Sunday, March 25, 2018

Kisah AKU n Hilmi's Wedding @ Johor Bahru

Assalamualaikum,

Walaupun kali ni bukan aku yang drive, tapi letihnya boleh tahan jugak. Bayangkanlah gerak dari JB pukul 11 pagi, pukul 8 malam tadi baru sampai. Buat apa kat JB bro? Rasanya title dah cukup clear aku taip kat atas tu. It's another wedding yang aku attend tahun ni. Bukan kenalan aku, tapi kawan kepada kawan aku. Nak tau dengan lebih lanjut, jom lah baca!
Minggu ni arguably antara one of my busy week. We had one tender submission, dan preparation untuk satu lagi submission next week. Dah macam machine minggu lepas, standby sampai lewat malam to stay in communication with our foreign partner, traveling between two offices almost everyday. Let me have rest lah bos. Mercy please..:-(


Okay lah, tu saja cerita kat ofis minggu lepas. Jom kita ke cerita happy-happy pulak. Hari Jumaat memang aku race against time untuk siapkan pending work since hujung minggu memang takde kat area Klang Valley. Pukul 8 malam aku bergerak pulang ke rumah, sampai around 9. Mandi dan packing, setengah jam pastu Dolah dah terpacak depan rumah. Target destination - Johor Bahru. 
Sadly this time, Afiq tak dapat join kami ke JB. But kebetulan one of their friend, Syaz confirmed join jugak. So kami ke Sentul dulu untuk pickup dia. We left KL sekitar jam 11 malam dan sampai ke destinasi penginapan kami Hotel Lotus yang terletak di Permas Jaya pada pukul 3 pagi. Dolah as the main driver, aku pulak standby co-driver just in case dia mengantuk. Unexpectedly mata bro tu tahan jugak, semua gara-gara aku yang kaki menyembang ni. Memang dari KL sampai Johor ada je topik. Huu
Masing-masing mata dah rabak walaupun lapar. Tapi bantal lagi diutamakan. Huu
Dolah booked bilik untuk 4 orang sebab kalau ikut plan asal Afiq join. Tengoklah katil dalam bilik ni. 2 queen, 1 single. Kira sorang satu katil jugak. Huu
Pantang nampak cermin besar. Haha
Semua terlajak tidur keesokan paginya. Aku terjaga pun sebab hotel ni dok pasang ayat sembahyang Buddha kat Ground Floor. Sampai ketingkat tiga boleh dengar. Bengong betul, aku ingatkan bilik tu ada hantu Cina..:-p
Kat sini tak provide breakfast. Nak breakfast pun agak lewat since kami pun dah nak ke venue majlis. Karang kenyang rugi pulak. 
Sekitar jam 1 petang, kami tiba di lokasi majlis yang terletak di Dewan Azalea, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru. 
Korang tengok lauk yang Dolah amik tu. Penuh pinggan, kebulur dari semalam tak makan katanya. Yang tak makan dari semalam tu aku, kau at least dah breakfast Hot Cup pagi tu. Huu
Tunggu turn nak amik gambar kenangan bersama pengantin. Sedikit background tentang pengantin. Majlis ni meraikan pasangan dua mempelai, Hilmi dan Huda. Diorang berdua ni merupakan kenalan Dolah. Hilmi ni budak rumah dia time menuntut di Politeknik PD dulu. Aku pulak macam biasalah, takde kaitan pun tapi si Wak Dol ni kata dijemput jugak. Ye ye lah tu, cakaplah kau pishang nak pergi berdua dengan Syaz tu. Haha
Bergambar kenangan bersama pasangan yang diraikan. First time aku attend majlis kahwin tak pakai baju Melayu. Nampak muda pulak, biasanya dah macam YB. Haha. Dari kanan: Syaz, Lufti, Huda, Hilmi, Dolah dan Farid.

Lepas bergambar, kami meminta izin hos majlis untuk beransur pulang ke KL. Hah, banyak lah hang! Kita ada misi lagi nak buat kat Johor ni. Rugi lah dah datang jauh-jauh tapi tak nak merasa nightlife kat bandar penting di Selatan Malaysia ni. Exactly tahun lepas, aku dan Brotherhood Shah Alam datang ke JB jugak untuk menghadiri majlis rakan kami yang kebetulan namanya Helmy jugak. Klik link ni untuk baca.

Okay, tu cerita next entry ye. Apa-apapun sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Hilmi dan Huda. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment