Wednesday, April 26, 2017

Kisah AKU n Up, Up We Go Magpies!

Assalamualaikum,

Huh, baru hari ni boleh nak update berita gembira yang ditunggu-tunggu Toon Army setelah sekian lama menyorok dalam gua gara-gara tersingkirnya our beloved Newcastle United ke kancah liga Championship dari EPL season lepas. As you guys know, or maybe can check this link. Aku merupakan salah seorang penyokong tegar kelab yang bergelar The Magpies ni. Semalam tanggal 25 April 2017, merupakan perlawanan penting diantara Newcastle menentang Preston. Kemenangan bakal membawa kami straightly ke EPL, while kekalahan will of course, disrupting the promotion party..:-)
Match sekitar jam 7.45 petang waktu UK, iaitu around 3.45 pagi di Malaysia. Aku memang dah kunci jam beb nak tengok match ni. Kebetulan ada live streaming dekat Vipbox. Tapi sebab malas nak bukak laptop, stream dalam henset pun boleh lah..Haha
Ayoze Perez membuka akaun gol Magpies pada minit ke-7. Less than 10 minutes kemudian, Preston menjaringkan gol penyamaan melalui En. Hugill.
At the end of half time, Christian Atsu meletakkan Magpies didepan melalui swift counterattack diantara Ritchie-Atsu-Mitrovic. Separuh masa kedua menyaksikan another 2 goals produced by our MOTM, Matt Ritchie dan juga En. Perez yang menjaringkan gol peribadi keduanya malam itu.
Sejurus wisel penamat ditiupkan. What can I say lagi, it's one of the moment terbaik dalam hidup aku. Menang trofi pun tak rasa camni. Haa memang lah. Mana pernah menang trofi pun. Haha
Kalau aku yang stream kat rumah ni pun sampai tertanggal kain. Haha. Korang bayangkan lah our 50,000 loyal fans yang ada dekat St. James' Park tu. 
Well of course, our King Rafa is the man of hour. Unlike kebanyakan manager sekarang, Rafael Benitez is such a class gentlemen. Regardless his break-clause, he kept his word to bring us back to Premier League when Newcastle tersingkir season lepas. In less than a year (348 days to be exact), he fulfilled his promise and we're back bitches! Ironically, our North East jiran - Sunderland dan Middlesbrough dah hampir confirm tersingkir from Premier League this season.
Tak sia-sia signed petition ni dulu. In Rafa We Trust!
Our valiant boys celebrating after the match. But still, ada 2 more games to fight. Nak fight apa? Title lah, apa lagi! Walaupun Brighton sekarang at the top with 4pts, bola tu bulat. Apa-apa boleh jadi, the best scenario is diorang slipped dan we won our remaining games. Keep positive!
Nampaknya lepas ni dah boleh unlike page EFL. Thanks untuk memori setahun ni. Huu
Special banner made from Toon Army Malaysia. Merasa jugak nak tengok Newcastle dengan insignia Premier League's Lion tu.
Howay The Lad! Congratulation again from me..:-)

P/S: Ahh sudah, apasal Newcastle kena probe dengan HRMC (kira macam LHDN kat Malaysia ni) pulak. Kalau terbukti ada tax fraud, masak la der relegate balik..:-(

Monday, April 24, 2017

Kisah AKU n Daulat Tuanku!

