Saturday, January 21, 2017

Kisah AKU n Azie's Wedding @ Salak Tinggi

Assalamualaikum,

Petang tadi aku sempat meluangkan masa untuk menghadiri undangan ke majlis persandingan rakan sepejabat, Azie bersama pasangannya Rohaizad di Sepang. Nasib baiklah dia inform agak awal jugak, so aku pun dah kosongkan sebarang aktiviti siang hari ni. Macam biasalah, jom tengok apa yang menarik minggu ni dulu. Memang super-hectic beb minggu ni!
Seawal hari Isnin lagi dah Monday Blues tahap gaban. 3 jam terperangkap dalam jammed. Pukul 7 keluar rumah, pukul 10 baru sampai Bukit Jalil. Hujan lebat + a lot of accidents punya pasal..:-(
Isnin aku stay up kat office TPM, since pagi Selasa tu nak submit tender. Ni first time handle tender besar, so serabutnya besar jugak lah..:-p
Try tidur kat office tak mau nak lelap, dalam kereta jugak jadi pilihan. Sempatlah tidur 2-3 jam, mandi kat toilet. Wiper jadi tempat sidai tuala. Haha 
Mata habis rabak tu. Bos kata lepas submit boleh je balik rumah. Tapi ada beberapa presentation slides yang nak kena commit. Sudahnya Selasa tu pukul 7 petang jugak balik..:-|
Hari Rabu join POC kat Plaza Tol Gombak sampai pukul 1 pagi. Gila betul, hari esoknya pulak attend meeting dengan SMART.
Pagi Jumaat meeting dengan konsultan ISO kami, since audit pun around the corner. So, kami prepare lah dokumen apa yang patut.
Haa, panjang lebar kan cerita minggu ni kat office. Sekarang ni baru kita move ke our main cerita dalam entri ni. Pukul 12 tengah hari aku keluar dari rumah dan terus shoot ke Sepang. Mati-mati aku ingat Salak Tinggi ni dekat dengan Salak Selatan. Rupa-rupanya jauh lagi, lebih 100km jugak dari Rawang tu..:-p
Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan, terletak di Taman Bunga Raya, Bandar Salak Tinggi, Sepang. Tema majlis ialah biru. Tu yang aku pakai baju kaler biru jugak. Haha
 
Kami sampai sekitar jam 1.30 petang. Apa-apapun carik makan dulu. Lapar beb! Aku skip breakfast tau semata-mata nak makan lauk kenduri Azie ni..:-P
Kak Ain dan Kak Amy bersama pengantin yang diraikan pada hari ini, Azizah..:-)
Lepas makan, kami meluangkan masa bergambar dengan pasangan pengantin baru ni. Macam biasalah, bagi geng--geng perempuan bernarsis dulu. Huhu
Pasangan pengantin bersama rakan-rakan sekerja Quatriz yang sanggup datang dari berbagai tempat. Of course, yang paling jauh aku lah..:-)
Bernarsis sebentar. Aku ni pantang nampak cermin besar camni. Abaikan budak kat belakang tu. Mungkin terpegun tengok kemelayuan brader ni. Hehe
Mewakili our C-Level management, En. Nizam.
Okay lah Azie, kami balik dulu. Semoga selamat ko malam ni. Haha (Gelak jahat..)
 Balik je diorang ni terus ke Putrajaya. Aku tak sanggup lah nak mengikut since ada program lain malam ni.

Itu sajalah cerita panjang lebar aku untuk malam ni. Tahniah Azie sebab jadi pasangan pertama yang buka entri wedding untuk blog aku bagi tahun 2017 ni. Huu. Tahniah sekali lagi aku ucapkan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment