Ayah kata pasni nak attend anak kawan dia kahwin kat Rawang. Macam biasa, aku ni lah yang nak menemannya. So, ada sejam setengah lagi. Baik aku start update entry ni dulu. Okay, hari ni aku nak buat video games review sikit. Lama dah tak buat kan? Dulu time menganggur rasanya setiap minggu ada review game. Tak kira lah game PC, or mobile. Yelah, dah banyak masa terluang. Laa ni, nak curi masa tidur pun tak sempat.
Game yang aku nak review pagi ni ialah Dream League Soccer 2018 or DLS2018. Sebuah mobile game developed by First Touch Games Ltd, khas untuk pengguna Android dan iOS. Sebenarnya aku ni jarang main game kat henset, cuma hari tu time lunch dengan kawan ofis. Diorang berempat main Mobile Legends, tinggal lah aku terkulat-kulat tak tau nak buat apa. Strolling Google Play Store ternampaklah game ni. Walaupun ramai review and rate FIFA as the best football game kat mobile platform, tapi aku still nak try DLS2018 ni. Sebab apa? Sebab size yang kecil as compared to 1GB FIFA iaitu sekitar 400MB.
This is the main menu untuk game ni. Straightly to team dashboard. Next Fixtures untuk perlawanan seterusnya. Transfers untuk urusan jual dan beli players. Team Management untuk assess player performance dan My Club untuk pengurusan club. Please be noted, time aku buat review ni I'm already at Elite Level, so kebanyakkan item pun dah taraf elit lah. Huu. Jom tengok satu-satu content menu game ni.
As for introduction, game ni free. Tapi in-app kena purchase with coin. Kalau korang banyak duit boleh lah purchase through VISA or FPX. Tapi kalau tak nak membazir, you can spend your time slowly and enjoy the game with no haste. Boleh jugak collect coin through tengok advert video, satu video dapat 30 Coin. Tu lah yang selalu aku buat. Huu
Let's start with Transfers. Kat sini lah tempat you all nak beli dan jual player. Nak beli pakai apa? Mestilah pakai Coin. Normally, after each games you will be rewarded with coin. Depending on the number of goal yang korang sumbat, clean sheet, objective bonus dan juga Home Stadium bonus. Player kat sini paling mahal dalam range 2000-3000 Coin, yang paling murah 100 Coin. It will surely take time lah untuk beli player mahal. Macam aku sendiri, my dream team ni pun berjaya dikumpulkan bila dah masuk Elitis. Nak tengok skuad aku? Keep scrolling..:-p
Ni pulak dashboard untuk My Club. Kat sini you all akan dapat peluang untuk acah-acah jadi Club Director. Terlibat dengan stadium expansion dan kit baru, set the club objectives, checking the team statistics dan juga implement training.
This is Stadium menu. Kat sini korang boleh customize Home Stadium but with a Coin lah. Mana ada benda free. Huu. Aku pesan siap-siap, stadium expansion ni very important. Sebab kalau korang nak naik level, korang kena besarkan stadium. Seingat aku kalau nak qualify untuk bertanding di liga Elit, kapasiti stadium mestilah 80,000 keatas. Kalau tak you will never advance to the next level. My Home Stadium sekarang, St. Denis Park dah mencapai kapasiti maksimum iaitu 87,000..:-)
Now we will go to Customize Team. Kat sini korang boleh design sendiri kit yang akan digunakan. You guys can design up to three kits (Home, Away, Third). Boleh jugak nak tukar nama dan logo team since original name yang diberikan kepada player ialah Dream Team FC. Ingat nak tukar jadi Newcastle United tapi team tu already exist dalam DLS2018 ni. So aku adopt nama Tyneside FC which is alternate name untuk Newcastle. Huu
Ni pulak Training mode. Ada beberapa jenis training yang korang boleh conduct. Free training, penalty, freekick dan juga corner kick. Here, you can identify siapa yang layak menjadi penalty, freekick dan corner kick taker for the team.