Assalamualaikum,
Cuti beb hari ni! Lain pulak rasanya bila dapat extra cuti. Huu. 
Baik lah, pertamanya izinkan patik merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V diatas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-14 bertarikh 24 April 2017 ini. Semoga pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama akan sentiasa berada dibawah payung lindungan Allah S.W.T. Amin In Sha Allah. Memang teruja dan beruntung rasanya kerana sempat berada dibawah pemerintahan Baginda. Personaliti yang warak, no-protocol dan juga dekat bersama rakyat jelata. Diharap dengan limpah dan kurnia yang diberikan Allah kepada rakyat Malaysia ini, sedikit sebanyak dapat melembutkan hati pemimpin-pemimpin korup dan arrogant yang ada kat atas tu. Kalau aku jadi diorang malu beb! Haha.
Eh, kau pergi mana ni bro? Haa, ni lah aku nak share sikit pengalaman "bercuti" aku dalam entri petang ni.
Vacation ni merupakan yang pertama untuk meraikan persaraan ayah dari PETRONAS awal bulan 4 hari tu. Katanya nak berehat dulu 3-4 bulan, before sambung buat consultancy works dengan kawan-kawan beliau..:-)
Aik, diorang pun ada jugak? Ye betul tu, Along dan abang ipar aku pun join jugak vacation ni. Second honeymoon katanya lah. Haha. Adik pulak tak dapat join sebab ada program keagamaan dekat USIM tu, plus dia pun dah nak final examination.
Cantik kan tempat ni? Memang beruntung betul siapa yang dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ni. Eh jap, mana gambar hang? 
Tadaa! Haha, budak ni pun tak dapat ikut. Lol. Banyak pulak kerja minggu lepas, padat beb dengan meeting, tender briefing, tender clarification dan sebagainya. Sudahnya, memang gua gigit kuku je lah tengok diorang share gambar dalam group WhatsApp tu. Huu. Apa boleh buat, kerja pun tak sampai setahun lagi. Takkan lah nak mintak cuti 5 hari terus. Karang tak pasal-pasal KPI turun pulak..:-)
So, ni lah kerja aku dok sorang-sorang kat rumah minggu lepas. Rutin setiap petang lepas balik kerja - siram pokok bunga mak, panaskan enjin kereta ayah + Syazwan, sapu daun-daun kering kat depan rumah. Dinner sendiri tu biasalah. Nak keluar, bro-bro pulak busy. Memang malam dok rumah marathon cite Walking Dead je lah..:-p
Malam semalam bawak abang ipar pergi makan kat Sedap Rasa. Saja nak tunjuk kat dia the true meaning of "Kedai Siam".. Hehe. Kedai Siam walaupun makanan memang pure dari Thailand, yang masak orang Siam tapi as long as takde penyeri. Tak cukup syarat lagi tu. Haha.
Melepak lah sekejap dengan geng-geng Otai KRT Mawarsari sementara nak menunggu Afiq dengan Dolah. Alang-alang semua cuti hari ni, tu yang sampai pukul 2 pagi jugak kami habis menyembang kosong semalam.

On to perancangan membeli rumah. Alhamdulillah dah masuk next stage, aku dah signed Agreement To Purchase hari Sabtu lepas, let's hope everything will be fine. Once bank approve dan luluskan permohonan which will take roughly dalam 2-3 minggu. Kita akan settlekan SPA dan In Sha Allah, kalau takde masalah by September-Oktober tu merasa lah aku pegang kunci rumah sendiri. Amin

P/S: Tak sabar nak tengok match Newcastle VS Preston malam ni. If menang, we will be automatically promoted to EPL next season. Howay The Lad!

Sunday, April 16, 2017

Kisah AKU n Ishak's Wedding @ Banting

Assalamualaikum,

Malam ni nak share aktiviti kami berempat petang tadi. Ni dengan geng bro yang mana satu? Kalau dah berempat tu confirm lah dengan bro-bro Shah Alam. So, awal minggu lepas nak dijadikan cerita kami menerima invitation dari rakan UiTM kami, Ishak untuk ke majlis persandingan dia yang berlangsung di Banting, Selangor. Without hesitation, kami berempat setuju meluangkan masa memeriahkan majlis.
Aku gerak dari Sungai Buaya sekitar jam 11 pagi. Sampai je lepak dekat rumah sewa diorang dulu sementara tunggu Pok Jad yang ada sedikit urusan.
We left Shah Alam around 1pm dengan aku sebagai driver lagi. Haha
Pukul 2 kami selamat tiba di venue majlis yang terletak di Kampung Jenjarum, Banting. Dulu time study pernah konvoi motor ke Morib, singgah rumah bro Ishak ni. Adalah ingat sikit-sikit jalan sini..:-)
Sampai je kami makan dulu. Simpan perut beb pagi tadi!
Adalah bersembang sekejap dengan bro Ishak kita ni. Biasalah tanya perkembangan hidup, kitorang last lepak 3 tahun lepas. Habis degree mana ada jumpa dah.
Bro Ishak diapit 4 jejaka yang masih bujang. Harapnya tak bujang terlajaklah ye. Huu
Selfie satu round! Mesti korang tanya mana bini dia kan? Tengah solat beb!
Aku bersama raja sehari yang diraikan hari ini. Amik berkat sikit. Asyik pergi wedding orang je, yang kamu ni bila lagi? Tak nampak tanda-tanda nak berumah tangga pun. Haha
Around 3pm, kami bergerak meninggalkan perkarangan rumah pengantin. Since sekarang pun tengah bulan, dan masing-masing pun nampak lesu. So sampai je Shah Alam aku drop diorang and terus made my way back to Sungai Buaya.

