Khusyuk sangat update pasal review game, boleh pulak terlupa nak update cerita minggu ni. Haha. Bengong..:-p
Busy gila minggu ni. Macam nak meletup kepala aku nak juggle duties as BD ni. This week SIRIM datang buat ISO 9001:2015 Surveillance Audit selama 2 hari bertempat di HQ Batu Caves dan juga TPM. As ISO Coordinator of the company, it's my additional duty untuk ensure pensijilan kami kekal relevan, in other word, tak kena tarik. Haha
Alhamdulillah, berjaya jugak kami mengharungi audit untuk tahun kedua ni. Memang lega beb! Mana taknya, mau sijil kena tarik kalau tak pass conformity. Aku ni lah yang masak nak menjawab bila bos tanya. Huu.
Walaupun audit dah settle, untuk dua hari kemudiannya aku tetap meluangkan masa dipejabat sampai malam. Yelah, jadual BD office agak padat dengan 3 upcoming tender submission pada 21, 26 March, 6 April respectively. Memang meletihkan, tapi apa boleh buat. Dah nama pun kerja..:-)
Lepas solat Jumaat aku ke LLM Kajang, ada meeting kat sana. Memang cun sangatlah buat petang..:-)
Habis je meeting sempat buat "spotcheck" ringkas staff kami kat sana. Nak tengok mengular ke tak budak tu. Nampak gayanya masih menurut perintah lagi. Maklumlah status dah semi-govt sekarang, takut terikut-ikut pulak budaya kerja penjawat awam yang infamous tu. Huu
Sempatlah jumpa bro Paan ni. Kawan sekelas aku time menuntut kat UiTM dulu. Now, bekerja di Unit Korporat LLM. Kalau nak tau, dia ni anak buah one of my boss kat AlloyMtd ni.
Habis meeting kat LLM dalam jam 5.15, memang aku chow balik rumah terus. Hari pun gelap nak hujan. Ingat gerak awal boleh lah escape jem. Sangkaan aku meleset. Keluar Plaza Tol Sungai Besi dah jem hingga kesusur BESRAYA. Bersambung lagi dari Istana Negara ke Plaza Tol Jalan Duta. Sudahnya 6.30 jugak sampai rumah. Baru lah dapat jumpa si Kentang ni, selalu balik dia dah tidur..:-)
Pagi semalam pergi servis si Blueniey, dah 90,000 km kita jalan bersama kan. Kat Semenanjung ni cuma 2 negeri je dia tak jejak lagi - Kelantan & Terengganu. Yang lain semua dah masuk buku..:-)
Lepas servis kereta, terus ke Bukit Sentosa. Gunting rambut yang dah panjang macam rumput ni. Ada lah lega sikit, aku ni rambut tak boleh panjang sangat. Boleh sampai demam tu. HuuAku ingat nak sambung je cerita petang tadi dalam entri ni. Tapi rasanya akan padat sangat. So, next entry please.
No comments:
Post a Comment