Tuesday, January 24, 2017

Kisah AKU n Super Sunday!

Assalamualaikum,

Okay, quick one untuk malam ni. Sebenarnya nak update semalam, tapi balik pun lewat. Plus pagi tadi kat office memang busy gila. Tak sempat panas lagi duduk kat kerusi, dah kena menghadap bos. Malam-malam buta ni aku nak share sikit aktiviti hujung minggu aku bersama rakan-rakan dan family hari Ahad yang lepas.
Petang Ahad tu aku bawa family makan kat Salam Hotel. Ye lah, minggu lepas banyak benda best jadi kat karier aku ni. So, elok sangatlah celebrate dengan family yang dah banyak support aku selama ni. Tak luak pun gaji setakat belanja makan ni. In Sha Allah, rezeki bertambah nanti. Amin
Naan Cheese Special. Nampak sikit, tapi kenyang dia memang A+. Sepinggan pun dah cukup kongsi 2 orang..:-)
Haa, ada pun bro ni. Dah macam ada adik perempuan pulak aku ni. Punya lah susah nak ajak keluar sejak cuti semester ni. Terperap je dalam bilik tu main game. Tapi aku dulu cuti sem pun macam tu jugak. Haha
Lepas Maghrib, pickup Afiq then terus head to Space U8. Lama tak lepak dengan Dolah. Malam tu plannya berkarok dengan lepak minum je. Ye lah, esoknya kerja kan. Kalau cuti boleh lama sikit..:-)
Ingatkan malam Ahad tak ramai orang. Boleh tahan penuh jugak Highway Karaoke ni. Kitorang tunggu lebih kurang 10 minit jugaklah nak dapat bilik.
Untuk RM 50: 2 jam + free setengah jam c/w refreshment. Lagu update, cuma mic ada problem sikit. But, what the hell? Janji berbunyi. Huu
Muka manis betul. Sejak shave misai ni, memang cute je tengok. Haha, cibai..:-p
Si Dolah ni walaupun tengah cuti sem kat UNISEL tu. Tapi buat part time Call Center kat Domino Glenmarie. Tu yang dia stay Shah Alam for the whole semester break. Rajin bro ni, kumpul duit semata-mata nak pergi Bangkok..:-)
Habis karok dalam pukul 10.30. Singgah lepak kat Al-Ali Bistro sambil menyembang tentang plan travel kami untuk tahun 2017 ni. Tak lama pun ngeteh, pukul 12 aku dan Afiq made our way to Sungai Buaya and arrived around 12.30AM. 

Another entri tangkap muat. But, essential to keep the habit running. Memang penting, sebab once kita slipped sekali nak update, memang mood nak blogging balik tu payah. *Pesanan Ikhlas*  Okay lah, got to go now. Esok kena attend meeting dengan SILK pulak. Aku rasa dah berpuluh konsesi highway aku kenal sejak kerja AlloyMtd ni. Haha

P/S: CIMB, please be nice with me. Approve lah request aku ni. Wuu

No comments:

Post a Comment