Saturday, July 20, 2019

Kisah AKU n Welcome My Dear Son

Assalamualaikum,

Alright, petang ni aku nak menaip satu entri yang sangat special dan bersejarah dalam blog ni. Introducing to you guys, anak lelaki pertama dalam keluarga kecilku. Huu. Basically, aku suka nak share lah memori sebelum dan selepas hari kelahiran budak hensem ni..:-)
 
Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku dan isteri keluar dinner bersama. Korang bayangkan time tengah makan tu, air ketuban pecah. Tapi yang funnynya, kami habiskan makanan dulu then terus menuju ke Hospital Sungai Buloh. Ija masuk dewan bersalin sekitar jam 10.30 malam. Aku pulak setia menunggu kat luar sampailah..
Sekitar jam 4.30 pagi, aku diminta oleh nurse yang bertugas untuk masuk ke labour room untuk memberi sokongan moral kepada isteri yang sedang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kami kedunia ini. Alhamdulillah, tepat jam 4.57 pagi, 14 Julai 2019. Putera sulung kami selamat dilahirkan dengan normal. Thank you Allah atas nikmat kurniaanMu yang tidak terhingga ini..:-)
Sampai jam 8.30 pagi jugak aku stay kat sini nak menunggu wife masuk ke wad. Sempatlah explore fasiliti yang ada kat hospital ni. Maklumlah, first time datang at least nak jugak tau kat mana kafeteria, kedai serbaneka dan sebagainya.
Wife selamat masuk wad dalam jam 9 pagi. Tapi staging ward dulu, sebab dalam perhatian. Baby tak cukup bulan, kurang 2 hari nak ke minggu 37. Around 10am, aku balik rumah dulu untuk ambil barang-barang yang tertinggal.
Jam 4 petang, aku datang balik ke HSB dengan mak ayah. Nak tengok cucu nombor dua katanya. Pelik je muka si kecik tu tengok atuk dia. Huu
Our first selfie, yang si baby tu buat peace ke jari tengah. Haha. Time ni Ija dah dipindahkan ke wad biasa. Lega sikit..:-)
Hari Isnin aku datang sorang je. 
Assalamualaikum sayang ayah. Baru bangun tidur ke tu? :-p
Muka tak percaya dah jadi bapak orang tu. Haha
Tengok wife beransur sihat pun dah cukup buat aku happy. Okaylah tu dah boleh duduk, hari first tidur pun kena mengiring. Sampai aku cakap, pasni tak payah buat baby lagi. Serik aku tengok dia bersalin hari tu. Live beb!
Nak suruh baby jadi apa eh besar nanti? Huu
Since aku datang sorang seharian, malam tu aku lepak lama sikit kat HSB. Waktu melawat sampai jam 7.30 sahaja. Tapi husband or penjaga boleh naik just in case ada emergency but in 10 minutes only.
Hari Selasa, kereta aku buat hal lagi. Kalau minggu lepas, minyak enjin bocor. Laa ni, minyak gear pulak. Hari tu jugak aku hantar ke Perodua demand explanation, sebab benda ni jadi just after diorang servis kereta aku hari tu..:-(
Terpaksa lah pergi dengan mak ayah. Dapat satu lagi dugaan, anak kena tahan lagi di HSB sebab diagnosed jaundice. Kesiannya tengok kena jemur dalam tu.
Hari tu memang mencabar kesabaran jugak, dah tu ramai pulak yang chase aku pasal kerja. Dah bagitau tengah on leave pun ada yang bingai tak faham bahasa. Tu lah, bila aku nak brief kerja dulu kau bukan main busy dengan kerja lain. Dah sekarang ni menyusahkan aku pulak. Pfft
Sedih tengok wife terpaksa bermalam satu hari lagi nak menjaga si kecik ni. Hari Rabu buat rutin yang sama jugak, cuma aku stay lewat since kereta dah okay.
Hari Khamis akhirnya both of my love ni dapat discharged. Alhamdulillah. Kuning baby pun dah semakin berkurang, cuma still kena refer ke KKB untuk tindakan selanjutnya.
Mak ayah pun ada jugak hari tu. Nasib baiklah dapat parents supportive camni. Huu, biasalah aku kan bapa baru, kena lah bagi sokongan moral sikit.:-p
Seronok eh tido kat rumah. Eh jap, apa nama anak kau ni Farid? Tak nak share ke. Next entry please. Nak tau, stay tuned lah ye..:-)

That's the wrap untuk entri pagi ni. Memang perasaan bercampur baur - terharu, happy, excited. Ini lah permulaan bagi aku dan isteri dalam perjuangan membesarkan anak kami ni. Semoga kami terus kuat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah ini. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment