahajalah cerita entri malam ni. Nama pun dah announce, In Sha Allah lepas ni nak buat Aqiqah pulak. Tapi kena tunggu si kecik ni fully recover dulu, lagi elok bila wife pun dah habis berpantang..:-)

P/S: Newcastle had signed Joelinton from TSC Hoffenheim for a smashing 40mil transfer fees. Next, get Allan Saint-Maximin pulak. Baru boleh link dengan Almiron dan Ritchie kat center..:-)

No comments:

Post a Comment