This is Objectives section. Kita boleh assess our target benchmark with the current performance. Time aku snapped gambar ni season had already ended, so boleh tengok summary je. Unbeatable beb! This is my best league performance sepanjang beberapa season dalam Elite League with 43 points. Cuma draw dengan MU je di awal liga.
Summary untuk overall (combined Elite League, Elite Cup, Global Challenge Cup, All Star Cup) top scorer dan assist. Harry Kane maintained my favorite ace for five consecutive season, followed by Lewandowski.
Haa, mesti you all tak sabar nak tengok my formidable team kan. Here it is, I'm presenting you my Dream Team! Eventhough takde Messi or Ronaldo, team ni lah yang tak pernah failed menang treble almost every season. Huu
Dekat section Team Management ni korang boleh develop player for certain competencies. Contohnya kalau rasa player tu lembab, boleh invest untuk Fitness. Kalau nak pelbagaikan skill, boleh improve Technique, etc.
Korang ingat senang ke aku nak build team tadi. Amik masa beb! Kalau nak tau, inilah the original eleven Tyneside FC. Pada awal game, korang cuma dibenarkan choose only one star player je to assist the Academy team, macam aku amik Andy Caroll (striker). First korang akan main Academy Division, then naik ke Division 3. After that rose to Division 2 (kat sini aku terpaksa main dua season sebab tak cukup coin nak upgrade Stadium). Lepas Division 2 naik ke Division 3, later to Junior Elite Division (pernah tersingkir back to Division 3 sebab ramai player injured and exhausted) and finally the Elite Division which I'm standing now. Huu. Sadly, daripada 11 original player ni. Sorang pun aku tak simpan. Haha
Haa, tengok tu. Dah 500+ match aku main tau. Bukan senang nak sampai ke level ni. Sobs
Andy Caroll remained player yang membuat paling banyak appearances with Tyneside FC. Mana taknya dah pakai khidmat dia since Academy sampai Junior Elite rasanya, before dipulangkan ke West Ham semula. From 281 appearances, Caroll menjaringkan a total of 186 goal before surpassed by Harry Kane with 222 goal..:-)
Korang jugak boleh save goal or moment cantik and later replay balik di Replay Viewer. Dah macam main kat PC pulak siap boleh replay segala bagai. Huu
Jom kita tengok in-game punya graphic. Untuk sebuah mobile game, grafik DLS2018 memang superb with smooth control. Cuma kadang-kadang bila dah lama sangat main, jari kita sweating. Boleh effect gameplay sikit.
Super-Sub Dries Mertens menyumbat gol pertama menentang Australia. Ooh lupa pulak nak bagitau, after korang menang Elite Division. Ada 4 lagi additional challenges unlocked dan korang mesti menang each cup to unlock others. Starting with International Cup, then to International All-Star Cup. Lepas menang ni, you guys will face First Touch Utd (special team from company yang develop DLS2018 ni) team yang player semua rating 90+. If korang berjaya mengalahkan team FTU, korang akan face the Ultimate Challenge. Apa benda tu? Haa, kat sini ada manager yang dah cloned team korang tu and you guys akan berlawan dengan basically, team sendiri. Haha
Mertens meraikan gol bersama kapten pasukan, Kane.
Harry Kane menjulang trofi kejuaraan yang tah kali keberapa dalam karier dia bersama Tyneside FC. My record sejak Academy Division, team ni dah merangkul a total of 51 trophies. Tapi tu lah, game ni tak boring pun walaupun dah menang banyak kali. Still rasa ada room of improvement untuk players.So tuan-tuan semua, that's my review untuk Dream League Soccer 2018. Game yang sangat berbaloi. Sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur. Gerenti tak kan bergaduh sebab aku perhati kawan-kawan yang main Mobile Legends, semuanya end up mencarut dan emo antara satu sama lain. Haha. Untuk rating, aku bagi 5 Star untuk game ni. Awesome!
No comments:
Post a Comment