Assalamualaikum,
Mendung je cuaca kat Melaka ni. Eh buat apa kat situ bro? Semalam aku baru je sampai rumah abang ipar aku kat Asahan ni. Diorang ada buat majlis doa selamat sikit, ye lah pengantin baru kan. Kira buat sekali majlis bukak rumah katanya. Okay lah, banyak cerita menarik minggu ni kat office.
Hari Rabu lepas ada function dekat TPM. Company buat majlis doa selamat untuk one of our bos, Mdm Zihan yang menyambut hari lahirnya yang ke...err, tak boleh bagitau ni. Huhu
Happy Birthday Puan! Semoga dikurniakan rezeki yang bertambah dan juga kesihatan yang baik. Amin
Jemput makan semua..:-)
Kami staf makan kat cubicle je. Tak payah control makan, kalau depan bos kena sopan. Haha
Petang tu ada sesi pengagihan limau mandarin oleh wakil from AlloyMtd.
Khamis pulak Kak Nurul treat us for lunch kat Dapur Penyet. Ni tradisi staf kat HQ yang dapat gaji pertama or newly promoted. Turn aku dah lepas. Hehe
Jumaat ingat nak cabut awal since majlis Along dijangka start after Maghrib. Dah tu kena attend meeting pulak. Sudahnya pukul 6 jugak baru keluar dari KL. I made my way to Asahan and arrived around 8.30AM.
Memang tepat tekaan aku. Sampai-sampai je tetamu dah start amik makanan.
Family abang ipar aku pun ada semalam untuk memeriahkan majlis..:-)
Staf-staf plantation ramai yang datang semalam. Ye lah, dah nama pun estate. Huhu
Bagi diorang tapau bawak balik rumah. Murah rezeki abang ipar aku ni. Amin
Haa, yang bro ni. Dah la lewat. Datang makan je. Haha.
Okay lah, sekian cerita petang ni. Ada kerja nak buat sikit, tender baru dah online. So, nak kena rally tendering team balik. Rasanya baru seminggu lepas kami submit previous tender. Haha
No comments:
Post a Comment