Itu lah cerita kami hari ni. Another wedding day dan juga seorang lagi rakan kami yang dah off market. Betul cakap Joe, umur 25-27 ni memang kita kena be prepared je dengan wedding invitation. Tang part invitation sendiri kita letak kat Allah. Tahniah diucapkan kepada Ishak dan Mariyam. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan juga dihiasi dengan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Draw pulak dengan Leeds. Susah lah nak jadi champion ni. Takpelah, automatic promotion pun dah cukup sebenarnya. Howay The Lads!

Friday, April 14, 2017

Kisah AKU n Futsal @ Zelka Sports Center

Assalamualaikum,

Before ready nak pergi solat Jumaat ni ingat nak share sikit aktiviti bersama rakan-rakan pejabat semalam. Rabu lepas Tengku Arif created satu lagi WhatsApp group khusus untuk aktiviti sukan dalam Quatriz ni. Tapi yang ni untuk futsal. Berapa banyak group sukan lah korang nak buat ni? Haha. Satu sukan satu group ke apa? :-p
7.30 PM - Seperti yang dirancang, kami bersepuluh gerak from TPM office to Zelka Sports Center, Kinrara. Ada lagi 5 member yang tak dapat join atas kekangan masa. Senang je nak cari tempat ni, ianya betul-betul located berhadapan LRT Alam Sutera.
Kat Zelka ni ada 2 je futsal court yang occupied Level 1, selebihnya gymnasium dan juga a total of 11 badminton court di Level 2. Fasiliti seperti kafeteria, changing room, toilet pun ada disediakan jugak. Parking dalam first come first serve. Tapi kat luar pun ada jugak parking space
Menunggu giliran masuk court. 
Takde pulak gambar time tengah beraksi. Sebab kami cukup-cukup je 2 team semalam, so tak rotate player. Bayangkanlah, last aku main futsal ni tahun 2014. Time tu final semester rasanya. Klik link ni..:-)
 
Jersi Muangthong United yang tak boleh blah tu. Niat hati nak perform macam Teerasil Dangda. Haha
Main sejam je semalam, tapi tak payah cerita lah pancit dia pergi mana. Haha 
Selfie dulu satu round!
9.30PM - Sesi pertama futsal kami berakhir dengan jayanya. Singgah melepak + dinner kat Murni Bukit Jalil sambil discuss plan untuk next session.
Dalam pukul 11.20, aku bergerak meninggalkan TPM dan sampai Sungai Buaya tepat jam 12 malam. Tunggu jugak si Afiq tu message ajak minum, takde pulak. Sudahnya balik rumah terus mandi, solat Isyak pastu..
Konfirm kena urut kaki pakai minyak Siam ni, kalau tak terkengkang jalan nak pergi kerja. Haha

So itu je lah cerita aktiviti aku semalam dengan rakan-rakan seperjuangan kat office ni. Diorang ni selalu jugak main badminton, tapi venue jauh beb. Sampai ke Puchong sana! Takpelah, nanti ada masa free aku join korang berbadminton pulak.

P/S: Bila nak spar lagi dengan Bro Joe and the geng kat Shah Alam tu?

Monday, April 10, 2017

Kisah AKU n The Way of Life

Assalamualaikum,

Okaylah, takde masa nak bermukadimah panjang. Entri ni didedikasikan kepada taxpayer, yakni golongan pembayar cukai di Malaysia ni. Eh, dah kenapa tiba-tiba ni bro?? 
Khamis lepas, after menunaikan solat Asar sekitar jam 6 petang. Aku memerhati MRR2 dari Level 4 MTD Tower ni. Punya lah sesak beb, confirm melarat sampai Sungai Buloh. Tetiba je tergerak hati nak melawat bro Afiq kat yang bekerja kat sana. Maklumlah, sekarang ni aku pun dah tak pergi balik dengan ayah. So bolehlah merayau lepas kerja. Haha
Aku keluar ofis dalam pukul 7 petang, dan tiba di Domino's Sungai Buloh ni kira-kira jam 7.30. Kalau korang nak tau si Afiq tu bertugas sebagai AM di branch sini. 
Since masa aku datang tu pun tak berapa busy, sempatlah kami bersembang sekejap. Niat hati nak datang singgah tunjuk muka je. 
Dapat pulak member payung set personal pizza ni. Memang elok sangatlah, aku pun tak lunch hari tu. Huhu
Bersembang dengan Afiq tentang kerja dia. Memang penat katanya, sometimes masuk 9 pagi, pastu straight sampai closing pukul 12 malam. Tapi tu lah, ni jalan hidup yang dia pilih. Cakap pasal jalan hidup tu yang tak sengaja recalled satu heavy discussion diantara kami dan seorang kenalan minggu lepas. Kawan sekolah kami dulu, tapi before this memang tak pernah bertegur pun. Tiba-tiba je hari tu dia terserempak dengan kami dan join melepak. As far as we know, dia ni memang hardliner UMNO and pro-government supporter. So, nak dijadikan cerita kami bersembang mengenai topik suicide. This guy tanya kami apa punca utama bunuh diri - kami pun jawablah tekanan hidup. To be exact ekonomi. Melenting beb dia! Aku pun dengan selambanya jawab "Yelah. Nak bayar tol, minyak lagi. Makan minum. Aku yang bujang ni pun stress jugak..Haha". Tak puas hati, terus dia tanya soalan-soalan ni kat aku:

