Tuesday, July 2, 2019

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri Quatriz 2019

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya! Nampak gayanya kita ni masih lagi dalam bulan Syawal which means still ada peluang lagi nak join saki baki open house yang ada? Macam tahun lepas, atas time constraint aku banyak jugak missed rumah terbuka. Dapat invitationnya banyak, tapi tak berpeluang nak pergi. Baiklah, malam ni aku nak bercerita tentang kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Quatriz System. Seperti tahun-tahun sebelumnya, rumah terbuka ni sebenarnya untuk staf-staf je. Haha
Aik terus share gambar? Mana gambar kau bro, takdepun kat sini. Haa mai sini nak habaq time deme amik gambar ni, aku dan Izuwan masih lagi on the way balik ke pejabat dari meeting kami di TNG pagi tu. Haha, Kesian. Tapi kalau tengok pun, memang ramai yang takde pagi Isnin tu. Pendek kata, kami tak keseorangan lah hari tu. Haa
Pukul 12.30 barulah kami berdua sampai di TPM. Tapi diorang pun memang baru nak start makan since open house kami dibuka jam 12 tengahari. Siapa yang design ni? Simple dan cantik.
Cuma yang eloknya datang lambat ni tak payah susah-susah nak tolong setup the event. Sampai je tahu-tahu dah makan. Huhu, Menu utama kami ialah Nasi Ayam, Sate, Laksa dan juga a variety of makanan wajib raya seperti ketupat, nasi himpit dan lain-lain. Ada jugak beberapa jenis deserts yang dibawa several staff untuk majlis ni.
En. Nizam sampai sekitar jam 1 petang after meeting with LLM, bersama Nawawi dan Nik.
Bukan main serius lagi diorang ni makan. Gaduh ke apa? Haha
Makan ni je, tak dan nak makan benda lain. Tapi sandwich tu memang marvelous, rasanya lapan bijik jugak aku makan..:-)
Untuk tahun ni aku tak menggayakan baju melayu full set pun. Pakai office attire je since kena bermeeting pagi tu. Okaylah kot, asalkan sempat join..:-)
Staf dari HQ pun join jugak. Dari kiri - Amelia, Shima, Shikin.
Sekitar jam 1.15 petang, beberapa staf RFID Fitment Centre kami datang secara bergilir. Ada site yang jauh just hantar wakil je. Maklumlah, centre kami masih lagi beroperasi seperti biasa hari tu. Takkan nak tinggal pulak.
Jemput makan semua, Izuwan pun join makan sekali dengan staf-staf..:-)
Supervisor, Adli dan Fatan dah macam peniaga stall Sate kat bazaar Ramadhan pulak. Huhu
Bro Azhar ni antara orang kuat yang menjayakan rumah terbuka kami hari tu..:-)
Sempat jugak bergambar kenangan dengan rakan-rakan seperjuangan Quatriz untuk majlis tahun ni. Asalnya nak snap gambar dengan staf HQ, last-last ramai pulak yang join. Ni lah hasilnya. Huhu
Alang-alang SV ada kat sini, ada short meeting sekejap untuk recovery plan untuk operasi FC kami. Kesian pulak kat Afiq tak dapat join since kena cover zone dia yang dah start kekurangan manpower. Mana taknya, tiga staf dah kena absorb ke TPM. Dua lagi resigned..:-(
Sesi menapau, ada banyak jugak lebihan makanan hari tu. Tolong bungkuskan untuk staf-staf FC yang tak berkesempatan hadir, boleh mintak tolong Supervisor agihkan.
Sekitar jam 4 petang, Majlis Aidilfitri kami tahun ni berakhir dengan jayanya. A very thank you to our management dan staf-staf yang bersama-sama terlibat dalam menjayakan annual event kami ni..:-)
Kami bertiga jelah yang tinggal sampai jam 8 malam. Ni tengah dalam proses menghabiskan saki-baki makanan yang ada. Huu

So guys, that's all for tonight's entry. Memang sendu sikit raya tahun ni, campur yang Quatriz ni baru dua je lah open house yang sempat aku pergi pun termasuklah kat MTD hari tu. Apa boleh buat, busy dengan tugasan kerja. Takkan lah kerja tak siap, pastu gatal nak beraya. Karang yang susahnya kau sorang je. Huhu

No comments:

Post a Comment