A: Kau kerja kat mana?
Aku: HQ kat Batu Caves. Kadang-kadang pergi office lain kat Bukit Jalil. Ada masa tu pergi site office. Kenapa?
A: Naik apa?
Aku: Naik kereta lah.
A: Naik lah motor, baru tak kena bayar minyak, tol semua. Cuba tengok orang Asli, elok je tak komplen. Ni semua macam mana kau manage the way of life.

Aku jadi stunned. First, kau tak tau nature kerja aku yang kena heret fail yang berlambak. Nak pergi site sana sini. Always in mobile-mode. Tiba-tiba kau datang nak lecture aku suruh aku tukar gaya hidup. Tapi aku remained silent sebab malas nak bertekak. Tapi yang point nombor dua tu, aku balas "Apasal kau compare orang yang bekerja kat bandar dengan orang Asli?

Dia jawab - "Ye lah, diorang tahu nak absorb tekanan hidup. Bukan macam orang duduk bandar yang tau condemn kerajaan je. Kau tengok bila harga barang naik, diorang tanam cili, sayur semua.."

Time ni aku memang menyirap dah, memang nak kena ajar cai ni. "Okay fine, tanam cili sayur buat makan tu boleh diterima lagi. Tapi yang paling asas untuk kami yang bekerja kat bandar ni. Kau boleh buat minyak, boleh tanam pokok untuk reload Touch n Go?"

Dia reply balik "Itu aku cakap kau kena tukar the way of life. Bawak motor, tak pun jangan lalu jalan tol. Jimat sikit"

Time tu aku tergelak je sebab malas nak bertekak dengan orang yang ignorance macam ni. Memang dia tak menjawab soalan. Afiq yang lagi direct throw soalan "Bro, kau sekarang tengah belajar boleh lah sembang. Kau pernah kerja?" Sinis. 

"Pernah, aku pernah kerja setahun sebelum aku buat Master!" Marah beb bro tu. Ye lah, macam kami perlekehkan dia lah which is true. Memang sekarang aku dan Afiq dah jointly masuk attacking mode. Setahun je. Huh. Memang lah tak rasa. Income tax pun tak habis record lagi. Senyap sekejap meja perbincangan kami.

Betul, aku teringat time menuntut di UiTM. Memang aku seorang staunch government supporter. Hardliner UMNO. Sebabnya? Time tu aku student. Aku tak merasa lagi azab bayar cukai jalan, cukai pendapatan, GST dan segala macam cukai lagi. Belum campur kos perjalanan pergi balik kerja, minyak tol. Harga barang asas yang meningkat. Tapi sekarang dah kerja, semuanya all-in datang sekali dan memang terasa tekanannya. Well, I'm proud to say how neutral I am when it comes to politic sekarang. Of course, aku tak berapa gemar how the ruling government managing the country dan at the same time, politik murahan yang dibawa opposition.

Perbincangan disambung, tapi kali ni aku bersembang dengan Afiq tentang plan aku nak beli rumah. Tiba-tiba si bro tu mencelah "Haa, tengok tu dengan gaji kau sekarang. Dah boleh bayar kereta, rumah. Apa yang kau nak lagi. Bersyukurlah sikit". Eh-eh budak ni, tiba-tiba je. Jawapan aku bagi agak padu jugak rasanya which ultimately end topik panas malam tu.

"Ye betul, aku bersyukur dengan nikmat rezeki lebih yang Allah bagi kat aku. Tapi, what about my fellow Malaysian yang tengah struggle dan juga suffering sekarang kat luar tu. Yang ada family dan bergelut nak adapt dengan keadaan ekonomi sekarang.  If you want to rule the country, don't be selfish dan bersyukur sendiri. That's not how you run the government. Cuba recap balik apa Montesquieu cakap - Government is from the people and to the people. Apa yang BN cakap kalau tak suka, pergi tukar negara. That's one ignorant and show how scum the government sekarang ni. You guys buat Malaysia ni macam mak bapak korang yang punya and told people to leave kalau tak bersyukur. It's not us yang kena change our way of life, it's the government yang kena ubah cara how you manage the country. Sembang suruh kitorang tukar gaya hidup konon, suruh pak menteri tu yang berubah sikit. Pergi kerja pagi-pagi hadap trafik jem, bayar tol, no escort. Baru kau boleh sembang nak suruh kami ni ikut.."

Then this guy terus balik and left us. Well, mungkin dia ingat aku ni still government supporter macam dulu kot. Hell wrong bro! Haha. So itu lah guys, kepada fellow Malaysian yakni pembayar cukai semua. Kita ni semua ada sumbangan kepada kerajaan melalui cukai yang kita bayar hampir setiap hari tu. Tapi apa yang kita dapat in return? Harga minyak yang turun naik, subsidi barang asas yang ditarik, jalan bertol yang semakin bertambah dll. And now the government through its chain of cais asking us to change our way of life in order to adapt this worsening economic situation. Gua tak kisah kau nak buat comparative studies bro, tapi orang bandar dan orang Asli?? That's way too uneducated comparison bro. Haha

P/S: Newcastle kalah semalam dengan Sheffield Wednesday. Kena pintas dengan Brighton lah pulak. 5 more games to go!

Thursday, April 6, 2017

Kisah AKU n Lunch @ Al Diafah Seri Petaling

Assalamualaikum,

Eh awal update? Biasa hujung minggu, ni dah kenapa tengah minggu dah ada entri? Haa, let me guess. Mesti ofis ada event kan? Biasanya camtu lah, betul tak bro?
Yup, memang betul. Our company held a lunch session semalam. Objektifnya aku pun tak tahu. Ada orang kata to celebrate our ISO certification success, ada yang cakap a part of company culture to makan-makan every 4 months. Ada pulak yang kata untuk meraikan birthday staf-staf yang dekat dengan date semalam. But what the hell, asal ada makan free. Count me in! Haha
Venue berlangsung di Al-Diafah, Seri Petaling. One of the famous Arabian restaurant dekat Kuala Lumpur ni. Staf-staf dari HQ including me bergerak dari Batu Caves sekitar jam 11.50 pagi since event bermula pukul 12.30. Parking macam lahanat punya packed. Sampai kena bagi kunci kat brader tu, kalau tak mereput lah nak cari petak kosong.
Cantik interior deco restoran ni. Menampilkan dekorasi ala Timur Tengah, memang rasa macam kat Tanah Arab semalam. Over pulak gambaran kau ni Farid. Haha
Arief dan Khairul. Ni backbone untuk projek UIA kami. Haha 
Sementara tunggu main course. Amik gambar dulu, nanti dah sampai memang tak dan nak bernarsis dah. Huu
Fresh orange tu diorang blend sekali dengan kulit tau..:-p
Geng meja sebelah. Aku sebenarnya nak snap gambar diorang bertiga je, tetiba je satu meja join sekali. Haha
Main course dah sampai. Amik gambar dulu. Biasalah, melayu baru nak up. Haha, juzakke betul.
Ohh yeah.. ni lah hidangan semalam - Al Diafah Rice with Mandy Lamb. It cost me, eh silap..it cost the company RM 35 per meal..:-)
Memng terbaik betul makanan kat sini. Dah tu banyak, sedap pulak tu. Mandy Lamb memang lembut, senang nak makan pakai sudu garfu. Al Diafah Rice pun boleh tahan panjang. Rasa rempah nasi ni. Sup free flow pun terbaik. Overall, memang awesome!
The session adjourned at 3PM. Apa ingat boleh terus balik rumah ke? Dah-dah, semua report back to office. Sambung kerja. Haha.

Sampai HQ pukul 4, boleh pulak terlelap kat ofis semalam. Pembawakan kambing tu, memang pisang beb. Mata kuyu, tapi bila nak balik rumah terjaga pulak. Haha. Malam Afiq pick up around 10pm then kami terus ke Shah Alam melawat Dolah. Bersembang tak hingat tau-tau dah pukul 1 pagi. Pukul 2 jugak kami sampai Sungai Buaya. Sudahnya pagi ni memang gua ngantuk. Pfft

P/S: Newcastle menang lagi against Burton Albion. Still at the top with 84pts with 6 more games to play. Keep the Magpies Flying!